Leslie Cheung

From Wikipedia, the free encyclopedia

Leslie Cheung Kwok-Wing (Hanzi: 张国荣, pinyin: Zhang Guorong, 12 September 1956 - 1 April 2003) ialah seorang pelakon dan pemuzik dari Hong Kong. Beliau merupakan "satu daripada bapa pengasas Cantopop" dan juga ikon gay kerana kehebatannya menggabungkan karier muzik dan pelakonan yang berjaya.[4]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Leslie Cheung
Kelahiran
Cheung Fat-chung

12 September 1956
Meninggal dunia1 April 2003(2003-04-01) (umur 46)
Mandarin Oriental Hong Kong, Hong Kong
Dikebumikandibakar, lokasi tidak diberitahu umum
Nama lainGor Gor (哥哥; bermaksud "Abang sulung")[1][2][3]
PendidikanIjazah Sarjana Muda Textil (cicir pada tahun 1)
Pusat pendidikanUniversiti Leeds (cicir pada tahun 1)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • Pencipta lagu
  • Pengarah filem
Tahun aktif1977–2003
Rakan kongsi domestik
  • Teresa Mo (1977–1979)
  • Shirley Yim (1980)
  • Ngai Sze Pui (1981–1983)
  • Cindy Yeung (1984–1985)
  • Daffy Tong Hok Tak (1983–2003)
Ibu bapaCheung Wut-hoi () (bapa)
Poon Yuk-yiu () (ibu)
Tutup

Latar belakang

Cheung lahir di Hong Kong dengan nama lahir Cheung Fat-chung, yang kemudian diubah menjadi Cheung Kwok-Wing. Cheung ialah anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik dari keluarga Hakka kelas sederhana. Cheung Wut Hoi (ayah beliau) ialah seorang tukang jahit ternama, antara pelanggan beliau adalah pelakon Amerika Syarikat, William Holden dan Cary Grant[5][6][7] Ibu bapa beliau bercerai ketika beliau berusia muda. Semasa di Hong Kong, Leslie Cheung bersekolah di Sekolah Rosaryhill, Jalan Stubbs, Hong Kong.

Ketika umur 12 tahun, beliau dihantar ke Sekolah Norwich di England. Beliau bekerja sebagai pelayan bar di restoran keluarganya di Southend-on-Sea dan menyanyi pada hujung minggu. Pada masa itu beliau memilih nama pentas, "Leslie". Menurut Cheung, dia memilih nama itu disebabkan "Saya suka filem Gone with the Wind dan saya menyukai Leslie Howard. Nama itu boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan, jadi saya menyukainya".[8] Semasa di sebuah konsert, beliau memberitahu nama itu terdengar seksi berbanding nama barat beliau "Bobby".

Di dalam beberapa wawancara, Cheung mengatakan masa kecil beliau tidaklah bahagia. "Saya tidak memiliki masa kecil yang bahagia. Pertengkaran, perkelahian dan tidak tinggal bersama ibu bapa; Saya tinggal bersama nenek." (menurut wawancara Majalah Time ditulis oleh Richard Corliss) "Yang saya boleh kata mengenai masa kecil saya ialah ibu bapa saya tidak tinggal serumah dengan saya. Sebagai seorang budak, hal ini sukar difahami dan menyebabkan saya tertekan."[9]

Cheung menyambung pengajiannya di Universiti Leeds di sebelah utara England, di mana beliau belajar pengurusan tekstil. Beliau meninggalkan pengajian di menara gading semasa akhir tahun pertama kerana ayah beliau sakit tenat dan meminta beliau kembali ke Hong Kong. Cheung tidak kembali ke England untuk menyambung pengajian beliau selepas itu.[10][11]

Kehidupan peribadi

Selain daripada menjadi penyanyi Cantopop, Cheung merupakan aktif dalam bidang politik dan membincangkan mengenai identiti seksual.[12] Beliau mengumumkan hubungan seks sejenis dengan Daffy Tong semasa konsert pada tahun 1997. Hal ini telah menyebabkannya untuk mendapat tempat dalam kalangan masyarakat LGBT di China, Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Dalam temu ramah pada 2001 dengan Majalah Time, Cheung berkata: "Lebih tepat kalau dikatakan bahawa saya seorang biseksual.[13] Saya pernah mempunyai teman wanita apabila saya berumur 22 atau lebih, saya telah bertanya kepada teman wanita saya, Teresa Mo untuk berkahwin dengan saya," tetapi tidak berjaya. Dalam dua wawancara pada tahun 1992 dan 2002, Cheung juga menyatakan bahawa "Fikiran saya adalah biseksual, mudah bagi saya untuk mengasihi seorang wanita, saya juga mudah untuk mencintai seorang lelaki" dan "saya percaya seorang pelakon yang baik akan menjadi androgini, dan sentiasa berubah." Hal ini merujuk kepada persembahan keinterseksan, pemakaian androgen, dan kewanitaan gay dalam muzik dan video muziknya.

Cheung dan Ngai Sze-Pui (倪 詩 蓓), seorang model dan pelakon Hong Kong yang ditemui pada set Agency 24, berada dalam hubungan selama dua tahun.

Walaupun demikian, pengarang Nigel Collett, yang menulis sebuah buku tentang Cheung berjudul Firelight of a Different Color: The Life and Times of Leslie Cheung Kwok-wing, menyimpulkan bahawa Cheung ialah gay dan perjuangan penyanyi dengan seksualitinya menyebabkan kemurungannya.

Cheung menjawab soalan mengenai kekasih, "Dari segi kekasih, saya rasa saya boleh menjadi sahabat yang lebih baik daripada kekasih kerana saya kerja keras. Untuk berkongsi rasa cinta saya, orang itu harus berkompromi sesuatu." Kenyataan ini dibuat semasa wawancara selepas pembebasan Okinawa Rendezvous.

Cheung tidak pernah berkahwin akan tetapi berada dalam hubungan tempoh panjang dengan rakan zaman kanak-kanak, Daffy Tong.[14]

Filemografi

Meninggal

Thumb
Ulang tahun ketiga kematian Cheung, di Wilayah Tengah, Hong Kong, 2006
Thumb
Pameran "Miss You Much Leslie" di Times Square Hong Kong, April 2013

Cheung meninggal dunia pada 1 April 2003 pada pukul 6.43 petang (waktu Hong Kong). Beliau terjun dari tingkat 24 Hotel Mandarin Oriental, yang terletak di Wilayah Tengah, Hong Kong. Beliau meninggalkan sekeping nota yang menyatakan bahawa dia menderita tekanan. Beliau berusia 46 tahun ketika itu.

Sebagai seorang artis popular di Asia, kematian Cheung meruntunkan hati jutaan peminatnya serta mengejutkan industri hiburan Asia dan komuniti Cina seluruh dunia[15] [16][17][18][19][20][21]. Sehari selepas kematian Cheung, teman lelakinya, Tong, mengesahkan bahawa Cheung menderita kemurungan dan telah berjumpa dengan pakar psikiatri selama setahun. Dia juga mengungkapkan bahawa Cheung pernah mencuba untuk membunuh bunuh diri pada 2002. Semasa upacara pengebumian, anak saudara mendiang menyatakan Cheung menghidap kemurungan klinikal dan telah menderita selama setahun (2002-2003).

Tanpa menghiraukan risiko penyakit SARS dan peringatan WHO untuk perjalanan ke Hong Kong, puluhan ribu termasuk para selebriti dan peminat, ramai yang datang dari luar negera seperti China, Taiwan, Jepun, Asia Tenggara, Amerika Syarikat dan Kanada membanjiri upacara penghormatan terakhir Cheung, yang diadakan untuk pelawat umum pada 7 April 2003. Cheung dikremasi pada 8 April 2003. Sepanjang sebulan, kematian Cheung mendominasi akhbar utama Hong Kong dan lagu-lagunya sentiasa diudarakan. Album terakhir Cheung Everything Follows the Wind diterbitkan tiga bulan setelah kematiannya.

Surat terakhir Cheung (terjemahan):

"Depresi! Terima kasih kepada semua rakanku. Terima kasih kepada Profesor Felice Lieh-Mak (pakar psikiatri Cheung). Tahun ini begitu susah. Saya tidak dapat bertahan lagi. Terima kasih kepada Encik Tong. Terima kasih keluargaku. Terima kasih kakak Fei (Lydia Shum Din-ha). Dalam hidup saya tidak melakukan yang jahat. Mengapa harus berakhir seperti ini?"

Anugerah dan pencalonan

RTHK Top 10 Gold Songs Awards

Maklumat lanjut Tahun, Kategori ...
TahunKategoriPenerimaKeputusan
1984Top 10 Gold Songs"Monica"Menang
1985Top 10 Gold Songs"Wild Wind" (不羈的風)Menang
1986Top 10 Gold Songs"Past Love" (當年情)Menang
1987Top 10 Gold Songs"Sleepless Night" (無心睡眠)Menang
Best CDSummer RomanceMenang
Sales Award (Best-Selling Album of the Year)Summer RomanceMenang
1988Top 10 Gold Songs"Silence is Golden" (沉默是金)Menang
Top 10 Gold Songs"Don’t Need Too Much" (無需要太多)Menang
IFPI AwardHimselfMenang
1999Top 10 Gold Songs"Left Right Hand" (左右手)Menang
Golden Needle AwardHimselfMenang
2000Top 10 Gold Songs"Big Heat" (大熱)Menang
2002Silver Jubilee AwardHimselfMenang
Tutup

Jade Solid Gold Best Ten Music Awards

Maklumat lanjut Tahun, Kategori ...
TahunKategoriPenerimaKeputusan
1983Top 10 Gold Songs"Wind Blows On" (風繼續吹)Tercalon
1984"Monica"Menang
1985"Wild Wind" (不羈的風)Menang
1986"Past Love" (當年情)Menang
"Who Resonates With Me" (有誰共鳴)Menang
Gold Song Gold Award (Best Song of the Year)Menang
1987Top 10 Gold Songs"Sleepless Night" (無心睡眠)Menang
Gold Song Gold Award (Best Song of the Year)Menang
1988Top 10 Gold Songs"Silence is Golden"(沉默是金)Menang
"Closer" (贴身)Menang
Most Popular Male ArtistHimselfMenang
1989Top 10 Gold Songs"Starting from Zero" (由零开始)Menang
Most Popular Male ArtistHimselfMenang
1999Honours AwardMenang
2000Four Channel Award (Best Album of the Year)UntitledMenang
Honours AwardHimselfMenang
Tutup

Anugerah muzik lain

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
TahunAnugerahKategoriPenerimaKeputusan
1988Ultimate Song Chart AwardsUltimate Male Artist Gold AwardHimselfMenang
1989Menang
IFPI AwardSide Face (側面)Menang
1999Ultimate Song Award (No. 1 Song of the Year)"Left Right Hand"(左右手)Menang
Metro Radio Hit Music AwardsMetro Radio Hit Song of the YearMenang
Metro Radio Top 10 Hit SongsMenang
2000CCTV-MTV Music HonoursAsia's Biggest SuperstarHimselfMenang
2001Chinese Pop Music Media AwardsBest Male SingerMenang
Tutup

Hong Kong Film Awards

Maklumat lanjut Tahun, Kategori ...
TahunKategoriFilemKeputusan
1983Best ActorNomad (烈火青春)Tercalon
1988A Better Tomorrow 2 (英雄本色2)Tercalon
Best Original Film SongA Chinese Ghost Story (倩女幽魂)Tercalon
1989Best ActorRouge (胭脂扣)Tercalon
1991Days of Being Wild (阿飛正傳)Menang
1994Best Original Film SongThe Bride With White Hair (白髮魔女傳)Tercalon
1995Best ActorHe's a Woman, She's a Man (金枝玉葉)Tercalon
Best Original Film SongMenang
1996The Phantom Lover (夜半歌聲)Tercalon
1997Best ActorViva Erotica (色情男女)Tercalon
Best Original Film SongWho's the Woman, Who's the Man? (金枝玉葉2)Tercalon
1998Best ActorHappy Together (春光乍洩)Tercalon
2003Inner Senses (異度空間)Tercalon
Tutup

Golden Horse Awards

Maklumat lanjut Tahun, Kategori ...
TahunKategoriFilemKeputusan
1991Best ActorDays of Being Wild (阿飛正傳)Tercalon
1993Best Original SongThe Bride With White Hair (白髮魔女傳)Menang
1994He's a Woman, She's a Man (金枝玉葉)Tercalon
1995The Phantom Lover (夜半歌聲)Tercalon
1996Best ActorTemptress Moon (風月)Tercalon
Best Original SongTercalon
Who's the Woman, Who's the Man? (金枝玉葉2)Tercalon
1997Best ActorHappy Together (春光乍洩)Tercalon
2000Double Tap (鎗王)Tercalon
2002Inner Senses (異度空間)Tercalon
Tutup

Anugerah filem lain

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
TahunAnugerahKategoriFilemKeputusan
1991Asia Pacific Film FestivalBest ActorDays of Being Wild (阿飛正傳)Tercalon
1993Cannes Film FestivalFarewell My Concubine (霸王別姬)Tercalon
1994Hong Kong Film Critics Society AwardsAshes of Time (東邪西毒)Menang
Japan Film Critics SocietyFarewell My ConcubineMenang
Venice Film FestivalAshes of TimeTercalon
1996Cannes Film FestivalTemptress Moon (風月)Tercalon
1997Cannes Film FestivalHappy Together (春光乍洩)Tercalon
Tutup

Rujukan

Bacaan lanjutan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.