Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Pengawal Pantai Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (atau Maritim Malaysia dan APMM), secara rasmi, untuk pengecaman antarabangsa, ia dipanggil Pengawal Perairan Malaysia[2], merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan perairan di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara. Selain dari itu, tugasan penting Maritim Malaysia ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.
Remove ads
Remove ads
Latar belakang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditubuhkan hasil kajian beberapa tahun mengenai keperluan mewujudkan pasukan pengawal perairan nasional. Penubuhannya diluluskan kabinet pada 21 Ogos 2002. Seterusnya pada 16 April 2003 satu jawatankuasa pemandu dan pasukan nukleus diwujudkan bagi membantu kelicinan pelancarannya. Pada 15 Februari 2005 Akta APMM (Akta 633) mula berkuatkuasa dan APMM memulakan operasi pada 30 October 2005. Bagaimanapun pelancaran rasmi APMM hanya berlangsung pada 21 Mac 2006. Ketua Pengarah APMM yang pertama ialah Laksamana Maritim Datuk Mohammad Bin Nik.
Remove ads
Organisasi
Senarai Ketua Pengarah
- Laksamana Maritim Dato’ Mohamad bin Nik (30 November 2005 – 14 Mac 2008)[3]
- Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan bin Kurish (5 Mei 2008 – 9 September 2015)[3]
- Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar (9 September 2015 – 27 Mei 2017)[3]
- Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar (1 Jun 2017 – 5 Ogos 2019)[4]
- Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som (19 Ogos 2019 – 17 Mac 2023)[5]
- Laksamana Dato Saiful Lizan (pemangku, 18 Mac 2023-10 Ogos 2023)
- Laksamana Maritim Dato Hamid Amin (11 Ogos 2023-sekarang)
Operasi
Mengikuti langkah beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat, yang telah menubuhkan agensi maritim, APMM menjalankan pemantauan 24 jam setiap hari. Berbeza dengan agensi yang serupa dari negara lain, APMM bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang tetapi juga berkuasa melakukan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim. Bagi memudahkan kawalan dan pemantauan, kawasan maritim di Malaysia dibahagikan kepada lima wilayah dan setiap satu mengandungi tiga hingga lima daerah maritim.
Wilayah Maritim | Ibu Pejabat Wilayah | Daerah Maritim | Ibu Pejabat Daerah | Pangkalan Maritim | Pos Maritim |
Utara | Langkawi, Kedah | DM 1 | Bukit Malut, Langkawi | Kuala Perlis, Perlis | - |
Kuala Kedah, Kedah | - | ||||
Teluk Ewa, Langkawi | - | ||||
DM 2 | Batu Uban, Pulau Pinang | - | - | ||
DM 3 | Lumut, Perak | Kuala Kurau | Pulau Pangkor | ||
Selatan | Johor Bahru, Johor | DM 4 | Pelabuhan Klang, Selangor | Kuala Selangor, Selangor | - |
DM 5 | Kuala Linggi, Melaka | Port Dickson, Negeri Sembilan | - | ||
DM 6 | Johor Bahru, Johor | Pelabuhan Tg. Pelepas, Johor | - | ||
Batu Pahat, Johor | - | ||||
DM 7 | Tanjung Sedili, Johor | Pengerang, Johor | - | ||
Mersing, Johor | - | ||||
Timur | Kuantan, Pahang | DM 8 | Kuantan, Pahang | Rompin, Pahang | Pulau Tioman |
DM 9 | Kuala Terengganu, Terengganu | Kemaman, Terengganu | - | ||
DM 10 | Tok Bali, Kelantan | Tawang, Kelantan | - | ||
Sarawak | Kuching, Sarawak | DM 11 | Kuching, Sarawak | Tg. Manis, Sarawak | - |
DM 12 | Bintulu, Sarawak | Mukah, Sarawak | - | ||
DM 13 | Miri, Sarawak | Beting Patinggi Ali, Sarawak | - | ||
Sabah | Kota Kinabalu, Sabah | DM 14 | Labuan | - | - |
DM 15 | Kota Kinabalu, Sabah | - | Pulau Mengalum | ||
DM 16 | Kudat, Sabah | - | Pulau Jambongan | ||
Beluran | |||||
DM 17 | Sandakan, Sabah | Lahad Datu, Sabah | Pulau Tambisan | ||
DM 18 | Tawau, Sabah | Semporna, Sabah | Pulau Si Amil | ||
Pangkat
Pegawai APMM
Lain-lain pangkat
Pasukan Khas
Pasukan Khas dan Penyelamatan atau dikenali sebagai STAR (Special Team and Rescue) telah ditubuhkan pada 25 April 2005 dengan bantuan ahli-ahli pasukan khas PASKAU dari TUDM dan PASKAL dari TLDM yang dipindahkan ke unit APMM.Pasukan ini ditugaskan untuk tugas-tugas khas seperti penyelamatan tebusan dan pengiring VIP. Penubuhan pasukan ini lagi mengukuhkan kekuatan agensi ini.
Remove ads
Aset semasa APMM



APMM yang diberikan tugas bagi memastikan undang-undang maritim di zon ekonomi eksklusif Malaysia dikuatkuasa serta memelihara keselamatan, perkara berkenaan alam sekitar dan operasi menyelamat, memulakan operasi awal dengan hanya beberapa buah kapal.
Ketika ini aset APMM telah berkembang mempunyai lebih 113 buah kapal serta bot laju, 6 helikopter 2 kapal terbang pelbagai guna dan 6 pesawat tanpa pemandu. Kebanyakan kapal diterima daripada Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia. Sementara itu, sayap udaranya dirancang akan diwujudkan untuk memperkuatkan pasukan itu.
APMM juga sudah menubuhkan satu pasukan khas/pasukan elit yang akan bergabung tenaga dengan unit khas ATM dan PDRM dalam meningkatkan keselamatan perairan negara yang dikenali sebagai STAR.
Kapal
- (1 dalam pembinaan) x Desan 99m MPMS
- 1 + (2 dalam pembinaan) x Damen 1800 83m/Kelas Tun Fatimah
- 1 x Kelas Pekan 92m (pemberian kerajaan Jepun)
- 1 x Kelas Arau 87m (pemberian kerajaan Jepun)
- 2 x Kelas Langkawi 75m (ex-Musytari TLDM)
- (1 dalam pemindahan) x 65m Reliance-class
- 6 x Kelas Bagan Datuk NGPC 45m[6]
- 1 x Kelas Marlin 40m (pemberian kerajaan Jepun)
- 2 x Kelas Perwira 38m (pemberian kerajaan Australia)
- 15 x Kelas Gagah 39m (ex-PZ PDRM)
- 7 x Kelas Ramunia 32m (ex-Bahtera Kastam)
- 9 x Kelas Gemia 29m (ex-PX PDRM)
- 2 x Kelas Rhu 26m (ex-Siri 200)
- 4 x Kelas Malawali 25m (ex-Bintang)
- 5 x Kelas Nusa 22m (2 x ex-Rajawali & 3 x ex-KA)
- 14 x Kelas Tugau 22m (ex-PA PDRM)
- 4 x Kelas Semilang (ex-Siri 100)
- 50 x Kelas Penggalang[7]
- 45 x Kelas Pengawal (ex-GRP & PC)[8]
- 10 x Kelas Penyelamat (ex-SAR & ex-PME)
- 9 x Kelas Halilintar
- 12 x Kelas Petir
- 30 x Kelas Perkasa
- 1 x Kelas Peninjau (ex-Siri 300)
- 6 x Kelas Adal
- 5 x Kelas Cenderawasih
- 1 x Kelas Pengaman (ex-AL)
- 5 x Kelas Pelindung (ex-OBM)
- 8 x Kelas Benteng
- 18 x Kelas Banggi
- 40 x Kelas Kilat
- 4 x Kelas Seahawk
- 3 x Airboat
- 6 x GTX LTD 300 jet ski
- 4 x GTS jet ski
Pesawat
- 2 x Kapal Terbang Bombardier CL 415MP
- Bombardier CL 415MP - M71-01
- Bombardier CL 415MP - M71-02
- 4 x Helikopter Agusta Westland AW189 (dalam pembinaan)[9]
- 2 x Helikopter Agusta Westland AW139
- Agusta Westland AW139 - M72-01 telah terhempas pada 2024[10]
- Agusta Westland AW139 - M72-02
- Agusta Westland AW139 - M72-03
- 3 x Helikopter Eurocopter AS365 Dauphin
- Eurocopter AS365 Dauphin - M70-01
- Eurocopter AS365 Dauphin - M70-02
- Eurocopter AS365 Dauphin - M70-03
- 3 x Pesawat Tanpa Pemandu Alti Transition
- 6 x Pesawat Tanpa Pemandu Fulmar
Remove ads
Lihat juga
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia |
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads