Abdul Rahman Junaidi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan pilihan raya N.4 Pantai Damai.
- Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1961 di Kampung Seberang Hilir, Kuching. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Padungan, Kuching. Selepas menamatkan persekolahan darjah 6, beliau dipilih oleh Yayasan Sarawak untuk menuntut di Sekolah Menengah Sains Pahang yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
- Setelah menamatkan sesi persekolahan, beliau menyambungkan pelajaran ke menara gading, di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Oleh kerana beliau cemerlang dalam pelajaran, lebih-lebih lagi di dalam subjek biologi, beliau memilih untuk mendalami bidang perubatan.
- Dr Abdul Rahman Junaidi mula menceburi bidang politik pada tahun 1994 dengan menyertai PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak). Selepas sebulan kemudian, beliau ditawarkan menjadi Ketua Pemuda cawangan Kampung Surabaya. Beberapa tahun kemudian, beliau bertanding dan memenangi jawatan Ketua Bahagian PBB.
- Pada tahun 2001, Dr Abdul Rahman Junaidi diberi kepercayaan untuk bertanding pilihanraya kawasan N.4 Pantai Damai dan memenangi kerusi tersebut.
- Alamat: 206, Lorong 6, Taman Matang Jaya, Petra Jaya, 93050 Bandar Kuching.
- Sebagai wakil rakyat, beliau sedia menerima sebarang aduan dan rayuran daripada penduduk kawasan pilihan rayanya dan kawasan-kawasan lain di talian tertera;-
- Telefon Pejabat: 082 - 233206/413124
- Tel Rumah: 082 - 646604
- No. Faks: 082 - 236206
- Beliau bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak - PBB (Barisan Nasional).
Abdul Rahman Junaidi | |
---|---|
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Hal Ehwal Islam dan DBKU) | |
Dalam jawatan 19 Januari 2017 – 3 Januari 2022 | |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) (Sarawak) | |
Menyandang jawatan 4 Januari 2022 | |
Menteri | Julaihi Narawi |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Seberang Hilir, Kuching, Koloni Sarawak, Empayar British | 26 Januari 1961
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | BN-PBB (1994-2018) GPS-PBB (2018-kini) |
Pasangan | Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin |
Kediaman | Matang Jaya, Kuching, Sarawak |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor perubatan |
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.