Ahmad Fuzi Abdul Razak

Mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak (lahir 8 Januari 1949) ialah seorang ahli diplomat Malaysia. Beliau merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 dari 1 Mei 2021 hingga 30 April 2025.[1][2][3]

Fakta Segera Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Dicalonkan oleh ...
Remove ads
Remove ads

Latar belakang

Ahmad Fuzi dilahirkan di Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 8 Januari 1949. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Toh Puan Khadijah Mohd. Nor dan dikurniakan dua (2) orang cahaya mata.

Pendidikan

Ahmad Fuzi memulakan pendidikan awal peringkat rendah dan menengah di Pulau Pinang. Beliau meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda (BA) dengan kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1972. Beliau meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya dan memperoleh Certificate in Diplomacy dari Universiti Oxford pada tahun 1974.

Kerjaya

Perkhidmatan awam

Beliau pernah mengetuai rombongan rundingan rasmi pegawai kanan Malaysia di pelbagai persidangan antarabangsa, serantau dan du hala. Beliau juga terlibat dalam menguruskan beberapa sidang kemuncak seperti Sidang Kemuncak NAM, Sidang Kemuncak OIC dan Sidang Kemuncak ASEAN.[4]Beliau menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik Malaysia pada 1972 dan telah berkhidmat dalam pelbagai tugas, termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia sehingga 2009.[4].

Beliau juga merupakan anggota lembaga pengarah sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, Universiti Meritus dan menjadi penasihat Alumni Sekolah Tinggi Bukit Mertajam Malaysia.[4]

Perniagaan dan pembangunan ekonomi

Setelah meninggalkan perkhidmatan awam, Ahmad Fuzi telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah di pelbagai syarikat, termasuk ACE Holdings Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Seremban Engineering Berhad, Puncak Niaga Holdings Berhad dan Maybank Islamic Berhad.

Ahmad Fuzi juga pernah menjadi Setiausaha Agung WIEF dari tahun 2008. Oleh itu, beliau terkenal dengan kejayaan forum WIEF di seluruh dunia, dengan Forum WIEF terakhir diadakan di Kuching pada tahun 2017 dan satu-satunya Siri Meja Bulat WIEF yang diadakan di Kota Kinabalu pada tahun 2020 ekoran pandemik COVID-19.

Tuan Yang Terutama Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, bagi pihak Yang Mulia, menyatakan pelantikan Ahmad Fuzi sebagai Tuan Yang Terutama/Gabenor seterusnya pada 12 April 2021. Beliau telah menggantikan Tun Haji Abdul Rahman Abbas yang sudah lebih tempoh penggalnya dan mengangkat sumpah pada 1 Mei 2021.

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran di Malaysia

Antarabangsa

Remove ads

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads