21 Jun merupakan hari ke-172 (hari ke-173 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 193 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Bendera Greenland
SpaceShipOne mendarat
217 SM - Perang Punic Kedua : Angkatan Carthage di bawah Hannibal menjalankan antara serangan hendap terbesar dalam sejarah semasa menewaskan orang Rom .
921 - Atas perintah Khalifah Bani Abbasiyah Al-Muqtadir , Ibnu Fadhlan bergerak dari Baghdad ke Saqalibah (tanah Rusia pada hari ini) untuk berdakwah.
1734 - Seorang abdi hitam yang dikenali sebagai Marie-Joseph Angélique diseksa dan kemudian digantung di Perancis Baru .
1788 - New Hampshire meratifikasi Perlembagaan Amerika Syarikat dan diterima sebagai negeri A.S. yang kesembilan.
1813 - Perang Semenanjung : Gabungan tentera Britain , Portugis dan Sepanyol pimpinan Marquis Wellington menewaskan Perancis berhampiran Vitoria , Sepanyol.
1864 - Perang tanah New Zealand : Kempen Tauranga tamat dengan kemenangan British.
1900 – Pemberontakan Boxer . Empayar China mengisytiharkan perang secara rasminya ke atas Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis dan Jepun, melalui suatu watikah daripada Maharani Balu Cixi .
1940 – Perang Dunia Kedua : Itali memulakan penjajahan ke atas Perancis yang kemudiannya tidak berjaya.
1945 – Perang Dunia Kedua : Pertempuran Okinawa berkahir apabila angkatan Tentera Darat Imperial Jepun berpecahh di kawasan Mabuni, hujung selatan pulau tersebut .
1985 - Greenland mula menggunakan bendera sendiri (gambar) , dengan itu menambah sokongan kepada gerakan kemerdekaan daripada Denmark.
2000 - Pindaan Seksyen 28 Akta Kerajaan Tempatan yang penuh dengan perbalahan dimansuhkan di Scotland dengan undi 99:17.
2004 - SpaceShipOne (gambar) berjaya melakukan penerbangan angkasa lepas manusia swasta yang pertama, mencecah kawasan hampagas di angkasa pada altitud 100 km.
2011 - Ban Ki-moon terpilih untuk penggal kedua sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .
1676 -- Anthony Collins , filsuf dan penulis Inggeris (meninggal 1729)
1811 - Carlo Matteucci , ahli fiizk dan neurofisiologi Itali (meninggal 1868)
1826 - Frederick Hamilton-Temple-Blackwood , Gabenor Jeneral Kanada Ke-3
1925 - Giovanni Spadolini , wartawan dan ahli politik Itali, Perdana Menteri Itali ke-45 (meninggal 1994)
1863 - Max Wolf , ahli astronomi dan cendekiawan Jerman (meninggal 1932)
1953 - Benazir Bhutto , Perdana Menteri Pakistan ke-12
1928 - Wolfgang Haken , ahli matematik Jerman
1967 - Yingluck Shinawatra , Perdana Menteri Thailand ke-28
1995 - Anggika Bölsterli , pelakon wanita Indonesia
2003 - Adhisty Zara , pelakon dan penyanyi wanita Indonesia