![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b7/Calflier001_George_Town_Penang_aerial.jpg/640px-Calflier001_George_Town_Penang_aerial.jpg&w=640&q=50)
Zon Metropolitan Georgetown
konurbasi yang meliputi seluruh Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Zon Metropolitan Pulau Pinang-Kedah Selatan (Jawi: زون ميتروڤوليتن ڤولاو ڤينڠ-قدحcode: ms is deprecated ) ,juga dikenali sebagai Greater Penang atau The George Town Conurbation merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang , Kedah Selatan dan Perak Utara [2][3] yang mempunyai penduduk melebihi 2,500,000 orang[perlu rujukan]. Bandar-bandar di sekitar George Town membentuk sebuah kawasan metropolitan dengan jumlah 2.42 juta orang, menjadikan kawasan metropolis kedua terbesar di Malaysia[4] selepas Kuala Lumpur-Lembah Klang. Zon Metropolitan George Town merupakan kawasan metropolitan yang menyumbang keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang kedua terbanyak di Malaysia selepas Lembah Klang, iaitu kira-kira RM 52,530 juta ( tahun 2012 ) dari Pulau Pinang sahaja tanpa merangkumi Daerah Kuala Muda, Daerah Kulim serta Daerah Bandar Baharu di Kedah, lebih banyak daripada Iskandar Johor iaitu kira-kira RM 41,274 juta ataupun 60%[5] daripada RM68,791 juta (KDNK bagi seluruh negeri Johor tahun 2012).[6]. Oleh itu, Zon Metropolitan George Town merupakan kawasan metropolitan yang kedua terpenting di Malaysia selepas Lembah Klang.
Zon Metropolitan George Town / Zon Metropolitan Pulau Pinang-Kedah Selatan Greater Penang | |
---|---|
Kawasan Metropolitan | |
![]() ![]() Atas: Imej Satelit Greater Penang Bawah: Greater Penang ialah berpusat George Town, yang merupakan Ibu Kota di ![]() | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() ![]() ![]() |
Daerah | George Town, Pulau Pinang |
Bandar utama | ![]() |
Bandar utama lain | ![]() |
Pentadbiran | |
• Kerajaan Tempatan | ![]() |
Keluasan | |
• Kawasan Metropolitan | 2,563.15 km2 (989.64 batu persegi) |
• Metro | 2,563.15 km2 (989.64 batu persegi) |
Penduduk (2010)[1] | |
• Kawasan Metropolitan | 2,500,000 3,000,000 |
• Kepadatan | 941.27/km2 (2,437.9/batu persegi) |
• Metro | 2,412,616 |
• Kepadatan metro | 941.27/km2 (2,437.9/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kod Kawasan | 42 |