50

Tahun From Wikipedia, the free encyclopedia

50 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.

Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 50. Bagi kegunaan lain, sila lihat 50 (nombor).

Peristiwa

Mengikut tempat

Asia

  • Empayar Tocharian disatukan di bawah Kujula Kadphises, dan menjadi Empayar Kushan (tarikh anggaran).
  • Empayar Kushan menguasai India utara.

Empayar Rom

  • Londinium (London masa kini) diasaskan oleh Rom, dan mengambil alih Colchester sebagai ibu kota provinsi Rom tempatan (tarikh anggaran).
  • Maharaja Claudius melantik Agrippa II sebagai gabenor Chalcis.
  • Claudius mengambil Nero sebagai anak angkat.
  • Cologne dinaikkan statusnya menjadi sebuah kota.
  • Exeter diasaskan dengan nama Isca Dumnoniorum.
  • Tripontium (dekat Rugby, England masa kini) diasaskan.
  • Kubu Rom di Manduessedum (dekat Atherstone masa kini) diasaskan (tarikh anggaran).
  • Caratacus ditawan selepas kemenangan Rom oleh Gabenor Ostorius Scapula dalam Pertempuran Caer Caradoc.
  • Puak Iazyges menetap di dataran yang terletak di sebelah kiri Sungai Tisza.
  • Rom membelajari penggunaan sabun daripada masyarakat Gaul.
  • Rom kini mempunyai jumlah penduduk sebanyak sejuta.
  • Bahagian Britain yang paling selatan menjadi sebuah provinsi Rom yang dinamai Camulodunum.

Mengikut topik

Agama

  • Para hawari mengadakan Majlis Jerusalem (tarikh anggaran).
  • Agama Kristian diperkenalkan ke seluruh Nubia oleh seorang pegawai kanan Ratu Judith.

Seni dan Sains

  • Pedanius Dioscorides memerihalkan kegunaan tumbuh-tumbuhan untuk perubatan di dalam karyanya, De Materia Medica.
  • Pamphilus of Alexandria menulis sebuah leksikon yang indah.
  • Hero dari Alexandria mereka turbin stim (tarikh anggaran).
  • Diogenes, penjelajah Yunani, menemui Tasik-tasik Agung di Afrika.
  • Perbezaan antara penyakit kronik dan penyakit akut dijelaskan oleh Thessalos.

Kelahiran


Kematian

  • Abgarus dari Edessa, raja Osroene
  • Aulus Cornelius Celsus, penulis karya De Medicina
  • Gamliel I, nasi (ketua Sanhedrin) masyarakat Yahudi di Babylonia
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.