From Wikipedia, the free encyclopedia
A Better Tomorrow ialah filem aksi Hong Kong 1986 yang diarahkan oleh John Woo, dan dibintangi oleh Ti Lung, Leslie Cheung dan Chow Yun-Fat. Filem ini mempunyai pengaruh mendalam pada industri filem Hong Kong dan kemudiannya berskala antarabangsa. Ia merupakan filem mercu tanda, dikreditkan dengan menetapkan templat untuk genre drama berani,[3] yang sangat berpengaruh dalam pawagam aksi Hong Kong, dan kemudian Hollywood. [4]
A Better Tomorrow | |
---|---|
Pengarah | John Woo |
Penulis | John Woo Chan Hing-kai Leung Suk-wah |
Dihasilkan oleh | Tsui Hark |
Dibintangi | Ti Lung Leslie Cheung Chow Yun-fat Emily Chu Waise Lee Kenneth Tsang Tien Feng |
Sinematografi | Wong Wing-hang |
Disunting oleh | Kam Ma |
Muzik oleh | Joseph Koo |
Tarikh tayangan | 2 Ogos 1986 |
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Hong Kong |
Bahasa | Kantonis Inggeris Mandarin |
Pecah panggung | HK$34.7 million[1] (US$4.8 million)[2] |
Biarpun ia diterbitkan dengan bajet yang ketat, dan agak tidak diketahui sehingga ia dilancarkan (kerana hampir tidak ada pengiklanan), ia memecahkan pecah panggung Hong Kong dan kemudian menjadi blocbuster di Asia. Ia mat dikenang, ranking #2 dalam Best 100 Chinese Motion Pictures. Kejayaannya juga memastikan kesinambungannya A Better Tomorrow II, yang juga diarahkan oleh Woo, dan A Better Tomorrow III: Love & Death in Saigon, sebuah prekuel yang diarahkan oleh Tsui Hark.
Mengisahkan tentang Sung Tse-Ho seorang gangster senior di Hong Kong yang sangat dihormati oleh anak buahnya ataupun lawannya. Tse Ho mempunyai adik bernama Tse-Kit yang sedang belajar pendidikan di Akademi polis dengan di bayar oleh Tse Ho. tentu saja sang adik tidak tahu kehidupan Tse-Ho. Tse-Ho sangat menentang dan melarang organisasinya untuk terlibat dalam penjualan dadah. Dalam sehari-hari, TSe-Ho selalu di bantu oleh kawan seperjuangannya Mark dan Shing yang berperan sebagai pemandunya. Dalam perjalanan bisnes ke Thailand, Tse-Ho di telah khianati dan akhirnya Tse-Ho tertangkap serta di penjara di Thailand dan Mark ditembak di kakinya oleh penjahat sehingga ia menjadi cacat. Penangkapan ini jelas menjadi berita besar, dan membuka tabir kehidupan sang kakak bagi Tse Kit. Alur cerita maju beberapa tahun kemudian, dimana Tse Ho dibebaskan dan pulang ke Hong Kong. Tse Kit sudah menjadi polis yang karier masa depannya selalu di ragukan karena masa lalu sang kakak. Sedangkan Mark hidup sebagai tukang lap dan cuci kereta boss gangster dan Shing menjadi ketua bos gangster. Rupanya Shing-lah yg menjadi pengkhianat dan sekarang sudah menjadi besar berkat bisnes dadahnya. Tse-Ho berusaha hidup normal dengan menjadi pemandu taksi berusaha menjadi tegar walau di ajak Mark untuk balas dendam maupun di recoki oleh Tse Kit. Sampai akhirnya Shing yg mengetahui Tse Ho sudah balik, kembali mengacau yg akhirnya membahayakan ayah Tse Ho dan Tse Kit serta istrinya. Tse Ho akhirnya bersatu kembali dengan Mark untuk melakukan balas dendam terhadap Shing, di sisi yang lain Tse Kit sebagai polisi juga ingin menangkap Shing sebagai gembong narkoba. Pertempuran all out terjadi di pelabuhan. Akhir film menyuguhkan suatu adegan yg sangat klasik, dimana Mark tertembak dan meregang nyawa, Tse Ho memegang senjata namun habis pelurunya dan memohon kepada Tse Kit yg memegang senjata dengan peluru yg penuh untuk memberikan senjatanya pada Tse Ho buat menembak Shing. Shing sendiri berlutut sambil mengangkat tangannya dan tertawa terbahak-bahak sambil berkata akan menyerahkan diri ke polis dan akan bebas dalam beberapa tahun kemudian dan Tse Kit sebagai polis harus melindunginya di kejauhan terdengar raungan sirene mobil polisi yang mendekat.
A Better Tommorow mendapat pulangan kasar sebanyak $34,651,324 HKD di pawagam Hong Kong.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.