From Wikipedia, the free encyclopedia
Actus reus — kadang-kadang dipanggil elemen luar sebuah jenayah — adalah isitilah bahasa Latin untuk "tindakan bersalah" yang, ketika dibuktikan tidak dapat diragui lagi dalam kombinasi dengan mens rea, iaitu, "fikiran bersalah", menghasilkan liabiliti penjenayah dalam asas-common law bidang kuasa undang-undang jenayah seperti Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Dalam Amerika Syarikat, sesetengah jenayah juga memerlukan bukti pada seorang keadaan penghadir.
Undang-undang jenayah |
---|
Sebahagian daripada siri common law |
Unsur-unsur jenayah |
Actus reus · Penyebaban · Persetujuan |
Mens rea · Niat (jenayah) |
Niat dlm undang² Inggeris · Kesemberonoan |
Kebutaan sengaja · Kecuaian jenayah |
Ignorantia juris non excusat |
Liabiliti vikarius · Liabiliti korporat |
Liabiliti ketat |
Kelas jenayah |
Feloni/Kesalahan boleh dakwa · Hibrid |
Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus |
Pelanggaran |
Kesalahan terangkum yang lebih ringan |
Jenayah terhadap orang |
Serangan · Serangan sentuh · Rompakan |
Penculikan · Rogol |
Kacau-bilau · Pematian orang · Pembunuhan |
Jenayah terhadap harta |
Kecurian · Larseni · Jenayah kebakaran |
Penggelapan · Dakwaan palsu |
Pemerasan · Pemalsuan · Jenayah komputer |
Jenayah terhadap keadilan |
Halangan terhadap keadilan · Sogokan |
Sumpah bohong · Kegagalan pelaporan feloni |
Jenayah inkoat |
Pendorongan · Cubaan |
Konspirasi · Peserta |
Subset |
Prosedur jenayah |
Kategori:Pembelaan jenayah |
Bidang common law yang lain |
Undang-undang: Kontrak · Tort · Harta |
Wasiat dan amanah · Bukti |
Ada juga sesetengah kekecualian kepada peraturan umum yang sebuah "fikiran bersalah" harus dibuktikan. Banyak pengundangan mereka yang digelarkan kesalahan strict liability, yang menjenayahkan kelakuan tanpa keperluan untuk membuktikan sebuah mens rea dengan hubungannya ke semua elemen-elemen actus reus. Kebanyakan kesalahan ini ialah sama ada jenayah-kuasi atau relatively low fault instances kelakuan. Walaupun dalam kes-kes ini, liability dapat kadang-kadang dinegatekan kalau otomatisme hadir.
Ketika membicarakan sifat actus reus atau tindakan bersalah, sarjana hukum membezakan antara:
Dua yang awal tertakluk kepada keperluan causation dan yang ketiga mungkin memerlukan atau tidak memerlukan unsur kerelaan bergantung kepada kefahaman actus reus dan berapa berat kesalahan itu.
Definisi setiap kesalahan, sama ada common law atau statutory, akan selalu termasuk komponen faktual yang diperlukan untuk mendirikan actus reus. Sesetengah fakta-fakta ini akan menjadi:
Istilah-istilah actus reus dan mens rea berasal daripada prinsip yang dinyatakan oleh Edward Coke, iaitu actus non facit reum nisi mens sit rea,[1] yang membawa maksud: "sesuatu perbuatan tidak menyebabkan seseorang bersalah kecuali akalnya juga bersalah", iaitu ujian amnya memerlukan bukti kesalahan, kebersalahan, atau keadaan yang patut disalahkan, baik dari segi kelakuan mahupun dari segi akal. Dalam hal ini, peranan automatisme adalah sangat berkaitan dengan pemberian penjelasan positif untuk menunjukkan kesukarelaan sebelum seseorang boleh disabitkan bersalah. Apabila actus reus telah diasaskan dalam sesuatu kesalahan biasa, persetujuan antara kedua-dua actus reus dan mens rea (dan untuk sebilangan jenayah di Amerika Syarikat, keadaan berkait) harus diperoleh untuk memberikan alasan yang kuat terhadap sabitan.
Sebilangan kesalahan ditakrifkan dari segi keadaan atau konteks, umpamanya "kedapatan di dalam kawasan berpagar" atau "mabuk sewaktu memandu kereta". Kesemua ini biasanya dianggap sebagai liabiliti ketat dan sabitan boleh dikekalkan walaupun orang yang dituduh tidak bertindak dengan sukarela pada keseluruhannya. Oleh itu, jika seorang tertidur di suatu sudut perpustakaan yang sunyi dan tidak sengaja dikunci oleh seorang kakitangan, kesalahan dianggap berlaku tetapi peringkat kesalahan yang amat rendah ini akan dibayangkan dalam hukumannya. Dalam Martin lwn Negara (1944) 31 Ala App 334 17 So 2d 427. Martin ditangkap dari rumahnya dan dibawa ke lebuh raya oleh pegawai-pegawai polis ketika dia mabuk. Sabitannya untuk kesalahan mabuk dibatalkan kerana ketibaannya ke lebuh raya tidak dilakukannya secara sukarela. Sebaliknya, dalam R lwn Larsonneur (1933) 24 Cr. App. R. 74 Larsonneur, seorang warganegara Perancis telah diserahkan perintah yang memerlukannya meninggalkan United Kingdom dan tidak dibenarkan kembali lagi. Larsonneur tidak kembali ke Perancis tetapi sebaliknya membuat perjalanan ke Ireland. Di Ireland, dia diusir balik ke England di mana dia ditangkap kerana "didapati di United Kingdom". Mahkamah Rayuan Jenayah memutuskan bahawa keadaan-keadaan pengembaliannya, walaupun tidak sukarela, "betul-betul tidak penting".
Dalam Winzar lwn Ketua Konstabel dari Kent (laporan akhbar The Times, 28 Mac 1983), tuduhannya adalah pelanggaran s12 Akta Pelesenan 1872 yang juga berkenaan dengan "didapati mabuk di atas lebuh raya". Winzar pada asalnya didapati mabuk di hospital dan dihalau. Apabila dia gagal berbuat demikian, pegawai-pegawai polis memindahkannya ke kereta ronda mereka yang diletakkan di lebuh raya. Mereka kemudian menuduhnya dengan kesalahan tersebut. Goff LJ. mengekalkan sabitan itu dan menunjukkan bahawa jika mahkamah tidak berbuat demikian, suatu perbezaan harus dibuat antara si mabuk yang meninggalkan restoran apabila dihalau dan si mabuk yang dipaksa meninggalkan hospital selepas enggan berbuat demikian. Jika kedua-dua ditangkap di atas lebuh raya tidak lama kemudian, adalah salah bagi mahkamah menganggap bahawa kes pertama itu salah manakala kes kedua itu tidak salah. Tetapi pendekatan penyalahgunaan proses Amerika Syarikat mungkin dapat diatasi jika pihak polis mengheret seorang dari katilnya ke lebuh raya sebelum menuduhnya kerana didapati mabuk di atas lebuh raya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.