baka anjing dari Maghribi From Wikipedia, the free encyclopedia
Aidi[lower-alpha 1] atau anjing gunung Atlas[lower-alpha 2] ialah satu baka anjing Barbar yang asli di Pergunungan Atlas di Afrika Utara dan digunakan sebagai anjing penjaga haiwan ternakan yang melindungin kawanan biri-biri dan kambing.[1] Ia paling lazim terdapat di Maghribi, yang memegang piawaian di bawah Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[2][3][4] Aidi juga terdapat di Algeria, di Tunisia, dan di Libya.[5][6] Ia mempunyai kemampuan perburuan dan kebolehan penghiduan bagus. Di Maghribi, ia kerap dipasang dalam perburuan dengan sloughi, yang mengejar mangsa yang lokasinya telah dikesan oleh aidi itu melalui bau.[7]
Nama lain | Anjing gunung Atlas Anjing gembala Atlas Anjing Kabyle Anjing Barbar | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Afrika Utara | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Aidi ialah baka yang asli di Pergunungan Atlas di Afrika Utara.[8] Walaupun pada mulanya dirujuk sebagai Atlas Sheepdog ("anjing gembala Atlas") dalam piawaian tahun 1963, aidi tidak pernah digunakan sebagai anjing gembala biri-biri dan misnomer ini dibetulkan pada tahun 1969. Terkenal kerana keberaniannya, aidi secara tradisional tinggal dan bekerja di Pergunungan Atlas untuk menyediakan perlindungan kepada pemiliknya dan harta benda daripada kucing liar, pemangsa, dan orang asing.[9]
Baka ini juga telah dirujuk sebagai anjing Barbar, dinamai sempena suku Barbar yang menggunakan anjing ini. Aidi mengongsi sesetengah keserupaan leluhur dengan anjing paria. Pada masa lalu, ia memainkan peranan penting sebagai pelindung untuk suku nomad gurun dengan anjing paling berwaspada dan agresif yang ditempatkan di sekitar perimeter kem pada waktu malam. Dari segi sejarah, aidi tidak menerima tahap kekaguman sama daripada suku-suku tersebut seperti baka seperti sloughi yang dianggap mulia. Walau bagaimanapun, sebuah kelab baru-baru ini telah dibentuk di Maghribi untuk memulihara ketulenan baka ini kerana sumbangan besarnya sebagai pelindung, pemburu, anjing polis, dan pendamping.[10]
Walaupun aidi telah digunakan terutamanya sebagai anjing pekerja, ia juga telah mendapat kepopularan sebagai anjing peliharaan rumah di kawasan bandar. Apabila diberi tugasan dan senaman mencukupi, aidi dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap persekitaran bandar dan menjadi teman puas hati.[11]
Dari segi warna dan kemampuan penjagaan kawanan ternakan, aidi mengongsi banyak ciri dengan baka anjing penjaga haiwan ternakan lain.[perlu rujukan]
Aidi, yang berdiri setinggi 52–62 cm (20–24 in) dan berukuran seberat sekitar 55 paun (25 kg), mempunyai tubuh langsing dan berotot yang dilindungi oleh lapis bulu kasar, tebal, dan kalis cuaca dengan ekor berbulu lebat. Lapis bulunya berat dan lembut. Kepalanya mirip beruang dan berperkadaran dengan seluruh tubuh. Baka ini mempunyai muncung menirus dengan hidung hitam atau perang yang biasanya memadani lapis bulu. Rahangnya kuat dengan bibir ketat hitam atau perang. Telinga bersaiz sederhananya condong ke hadapan dan labuh sedikit. Matanya sederhana dengan warna gelap dan pinggir gelap. Warna lapis bulunya merupakan putih, hitam, hitam dan putih, merah pudar, dan kuning keperang-perangan.[12][9] Di sesetengah kawasan di Maghribi, telinga dan ekor dipotong.[3][13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.