(G)I-dle
From Wikipedia, the free encyclopedia
(G)I-dle (Hangul: (여자)아이들; RR: Yeoja Aideul; dipendekkan kepada GIRL-I-DLE) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Cube Entertainment pada tahun 2018. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli: Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi dan Shuhua. [1] Pada asalnya enam orang ahli, Soojin telah meninggalkan kumpulan ini pada 14 Ogos 2021.[2] Kumpulan ini membuat penampilan sulung pada 2 Mei 2018 dengan album mini pertama mereka bertajuk I Am. Pada 31 Julai 2019, kumpulan ini memulakan debut di Jepun di bawah U-Cube[3] dengan Latata.
(G)I-dle | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||
Latar belakang | |||||||
Nama asal | (여자)아이들 ジー アイドゥル | ||||||
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan | ||||||
Genre | |||||||
Tahun aktif | 2018 | –kini||||||
Syarikat rakaman | |||||||
Pengkarya berkait | United Cube | ||||||
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi | ||||||
Ahli | |||||||
Bekas ahli | |||||||
Korean name | |||||||
Hangul | |||||||
Hanja | |||||||
Perumian Semakan | Yeoja Aideul | ||||||
McCune–Reischauer | Yŏja Aidŭl | ||||||
Japanese name | |||||||
Katakana | ジー アイドゥル | ||||||
|
(G)I-dle diberi jolokan "monster rookie" pada 2018 dan telah dianggap sebagai salah satu kumpulan wanita Korea Selatan paling berjaya yang bukan berasal dari label rakaman "tiga besar".[4][5] Sejak debut mereka, kumpulan ini telah mengeluarkan enam mini album dan lapan single termasuk "Latata", "Hann (Alone)", "Senorita", "Uh-Oh", "Lion", "Oh My God", "Dumdi Dumdi" dan "Hwaa".
(G)I-dle juga dikenali kerana penglibatan secara langsung dalam muzik mereka, dengan ketua mereka, Soyeon, dan anggota Minnie dan Yuqi menulis dan ikut menerbitkan karya muzik mereka.[6] Bagi mempromosikan album mini ketiga mereka I Trust pada tahun 2020, kumpulan ini menandatangani kontrak dengan label rakaman Amerika Republic Records[7] untuk mengembangkan kerjaya di AS. Selepas dikeluarkan, kumpulan ini mencatat rekod tertinggi untuk kumpulan wanita Korea Selatan di kedudukan carta lagu iTunes Album Teratas dan kumpulan wanita keempat yang menjual 100.000 unit di minggu pertama penjualan.[8] Album single 2020 mereka Dumdi Dumdi mencipta rekod penjualan album single, menjadikannya album single kumpulan wanita terlaris kedua sepanjang zaman.[9] (G)I-dle juga menjadi kumpulan K-pop pertama yang ditemubual oleh Forbes China.[10]
Ahli
Bekas ahli
|
Garis masa

Diskografi
Filemografi
Rancangan televisyen
Rancangan web
Tahun | Tajuk | Saluran | Ruj. |
---|---|---|---|
2018–kini | (G)I-dle: I-Talk | V Live, YouTube | |
2018 | (G)I-dle: Vlog in New York | V Live | |
2019 | To Neverland | M2, Naver TV Cast | [13][14] |
(G)I-dle: Little but Certain Happiness (소확행) | V Live, YouTube | ||
2020–kini | #HASHTALK | YouTube | |
2020 | (G)I-dle: Secret Folder (유출금지) | 1theK Originals | [15] |
(G)I-DLE LIVE: 아이들라이브 | YouTube Live | ||
(G)I-dle X Star Road | V Live | [16] | |
Never Ending Neverland (네버엔딩 네버랜드) | Cube TV | [17] | |
Idol Workshop (아이돌 워크숍) | U+ Idol Live | [18] | |
2021 | K-Pop Evolution | YouTube Premium | [19] |
Rancangan radio
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan (G)I-dle |
- Cafe Rasmi (Korea)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.