From Wikipedia, the free encyclopedia
Agus Wirahadikusumah (lahir di Bandung, Jawa Barat, 17 Oktober 1951 – meninggal di Jakarta, 30 Ogos 2001 pada umur 49 tahun) merupakan seorang perwira tinggi ketenteraan Indonesia dan Panglima Komando Cadangan Strategik TNI Angkatan Darat (Kostrad).
Agus Wirahadikusumah | |
---|---|
Fail:Mayjen TNI Agus WK.jpg | |
Kelahiran | 17 Oktober 1951 Bandung, Jawa Barat |
Meninggal dunia | 30 Ogos 2001 49) Jakarta | (umur
Kesetiaan | Indonesia |
Perkhidmatan | TNI Angkatan Darat |
Tahun perkhidmatan | 1973-2001 |
Pangkat | Fail:Iconletjen.gif Leftenan Jeneral |
Hubungan | Umar Wirahadikusumah (bapa saudara) |
Wirahadikusumah yang berkelulusan dari akademi ketenteraan Indonesia pada tahun 1973. Beliau juga belajar di Amerika Syarikat, termasuk di Universiti Harvard (John F. Kennedy School of Government). Pada tahun-tahun terakhir dalam abad ke-20, beliau menjadi Ketua Direktorat Perancangan di Ibupejabat Angkatan Bersenjata Indonesia.
Setelah pengunduran diri Soeharto, Wirahadikusumah muncul sebagai anggota reformasi di kalangan angkatan bersenjata. Pada tahun 1997, beliau sebagai Mejar Jeneral, ditugaskan di Ibu pejabat Angkatan Bersenjata sebagai staf ahli bidang politik dan keamanan Panglima TNI.[1] Pada tahun yang sama, beliau menyerukan agar tentera Indonesia untuk menghentikan penglibatan mereka dalam urusan politik dan menjadi kekuatan pertahanan profesional sebagai gantinya.
Pada Januari 1999, Mejar Jeneral Agus Wirahadikusumah, yang ketika itu adalah Komander Seskoad kemudian menjadi Pembantu Perancangan Umum Panglima TNI.
Pada tahun 2000, Presiden Gus Dur menunjuknya sebagai Pangkostrad. Beliau menjawat jawatan ini dari 29 Mac 2000 sehingga 1 Ogos 2000. Wirahadikusumah mendukung setiap keputusan-keputusan Gus Dur, termasuk keputusan pemberhentian Jenderal Wiranto sebagai Menkopolkam. Wiranto menyebutnya sebagai "apel buruk".
Sementara Wirahadikusumah sangat terkenal dikalangan tentera biasa, beliau juga menciptakan musuh bagi dirinya sendiri, kerana beliau berusaha untuk membersihkan Kostrad dari sejumlah dugaan dalam kes rasuah. Sebagai akibatnya, beliau diberhentikan dari jawatannya sebagai Panglima Kostrad pada musim panas tahun 2000. Namun, menurut Umar Wirahadikusumah, bapa saudaranya, jawatan sebagai Panglima TNI telah ditawarkan kepada Agus Wirahadikusumah pada 23 Julai 2001.
Pada 30 Ogos 2001, Wirahadikusumah dibawa ke Hospital Pusat Pertamina di Jakarta Selatan pada pukul 6.19 pagi. Seorang pegawai hospital menyatakan bahawa beliau telah meninggal dunia ketika beliau dibawa masuk, penyebab kematiannya tidak diketahui dan tiada bedah siasat yang dilakukan. Menurut The Jakarta Post, kemungkinan penyebab kematiannya adalah penyakit jantung. Namun, beberapa orang menyatakan bahawa beliau mungkin telah dibunuh,[2] disebabkan sikap reformasinya untuk mengungkap skandal rasuah 189 juta rupiah di Yayasan Dharma Putra Kostrad, sebuah organisasi amal milik ketenteraan.[3] Beliau dikebumikan di TMP Kalibata pada waktu tengah hari.[4]
Terlepas dari urusan ketenteraan, Wirahadikusumah juga tertarik dengan sukan dan beliau adalah Wakil Ketua Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia. Dalam fungsi ini beliau berperanan dalam rancangan pada tahun 1998 untuk mewujudkan perjumpaan antara bekas juara bulu tangkis Indonesia (seperti Tan Joe Hok) dan pengganti mereka untuk memberi pengalaman kepada mereka dan membuatkan mereka lebih bersedia untuk perlawanan akan datang. Pada tahun 1998, beliau adalah pengurus daripada pasukan Piala Thomas Indonesia yang memenangi piala tahun itu. Wirahadikusumah dianugerahkan pingat Satyalancana Kebudayaan untuk prestasi tersebut oleh Presiden, B.J. Habibie pada 9 September 1998.
Agus Wirahadikusumah merupakan anak saudara kepada Umar Wirahadikusumah, bekas Naib Presiden Indonesia dan juga bekas Panglima Kostrad. Agus Wirahadikusumah berkahwin dengan Tri Rachmaningish. Mereka mempunyai dua anak: seorang lelaki, Yunan Mahastra Satria (lahir 22 Jun 1977) dan seorang perempuan, Diyah Gustinar Savitri (lahir 14 Julai 1975).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.