penyanyi dan penggubah lagu Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Adam Ahmad merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu yang berasal dari Malaysia. Beliau amat meminati bidang nyanyian sejak dari kecil lagi. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Beliau juga merupakan seorang yang pendiam dan menyukai lagu-lagu yang berirama sentimental. Beliau juga pernah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi syarikat rakaman Polygram Records. Antara lagu ciptaan beliau ialah ‘Janji Manismu’ nyanyian aishah.[1]
Adam Ahmad | |
---|---|
Kelahiran | 1964 |
Meninggal dunia | 15 Mei 2014 49–50) | (umur
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | penulis lagu, penyanyi |
Terkenal kerana | Menyanyi 1980-an - 1990-an |
Kampung asal | Johor Bahru |
Pasangan | Norliza Ayat |
Lebih kurang jam 12 tengah malam 15 Mei 2014, Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kerana komplikasi beberapa penyakit.[2]
Pada tahun 1983, albumnya yang pertama yang bertajuk "Untukmu Sayang" dikeluarkan di bawah label Omry Records. Syarikat ini juga merupakan syarikat rakaman milikan bumiputera di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Album ini diterbitkan oleh Omar Taib, seorang penerbit yang telah memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada beliau sepanjang rakaman album ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.