Bulu tangkis
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bulu tangkis merupakan "bola" yang digunakan dalam permainan badminton. Bentuk bulu tangkis adalah seperti kerucut yang diperbuat daripada bulu pelepah[lower-alpha 1] atau plastik (atau alternatif sintetik), yang dicucuk pada tapak gabus (atau getah) bulat dan dilapik dengan kulit nipis.
Suatu bulu tangkis mempunyai berat sekitar 4.75 hingga 5.50 gram (0.168 hingga 0.194 oz). Ia juga mempunyai 16 helai bulu, dengan setiap daripadanya berkepanjangan 62–70 milimeter (2.4–2.8 in) dengan garis pusat 25 hingga 28 milimeter (0.98 hingga 1.10 in).[2] Diameter bulatan yang dibuat oleh bulu adalah sekitar 58–68 milimeter (2.3–2.7 in).[3]
Terdapat tiga jenis bulu tangkis yang digunakan dalam permainan badminton: bulu tangkis dengan bulu pelepah, bulu tangkis plastik atau sintetik atau bulu tangkis sintetik.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.