Jabatan Kastam Diraja Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Remove ads
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كستم دراج مليسيا; singkatan: JKDM) ialah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. JKDM berfungsi sebagai pemungut idak langsung utama negara, memberi fasilitasi kepadadan menguatkuasa undang-undang. Pengurusan tertinggi JKDM diterajui oleh Ketua Pengarah Kastam (Turus III) dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan (Jusa A), Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri (Jusa A) dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan (Jusa B). Jabatan Kastam Diraja Malaysia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Bahagian Pematuhan, Bahagian Perkastaman, dan Bahagian Perkhidmatan Teknik.
Remove ads
Fungsi
- Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, levi keuntungan luar biasa, levi kenderaan, levi perlepasan, hasil bukan cukai, hasil negeri/wang amanah dan cukai perlancongan.
- Memberi fasilitasi perdagangan dalam bentuk insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian telah disediakan JKDM.
- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditadbir oleh JKDM.
Remove ads
Bidang kuasa
Jabatan Kastam Diraja Malaysia , telah diperuntukkan kuasa untuk menguatkuasakan Akta, Perintah dan Peraturan seperti di bawah. Senarai rujukan undang-undang adalah seperti berikut:
Akta
- Akta Kastam 1967 (Akta 235)
- Akta Eksais 1976 (Akta 176)
- Akta Zon Bebas 1990 (Akta 438)
- Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806)
- Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807)
- Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592)
- Akta Cukai Perlancongan 2017 (Akta 791)
- Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)
- Akta Racun 1952 (Akta 360)
- Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)
- Akta Senjata 1960 (Akta 206)
- Akta Penjara 1995 (Akta 537)
- Kaedah-Kaedah Lokap 1953
- Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)
- Akta Membaharui Undang Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 (Akta 165)
- Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)
- Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708)
- Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 688)
- Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)
- Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
- Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 (akta 504)
- Akta Pelindung 2006 (Akta 657)
- Akta Passport 1966 (Akta 150)
- Akta Imigresen 1959/63
- Akta Pendaftaran Penjenayah Dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969
- Akta Keterangan 1950
- Akta Perlindungan Saksi 2009
- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
- Akta Mahkamah Kehakiman 1964
- Perlembagaan Persekutuan
Perintah
- Perintah Duti Kastam
- Perintah Duti Kastam (Pengecualian)
- Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)
- Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)
- Perintah Kastam (Larangan Pemindahan)
- Perintah Kastam (Nilai-Nilai) (Minyak Kelapa Sawit)
- Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit)
- Perintah Duti Kastam(Barang-Barang Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun)
- Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Barharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata)
- Perintah Duti Kastam (Barang Barang di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif AntaraNegeri-Negeri Anggota ASEAN dengan Jepun)
- Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN)
- Perintah Duti Kastam (Barang-Barang di bawah Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas antara ASEAN - Australia - New Zealand)
- Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Di Bawah Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara ASEAN Dan China)
- Perintah Duti Kastam (Barang-Barang di Bawah Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara Kerajaan Negara-Negara Anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara dan Republik Korea)(Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN)
- Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Di Bawah Perjanjian Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Antara ASEAN – Hong Kong, China)
- Perintah Duti Kastam (Barang-Barang DI Bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau)
- Perintah Duti Kastam (Barang-barang Di Bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik)
- Perintah Duti Kastam (Langkawi)
- Perintah Duti Kastam (Pangkor)
- Perintah Duti Kastam (Labuan)
- Perintah Duti Kastam (Tioman)
- Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan)
- Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Dipercepat)
- Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan Sementara)
- Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan)(Pelanjutan)
- Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran)
- Perintah Kastam (Nilai-Nilai Kenderaan Motor Pasang Siap Yang Diimport)(Baru)
- Perintah Duti Eksais
- Perintah Duti Eksais (Minuman Bergula)(Bayaran)
- Perintah Eksais (Pengecualian Daripada Perlesenan)
- Perintah Duti Eksais (Pengecualian)
- Perintah Duti Eksais (Kenderaan Bermotor)(Bayaran)
- Perintah Duti Eksais (Penyediaan Pra Campuran)(Bayaran)
- Perintah Duti Eksais (Langkawi)
- Perintah Duti Eksais (Pangkor)
- Perintah Duti Eksais (Labuan)
- Perintah Duti Eksais (Tioman)
- Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualikan Daripada Cukai) 2018
- Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018
- Perintah Cukai Jualan (Jumlah Nilai Jualan Barang Bercukai) 2018
- Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2018
- Perintah Cukai Perkhidmatan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018
- Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai Perkhidmatan Digital) 2019
Peraturan
- Peraturan-Peraturan Kastam 1977
- Peraturan-Peraturan Kastam 2019
- Peraturan-Peraturan Kastam (Ketetapan Kastam) 2007
- Peraturan-Peraturan Kastam(Pengkompaunan Kesalahan) 2020
- Peraturan- Peraturan Kastam (Fi Lesen Import Kenderaan Bermotor) 2009
- Peraturan-Peraturan Eksais 1977
- Peraturan-Peraturan Eksais (Ketetapan Kastam) 2007
- Peraturan-Peraturan Eksais (Pengkompaunan Kesalahan) 2020
- Peraturan-Peraturan Eksais (Membotol dan Memindah Liquor yang Memabukkan) 1977
- Peraturan-Peraturan Eksais (Penentuan Nilai Barang-Barang yang Dikilangkan Secara Tempatan bagi Maksud Melevi Duti Eksais) 2019
Remove ads
Sejarah Awal Perkastaman
Sebelum Tanah Melayu dijajah oleh Barat, sistem pentadbiran cukai telah sekian lama wujud, iaitu semenjak Kegemilangan Pemerintahan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau. Dalam era Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan-pelabuhan pesisir laut dan perundangan, adalah saling berkaitan dengan struktur cukai yang melibatkan pedagang-pedagang asing dan tempatan. Sepanjang tempoh tersebut, pungutan cukai dan hal-hal yang berkaitan dengan percukaian di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari (Chief of the Exchequer) . Pegawai percukaian dikenali sebagai Syahbandar. Merekalah yang merupakan golongan yang menguatkuasakan Peraturan-peraturan dan Undang-undang Pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh Raja.
" ... the Chief of the Exchequer. (He) controlled all the revenue and Customs Officers and looked after the palace building and equipment (...Penghulu Bendahari. (Dia) Mengawal semua sumber perbendaharaan dan semua Syahbandar serta bangunan Istana dan peralatannya)".
(R.J. Wilkinson "The Malacca Sultanate". JMBRAS VOL. XIII-Pt.2, 1935, p.31)
Pentadbiran Cukai di Negeri-Negeri Selat 1826
Dengan penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 pentadbiran cukai ditadbir oleh seorang Gabenor dan sebuah Majlis Jeneral di Calcutta yang mana ia dikawal oleh Board of Control Syarikat Hindia Timur. Walaupun Negeri-negeri Selat telah ditubuhkan, namun beberapa struktur dan amalan percukaian yang telah digunakan oleh pembesar Melayu sebelum ini masih dikekalkan, umpamanya sistem Tax Farming iaitu satu bentuk percukaian dengan memajakkan kuasa memungut cukai kepada pemajak yang paling tinggi dengan dikenakan lesen kepada pemajak dan diikuti dengan beberapa syarat. Cara ini dapat melicinkan proses pemungutan cukai eksais. Bagi tujuan penyeludupan pula terutama penyeludupan candu, pada tahun 1961, polis telah digunakan bagi tujuan tersebut.
Walaupun belum wujud lagi Jabatan Kastam dan Eksais, namun segala aktiviti kastam adalah dikendalikan oleh satu badan yang dipanggil Government Monopolies, iaitu satu badan yang diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen mengimport, memproses dan menjual barangan tertentu seperti candu, tembakau, arak, rokok dan mancis.
Pada masa ini Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Labuan dan Daerah Dinding di Perak telah menjadi Kawasan Utama Kastam. Daerah Dinding kemudiannya telah dikeluarkan daripada kawasan Kastam Negeri Selat dengan menyerahkan semula kepada Sultan Melaka pada 6hb. Jun 1934. Pada masa ini barang yang dikenakan Cukai Eksais ialah samsu, todi dan candu buatan tempatan. Manakala Cukai Kastam pula dikenakan ke atas pengimportan candu dari Negeri China, tembakau, rokok, arak dan mercun.
Government Monopolies, badan yang mengawal perjalanan kastam dan eksais ini berjalan sehingga tahun 1937, apabila pada tahun itu Jabatan Kastam dan Eksais Negeri Selat ditubuhkan dengan rasmi dengan gelaran H.M Customs and Excise. Pada masa ini juga Cawangan Pungutan Hasil dan Cawangan Pencegah telah ditubuhkan. Stesen yang dipanggil Coast Post telah didirikan bagi menempatkan pegawai Revenue Officier memungut cukai dan mengawal aktiviti perdagangan. Pada masa ini Jabatan Kastam juga berkongsi kuasa dengan “Harbour Master, Post Master dan Immigresen”. Pada tahun 1938 aktiviti penggeledahan kapal telah dijalankan untuk menghapuskan aktiviti penyeludupan.
H.M. Customs and Excise kekal sehingga ke zaman Malayan Union sehinggalah pada tahun 1948 apabila Jabatan Kastam dan Eksais terbentuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Singapura dan Labuan.
Sistem Percukaian di Negeri-Negeri Melayu
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu dan sebelum Sistem Residen diperkenalkan telah wujud system pentadbiran cukai di negeri-negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dimana ianya ditadbir oleh pembesar-pembesar Melayu. Pada masa ini Negeri-negeri Melayu telah dibahagikan kepada beberapa jajahan daerah yang mempunyai seorang pembesar yang berkuasa untuk mengenakan cukai ke atas rakyat. Antara cukai yang dikenakan adalah seperti contoh berikut:
a. Getah - $1 sepikul
b. Kulit Haiwan -$12.5 sepikul
c. Bijih Timah -$4 sebahara
d. Beras -$16 sepikul
e. Tembakau -$2 sepikul
f. Candu -$4 sepikul
g. Minyak -10% setiap jenis
Dengan pengenalan Sistem Residen pada tahun 1870 hingga 1880an, maka pentadbiran British telah mengambil alih tugas memungut cukai daripada pembesar-pembesar tempatan. Sebelum pembentukan Majlis Negeri di negeri-negeri yang ditadbir melalui Sistem Residen, pemungutan hasil cukai adalah bergantung kepada budi bicara tiap-tiap Residen yang bertindak sebagai penasihat kepada Sultan. Majlis Negerilah yang kemudiannya menentukan segala perkara yang berhubung dengan Cukai Kastam di negeri-negeri berkenaan. Antara fungsi majlis tersebut adalah:
“…Connection with the Government of the country influential natives and other with whom the Government may consult, regarding proposals for taxation, appoiments concessions, the institution or abolition of laws and other matters…”
Antara cukai yang telah diperkenalkan ialah:
a. Sistem pemajakan tanah lombong dengan bayaran Cukai Eksport sebanyak $15.00 sebahara dan 1/10 bagi logam lain.
b. Farming Revenue – cukai 2.5%
c. Cukai ke atas candu import
Penyatuan Jabatan Kastam di Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran aktiviti percukaian di Negeri Melayu dengan lebih teratur telah membawa kepada penubuhan Jabatan Kastam di Negeri Melayu bertempat di muara-muara sungai dan sempadan antara negeri dan ditugaskan khusus untuk memungut cukai ke atas barang keluaran pertanian, perlombongan, minuman keras, candu dan gambir. Sistem pentadbiran Jabatan Kastam pada masa itu adalah bersaingan antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Urusan pentadbiran jabatan dan pemungutan cukai dijalankan oleh kerani-kerani kepada pejabat daerah dan kerani daripada pejabat Perbendaharaan Negeri. Oleh itu, Jabatan Kastam tidak sepenuhnya mengendalikan pentadbiran dalam urusan pemungutan Cukai Kastam dan Eksais. Sebagai contoh di Teluk Anson, Taiping dan Kuala Lumpur, cukai-cukai dipungut oleh Bendahari Kerajaan sementara di pelabuhan, muara-muara sungai serta sempadan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, cukai dipungut oleh Kerani-kerani Kastam yang bertanggungjawab kepada Pegawai-pegawai Daerah berkenaan. Di Negeri Selangor Cukai Import ke atas candu dipungut oleh Pegawai Pelindung Hal Ehwal Orang-orang Cina.
Pada masa ini belum wujud lagi kesatuan kastam antara Negeri-negeri Melayu yang membawa masalah kepada tarif barangan dan kadar cukai yang berbeza-beza di antara negeri-negeri. Akibat daripada itu timbul keperluan bagi membentuk sebuah persekutuan antara Negeri-negeri Melayu dan telah dipersetujui pada dasarnya oleh Setiausaha Luar British dan Gabenor Negeri-negeri Selat.
Dengan terbentuknya persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka timbul usaha-usaha bagi menyatukan hal ehwal kastam antara negeri-negeri. Natijah daripada itu lahirlah satu undang-undang yang dinamakan Enakmen Hasil Barang Bilangan ll pada tahun 1904, yang bertujuan mengawal segala hasil Cukai Import ke atas minuman keras. Di bawah undang-undang ini pemborong diberi kuasa khas mengimport dengan bayaran sewa yang telah ditetapkan.
Pada tahun 1907 satu jawatan telah diwujudkan dengan nama Inspector of Trade and Customs pada 1hb Januari 1907. Pada tahun yang sama juga satu undang-undang yang dinamakan “The Customs Regulation Enactment” telah diadakan dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 1907 setelah diluluskan keempat-empat Majlis Undangan Negeri. Kemudian pada tahun 1908 nama Inspector of Trade and Customs telah diganti dengan nama Commissioner of Trade and Customs.
Dengan wujudnya enakmen 1907, maka jadual-jadual Cukai Import dan Eksport telah diseragamkan di seluruh Negeri Melayu Bersekutu. Walau bagaimanapun penyatuan sepenuhnya hanya wujud pada tahun 1920 dengan pembentukan satu enakmen kastam yang seragam bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan penyatuan ini juga stesen-stesen kastam di sempadan telah dimansuhkan dan cukai tidak dikenakan jika barang tersebut dibawa daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain yang berada dalam kesatuan kastam. Untuk memungut Cukai Eksport ke atas barang-barang yang dibawa keluar dengan kereta api maka stesen pemungut cukai telah ditubuhkan di tanah jajahan Singapura dan Prai pada tahun 1918 dan 1919, di Melaka pada tahun 1922. Stesen ini juga ditugaskan untuk memungut cukai ke atas barang yang diimport.
Pembentukan Kesatuan Kastam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyelaraskan segala peraturan kastam di antara negeri-negeri tersebut. Ia juga telah menyatakan semua pejabat kastam di bawah Pesuruhanjaya Perdagangan dan Jabatan Kastam bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Commissioner of Trade and Customs telah diubah namanya kepada Comptroller of Customs pada tahun 1938.
Pembentukan Kesatuan Kastam Persekutuan Tanah Melayu 1948
Dalam Persidangan Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau dikenali sebagai Durber pada tahun 1931 di Sri Menanti, Negeri Sembilan, cadangan untuk memperluaskan kesatuan telah dikemukakan oleh Sir Cecil Clementi. Cadangan beliau ini adalah berasaskan kepada semakin bertambahnya cukai import dari tahun ke tahun sehingga pada tahun 1932, taraf kastam meliputi sejumlah besar barangan dan terpaksa diwujudkan prefential duty bagi barangan yang datang daripada empayar British. Akibat daripada pergantungan yang amat sangat terhadap duti import sebagai hasil negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi pada tahun 1932 berpendapat
“Like the rest of the British Empire
Become increasingly dependent on Customs
import duties as their score that he strongly
recommended the creation of a customs
union embracing the whole of the Malay
peninsula
if trade is not to be intolerably cramped
and the interdependence of one
territory upon another i matter of commerce”,
(C.R.Emerson Malaysia a study in Direct and
Indirect Role Out 1979.P.190).
Atas alasan supaya perdagangan tidak tergugat akibat daripada bertambahnya tarif di Negeri Melayu Bersekutu inilah yang menyebabkan beliau mengesyorkan supaya Kesatuan Kastam dibentuk bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Kesatuan Kastam bagi Semenanjung Tanah Melayu hanya berjaya dibentuk pada tahun 1946 iaitu dengan terbentuknya Malayan Union pada bulan April 1946, dan jabatan ini diberi nama “Customs and Excise of Malayan Union”. Walau bagaimanapun dengan pembubaran Malayan Union pada tahun 1948 maka Jabatan ini terpaksa disusun semula. Jabatan Kastam pada masa ini bukan sahaja terdiri daripada Jabatan Kastam yang diletakkan di bawah Negeri Melayu Bersekutu tetapi termasuk juga Jabatan Kastam yang di bawah Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri Selat.
Jabatan Kastam dan Eksais Persekutuan Tanah Melayu 1948
Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, maka terbentuklah sebuah Jabatan Kastam dan Eksais bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut Ordinan Kastam 1952, jabatan ini diletakkan dibawah penguasaan Pesuruhjaya Tinggi bagi Tanah Melayu dan diketuai oleh seorang Pengawal Kastam sepertimana yang terdapat sejak tahun 1938. Ia berlanjutan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Dengan kuasa yang ada pada Seksyen 138 Ordinan Kastam 1952, beliau yang berada dalam Majlis Persekutuan bertanggungjawab mengeluarkan segala peraturan-peraturan yang berhubung dengan hal ehwal kastam. Kawasan Utama Kastam pada masa itu adalah seluruh Semenanjung Tanah Melayu terkecuali Pulau Pinang, untuk mengekalkan tarafnya sebagai sebuah Pelabuhan Bebas.
Ekoran daripada pembentukan Kesatuan Kastam bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1948, maka timbullah keperluan untuk meningkatkan prestasi kakitangan dan jabatan bagi memenuhi keperluan Negara yang akan menuju ke arah kemerdekaan. Dengan itu, pada tahun 1956 sebuah pusat latihan telah ditubuhkan di Bukit Baru Melaka yang pada mulanya hanya mampu menampung seramai 40 orang pelatih pada satu masa.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada bulan Ogos 1957 sekali lagi Jabatan Kastam dan Eksais dari segi struktur pentadbirannya disusun semula untuk memenuhi keperluan Tanah Melayu yang merdeka. Pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai oleh seorang Pegawal Kastam dan Eksais yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan.
Jabatan ini dari segi kawasan telah dibahagikan kepada tiga wilayah berdasarkan kepada pusat perdagangan yang utama. Bagi Wilayah Utara pengkalannya adalah Pulau Pinang, meliputi Kedah, Perlis dan Perak. Bagi Wilayah Tengah pula, pengkalannya adalah di Kuala Lumpur dan kawasannya meliputi Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Akhir sekali ialah Wilayah Selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Stesen Kastam di Singapura. Tipa-tiap wilayah diketuai oleh seorang Senior Assistant Comptroller of Customs.
Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963, maka sekali lagi struktur pentadbiran Kastam dan Eksais disusun semula untuk membolehkan keseragaman dilakukan. Pada tahun 1964, ketua bagi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi Negeri Tanah Melayu dengan pindaan kepada Undang-undang Kastam 1964 diterbitkan di bawah L.N. 306 bertarikh 1hb Oktober 1964, telah diberi nama sebagai Regional Comptroller of Customs and Excise. Pada tahun 1964 juga semua pegawai yang berkhidmat adalah anak tempatan apabila dua orang Pegawai Inggeris menamatkan tempoh perkhimatan masing-masing.
Walaupun wujud penyatuan dengan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia namun Sabah dan Sarawak masih bergerak dibawah Ordinan-ordinan Kastam dan Perintah Duti yang berasingan. Ini memberi kesan kepada perjalanan barangan secara bebas di antara sebuah wilayah ke wilayah yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan mudah disebabkan oleh perbezaan tersebut. Ekoran daripada masalah ini, maka pengawal bagi ketiga-tiga wilayah telah berjumpa pada pertengahan tahun 1967 dan hasil daripada perjumpaan tersebut telah melahirkan sebuah Akta Kastam No.62, tahun 1967 yang memberikan seluruh Malaysia satu undang-undang kastam yang tunggal. Akibat daripada itu Jawatan kuasa Cukai Tidak Langsung di Perbendaharaan telah giat menyediakan sebuah tarif bersam untuk ketiga-tiga wilayah. Pada 29hb Oktober 1963, jabatan Kastam dan Eksais dianugerahkan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Ia merupakan detik sejarah baru dalam sejarah perkembangan Jabatan Kastam dan Eksais seterusnya.
Pada tahun 1972, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia telah terlibat dalam penyusunan semula pentadbiran berikutan dengan laporan seorang pakar daripada International Monetary Fund. Akibat daripada itu pada 1hb Ogos 1972, Ketua Pengarah Kastam Malaysia mewujudkan seorang Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan seorang Penolong Ketua Pengarah Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pelaksanaan, ditambah pula seorang lagi Timbalan Pengarah Kastam yang bertanggungjawab bagi segala urusan pengurusan. Mulai dari tarikh tersebut juga jawatan Pengarah Kastam Wilayah Malaysia Barat telah dihapuskan dan digantikan dengan tiga Pengarah Kastam Kawasan sebagai ketua bagi tiap-tiap satu kawasan, iaitu utara, tengah dan selatan yang sebelum itu diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam.
Pada dekad 70-an dan 80-an, negara menuju ke era perindustrian akibatnya peranan Jabatan Kastam dan Eksais semakin luar. Cukai baru telah diperkenalkan seperti Cukai Jualan yang dikenakan ke atas barang yang dikilang di tempatan dan memungut cukai-cukai perkhidmatan yang diberi oleh hotel-hotel, rumah tumpangan serta pusat hiburan dan kesihatan. Untuk mengelakkan industri dan pelaburan cawangan industri telah ditubuhkan unit-unit sokongan seperti Unit Narkotik, Unit Komputer dan lain-lain unit telah diwujudkan bagi menghadapi perkembangan industri di Malaysia.
Remove ads
Gelaran “Diraja”
Upacara pengurniaan penuh istiadat ini telah disempurnakan pada 29 Oktober 1963 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-3, Tuanku Syed Putra Jamalullail, melalui penyerahan Gencana Diraja kepada Ketua Pengarah Kastam yang pertama, Tuan Abdul Rahman Bin Ariffin.[perlu rujukan]
Senarai Ketua Pengarah Kastam
Remove ads
Struktur pentadbiran
Remove ads
Organisasi
Bahagian Penguatkuasaan
Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Perancangan Korporat
Bahagian Perkastaman
Bahagian Cukai Dalam Negeri
Bahagian Perkhidmatan Teknik
Bahagian Pengurusan Pematuhan
Bahagian Perundangan
Cawangan Integriti
Cawangan Audit Kastam
Pengarah Kastam Zon / Negeri & Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
Remove ads
Pangkat dan Kedudukan
Remove ads
Pintu Masuk & Keluar Negara
Terdapat 3 mod pintu masuk utama negara iaitu mod udara, mod darat dan mod laut yang dikawal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Fasilitasi Perdagangan
Fasilitasi (kemudahan) perdagangan yang diberikan oleh JKDM kepada pemain-pemain industri dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menarik pelabur asing.
Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA)
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menubuhkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam atau Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA) pada tahun 2016 selepas insiden pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) yang ditembak mati ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April 2013.
COBRA berfungsi sebagai penggempur dan pelindung Bahagian Penguatkuasaan JKDM, terutama dalam menangani kes berisiko tinggi berikutan peningkatan ancaman terutama kepada pegawai Bahagian Penguatkuasaan seperti ugutan bunuh, halangan, anggota dirempuh ketika menjalankan tugasan, rumah dan kenderaan milik pegawai dibakar, rumah dan kenderaan milik pegawai disimbah cat serta termasuk gangguan tonto. COBRA berpusat di JKDM Ibu Pejabat (Putrajaya).
Selain bertindak sebagai strike and support team kepada pegawai dan anggota yang bertugas di barisan hadapan (frontliner), COBRA juga ditugaskan sebagai pelindung dan pengiring kepada pegawai-pegawai tertinggi JKDM (pengurusan atasan). Seterusnya COBRA turut ditugaskan untuk melindungi aset-aset penting JKDM termasuklah pangkalan marin serta aset bot yang menjadi perhatian sindiket.
Pengambilan siri pertama dilaksanakan pada tahun 2016 dengan 23 pegawai dan anggota yang berjaya menamatkan kursus asas COBRA. Manakala pengambilan siri kedua dilaksanakan pada tahun 2021 dengan 41 pegawai dan anggota yang berjaya menamatkan kursus asas COBRA. Bagi kedua-dua siri pengambilan, anggota COBRA telah menjalani latihan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta Perak yang mana anggota COBRA telah didedahkan dengan pelbagai bentuk kemahiran termasuk menembak, perubatan tempur, “close quarter battle” (CQB), serbuan rumah serta bangunan dan operasi di laut (marin).
Pusat Latihan Taktikal Cobra yang terletak di JKDM Perlis telah beroperasi sepenuhnya dalam melatih anggota meliputi aspek serbuan, risikan, persenjataan, perubatan, kemahiran mempertahankan diri yang mana mereka dilatih oleh operator pasukan khusus di Malaysia. JKDM dalam perancangan untuk menambah keanggotaan COBRA kepada seramai 205 orang untuk ditempatkan di kawasan berisiko tinggi dengan jenayah penyeludupan.
Pasukan Penguatkuasaan Penyeludupan Kastam (CCET)
Pasukan Penguatkuasaan Penyeludupan Kastam atau lebih dikenali sebagai Customs Contraband Enforcement Team (CCET) ditubuhkan pada tahun 2015 bagi memerangi jenayah penyeludupan di darat dan laut yangg berpusat di AKMAL Melaka. CCET terlibat di dalam operasi marin di peringkat antarabangsa iaitu Operasi Patroli Laut Terkoordinasi Kastam Indonesia dan Malaysia (PATKOR KASTIMA) dan juga operasi bersama Bahagian-Bahagian lain di dalam JKDM disamping persembahan di dalam PATKOR KASTIMA, Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA), Hari Kastam Sedunia (HKS) dan lain-lain. Anggota CCET didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam menjalankan tugas antarannya “close quarter battle” (CQB), menembak, T-Baton, seni mempertahankan diri dan sebagainya.
Cawangan Narkotik
Cawangan Narkotik Ibu Pejabat ditubuhkan pada Disember 1977 yang bertanggungjawab membanteras pengedaran dan penyeludupan dadah di pintu-pintu masuk negara dan di dalam Malaysia melalui punca kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234). Cawangan Narkotik terdiri daripada beberapa unit dibawahnya seperti Unit Risikan, Unit Operasi Penguatkuasaan, Unit Siasatan, Unit Pentadbiran dan Unit Latihan/Pengendalian Anjing K9.
Antara kejayaan Cawangan Narkotik yang mengharumkan nama JKDM adalah rampasan 16 tan dadah jenis captagon berjumlah RM5.2 billion pada tahun 2021 yang merupakan kes terbesar dadah di dalam Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh Cawangan Narkotik ini adalah amat penting memandangkan lokasi Malaysia yang berada di bawah Golden Triangle of Drugs yang mana kartel-kartel kerap menjadikan Malaysia sebagai hub transit dadah untuk dipasarkan ke negara-negara lain selain untuk kegunaan domestik dalam Malaysia. Cawangan Narkotik Ibu Pejabat beralamat di Jalan Ciku, Kampung Jijan Tengah, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Bagi negeri yang tidak mempunyai Stesen Narkotik, peranan tersebut diambil alih oleh Bahagian Penguatkuasaan Negeri. Kesemua Stesen Narkotik terletak berhampiran pintu-pintu sempadan Negara iaitu sempadan utara, sempadan timur, sempadan selatan, Sabah dan Sarawak. Berikut adalah Stesen Narkotik di seluruh Malaysia:
Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP)
Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes jenayah penyeludupan di darat dan laut yang melibatkan semua komoditi/barangan seperti rokok, minuman keras, tembakau, dadah (narkotik), senjata api, barangan STA, racun, kenderaan, mercun dan lain-lain termasuklah kes pemerdagangan dan penyeludupan orang (ATIPSOM). USFP ada di setiap JKDM negeri dan JKDM Ibu Pejabat. Pegawai Penyiasat (IO) USFP terlibat dalam permohonan reman terhadap suspek, proses penyiasatan seterusnya pengemukaan Kertas Siasatan (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya seperti pertuduhan mahkamah. Siasatan yang dijalankan oleh USFP melibatkan kesemua perundangan yang ditadbir oleh JKDM antaranya Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta ATIPSOM 2007, Akta CITES 2008, Akta Samsu Gelap 1976, Akta Racun 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan sebagainya.
Unit Siasatan Frod Dokumentasi (USFD)
Unit Siasatan Frod Dokumentasi (USFD) bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes frod dokumentasi (document fraud). USFD ada di setiap JKDM negeri dan JKDM Ibu Pejabat. Pegawai Penyiasat (IO) USFD terlibat dalam permohonan reman terhadap suspek, proses penyiasatan seterusnya pengemukaan Kertas Siasatan (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya seperti pertuduhan mahkamah. Siasatan yang dijalankan oleh USFD melibatkan kesemua perundangan yang ditadbir oleh JKDM antaranya Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan sebagainya.
Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (USPWH/AMLA)
Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (USPWH) bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap kesemua kesalahan berat yang tersenarai dalam jadual kedua Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang melibatkan pemindahan rentas sempadan wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa. USPWH hanya berpusat di JKDM Ibu Pejabat.
Berdasarkan Kertas Siasatan Predikat yang dibuka oleh Pegawai Penyiasat (IO) USFP dan Pegawai Penyiasat (IO) USFD, maka Kertas Siasatan (IP) akan dibuka oleh IO USPWH bagi siasatan di bawah Akta AMLATFPUAA 2001. IO USPWH terlibat dalam permohonan reman terhadap suspek, proses pembekuan harta dan akaun, proses penyitaan, proses penyiasatan seterusnya pengemukaan Kertas Siasatan (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya seperti pertuduhan mahkamah. Siasatan yang dijalankan oleh USPWH melibatkan perundangan yang ditadbir oleh JKDM iaitu Akta AMLATFPUAA 2001.
Seksyen kesalahan di dalam Akta AMLATFPUAA 2001 yang popular dikuatkuasakan oleh unit ini adalah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001 iaitu kesalahan pengubahan wang haram. Hukuman bagi kesalahan Seksyen 4(1) Akta Kastam 1967 adalah dipenjarakan dalam suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau 5 juta ringgit yang mana lebih tinggi.
Unit Siasatan Dalaman (USD) / Cawangan Siasatan Khas (CSK)
Unit Siasatan Dalaman (USD) atau lebih dikenali sebagai Cawangan Siasatan Khas (CSK) ditubuhkan pada 01 Januari 2019 dengan kekuatan 20 orang Pegawai Kanan JKDM yang diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam I (PKPK I) WK52. Fokus unit ini adalah untuk menangani masalah penyeludupan, penyelewengan dan salah laku terutamanya melibatkan integriti dalam kalangan Pegawai dan Anggota Kastam itu sendiri. USD/CSK akan melapor terus gerak kerja mereka kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK).
Seksyen kesalahan di dalam Akta Kastam 1967 yang popular dikuatkuasakan oleh unit ini adalah Seksyen 137 Akta Kastam 1967 iaitu penalti kerana menawarkan atau menerima rasuah. Hukuman bagi kesalahan Seksyen 137 Akta Kastam 1967 adalah dipenjarakan dalam suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau denda tidak melebihi RM500,000.00 atau kedua-duanya. Dan orang yang dituduh/disabitkan di bawah Seksyen 137 Akta Kastam 1967 ini akan ditahan daripada memegang jawatan di dalam perkhidmatan awam kerajaan persekutuan atau kerajaan mana-mana negeri.
Unit Import/Eksport & Zon Bebas
Pegawai Penaksir di Unit Import/Eksport & Zon Bebas merupakan salah satu tunjang utama JKDM dalam memberikan fasilitasi perdagangan di pintu masuk dan pintu keluar negara. Lebih daripada separuh pungutan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah menerusi Unit Import/Eksport dan Zon Bebas yang berada di seluruh negeri di negara ini. Antara duti/cukai yang dikutip oleh unit ini adalah Cukai Jualan Import, Duti Eksais, Duti Import, Duti Eksport, Levi, Ses Getah dan lain-lain.
Pegawai Penaksir terlibat dalam membuat taksiran terhadap barangan yang diimport atau dieksport melalui punca kuasa Seksyen 13 Akta Kastam 1967. Selain itu, Pegawai Penaksir bersama Permit Issuing Agency (PIA)/ Others Government Agency (OGA) turut terlibat dalam semakan keperluan Approval Permit (AP) atau Certificate of Approval (CoA) bagi dagangan yang diimport atau dieksport. Rujukan utama unit ini dalam membuat taksiran adalah Akta Kastam dan Peraturan-Peraturannya 1967, Explanatory Note (EN) Harmonized Code, Perintah Duti Kastam, Perintah Duti Eksais, Perintah Cukai Jualan, Larangan Mengenai Import, Larangan Mengenai Eksport dan lain-lain perudangan/peraturan berkaitan.
Sistem Maklumat Kastam (SMK) merupakan sistem utama yang digunakan oleh Pegawai Penaksir membuat taksiran dan perlepasan terhadap dagangan. Sistem Maklumat Kastam yang dibangunkan sejak era 90-an masih digunakan sehingga kini dan bakal digantikan dengan Sistem UCustoms yang masih dalam proses pembangunan sejak tahun 2013.
Antara Borang Kastam yang diproses oleh unit ini adalah:
Unit Mesin Pengimbas X-ray (Scanner)
World Customs Organisation (WCO) SAFE Framework of Standards to Secure and Facilitate Global Trade menetapkan peralatan pemeriksaan seperti mesin pengimbas harus disediakan dan digunakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Alat ini dapat membantu JKDM dalam memastikan barangan import dan eksport yang diikrar serta duti/cukai yang dibayar adalah betul di samping mengesan dan menghalang barang yang berbahaya/terlarang seperti dadah dan senjata api, tanpa mengganggu aliran perdagangan yang sah. Penggunaan mesin pengimbas adalah diperlukan untuk mengurangkan pemeriksaan fizikal ke atas barangan yang diimport dan dieksport bagi mempercepatkan perlepasan barangan berkenaan daripada kawalan Kastam.
JKDM telah mula menggunakan mesin pengimbas sejak tahun 2001 bagi mengimbas kandungan yang terdapat dalam kargo yang diimport/dieksport dan pemeriksaan terhadap penumpang di lapangan terbang, sempadan dan pelabuhan/jeti. Jenis mesin pengimbas adalah terdiri daripada tiga jenis iaitu mesin pengimbas kargo, mesin pengimbas bagasi, dan mesin pengimbas badan. Fungsi mesin pengimbas adalah untuk memastikan jenis barang yang diimbas adalah seperti mana yang diikrar, mengesan barang larangan atau barang berisiko tinggi daripada memasuki negara, serta mengekang aktiviti penyeludupan atau penyelewengan cukai.
Unit Latihan & Pengendalian Anjing K9 Narkotik Kastam
Unit Anjing Pengesan Dadah (APD) K9 ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Unit K9 JKDM diletakkan di bawah Cawangan Narkotik bagi membantu JKDM untuk mengesan dadah yang disembunyikan di ruangan sulit atau sukar dikesan. Pada awal penubuhan unit K9 JKDM, 6 ekor anjing pengesan dadah telah dibekalkan oleh Kastam Amerika Syarikat dan 4 ekor anjing pengesan dadah dihadiahkan oleh Biro Narkotik Australia. 4 orang Pegawai Kastam yang merupakan pasukan nuklues awal penubuhan Unit K9 JKDM telah dihantar bagi menghadiri kursus pengendalian anjing pengesan dadah di Front Royal Virginia, Amerika Syarikat.
Unit ini amat penting dalam membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah yang semakin membimbangkan akhir-akhir ini selain dengan bantuan mesin pengimbas (scanner). Pada masa kini, baka anjing yang digunakan oleh unit ini adalah jenis German Shephed dan Belgian Shepherd. Kebanyakkan anjing pengesan dadah Unit K9 JKDM dibiakkan di dalam negara bagi menjimatkan kos. Unit K9 JKDM kerap mengadakan kerjasama dengan agensi di dalam negara dan luar negara seperti Kastam Jepun (JICA) dalam memperkasa modal insan jurulatih/pengendali anjing K9. Selain itu, Unit K9 JKDM juga kerap dijemput dalam memberikan demonstrasi dan penerangan mengenai bahaya dadah di sekolah-sekolah serta hari terbuka jabatan kerajaan.
Jumlah aset anjing pengesan (K9) yang dimiliki oleh Unit K9 JKDM pada masa kini adalah sebanyak 52 ekor anjing pengesan dadah dan 2 ekor anjing pengesan tembakau. Pada Jun 2024 yang lalu, JKDM telah menerima tambahan 20 ekor anjing jenis baka Labrador Retriever dari India untuk ditempatkan di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat dan negeri-negeri persempadanan negara. Antara Negeri JKDM yang mempunyai Unit K9 adalah:
Unit Marin Kastam
Menurut rekod bertulis, Unit Marin Kastam telah wujud sejak 1917 lagi. Unit Marin Kastam adalah dibawah Bahagian Penguatkuasaan dan ditubuhkan bertujuan memerangai jenayah penyeludupan di laut. Pada 20 September 2020 adalah detik cemas berbalas tembakan diantara Unit Marin JKDM dan penyeludup di Perairan Bohey Dulang, Sabah. Pasca Covid 19 ini, Unit Marin Kastam telah terlibat secara aktif di dalam Op Benteng Laut (OBL) bagi mengekang kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), barang seludup dan penularan wabak Covid 19 itu sendiri.
Perolehan kes yang diperoleh oleh Unit Marin Kastam pada masa ini bukan hanya melibatkan kes-kes penyeludupan rokok dan minuman keras di bawah Akta Kastam dan Akta Eksais sahaja, kini perolehan kes unit ini dipelbagaikan seperti kes-kes di bawah Akta ATIPSOM (penyeludupan dan pemerdagangan orang), Akta CITES (penyeludupan hidupan liar), Akta Dadah Berbahaya dan lain-lain perundangan yang ditadbir oleh JKDM.
Perolehan 32 unit Bot Ronda Laju pada tahun 2021 dan 2022 yang dibekalkan oleh Kerajaan Malaysia kepada seluruh pangkalan Kastam marin dapat meningkatkan keupayaan unit ini dalam menjalankan tugasan dengan lebih berkesan dan berimpak tinggi.
Tidak hanya tugas-tugas penguatkuasaan, Unit Marin Kastam juga terlibat secara aktif dalam pelbagai misi CSR seperti bantuan menyelamat mangsa terperangkap banjir di Pantai Timur, bantuan mencari dan menyelamat mangsa disyaki lemas di laut, misi menyelamat mangsa bot karam di laut dan sebagainya.
Peralatan dan kelengkapan
Pengangkutan Marin
Pengangkutan Darat
Persenjataan
Pangkalan Kastam Marin
Lokap Tahanan Kastam
Lapang sasar
Setem Cukai Rokok dan Minuman Keras
Menerusi Bajet 2004 kerajaan telah mencadangkan kaedah penggunaan setem cukai (2004-2025) dan dakwat keselamatan (ditamatkan pada tahun 2016) yang mempunyai ciri-ciri keselamatan mengikut piawaian antarabangsa bagi minuman keras dan rokok.
Pelaksanaan penggunaan setem cukai dikenakan ke atas :
- Rokok yang di IMPORT.
- Minuman Keras yang di IMPORT.
- Rokok yang dikilang DALAM NEGERI.
- Minuman Keras yang dikilang dan dibotol DALAM NEGERI (kecuali bir dan stout yang dikeluarkan oleh kilang Guinness Anchor Bhd [Heineken Malaysia Bhd.], Carlsberg Brewery Malaysia Bhd dan Napex Brewery Sdn Bhd)
Jenis Setem Cukai:
Sistem Semakan Ketulenan Setem Cukai:
Ketulenan setem cukai (rokok dan minuman keras) boleh disemak menggunakan telefon pintar oleh orang awam / pembeli / penjual melalui sistem yang dibangunkan oleh JKDM/pembekal:
Setem Cukai Minuman Keras:
Setem Cukai Rokok:
Dakwat Keselamatan Rokok Tempatan:
Tidur kakitangan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads