![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cd/ZKJ.jpg/640px-ZKJ.jpg&w=640&q=50)
Zairil Khir Johari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zairil Khir Johari[2] (lahir 17 Oktober 1982) adalah seorang ahli politik muda Malaysia yang telah menceburi diri dalam kancah politik negara dengan slogan – “Malaysia untuk Rakyat Malaysia”. Penglibatan beliau dalam politik adalah kesinambungan warisan bapanya, seorang pejuang kemerdekaan dan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Mohamed Khir Johari. Beliau menyertai DAP pada tahun 2010.[3]
Zairil Khir Johari | |
---|---|
![]() | |
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang | |
Memegang jawatan 16 Mei 2018 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Tanjong Bunga | |
Memegang jawatan 2 Ogos 2018 | |
Didahului oleh | Teh Yee Cheu |
Majoriti | 9,343 |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bukit Bendera, Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 7 April 2018 | |
Didahului oleh | Liew Chin Tong |
Digantikan oleh | Wong Hon Wai |
Majoriti | 32,778 |
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik[1] | |
Dalam jawatan September 2013 – 2018 | |
Didahului oleh | Tony Pua Kiam Wee |
Digantikan oleh | Tony Pua Kiam Wee |
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pulau Pinang | |
Dalam jawatan Januari 2017 – Oktober 2017 | |
Didahului oleh | Dato' Seri Nazir Ariff |
Digantikan oleh | Dato' Tahir Jalaluddin |
Pengarah Eksekutif Penang Institute | |
Dalam jawatan Mac 2014 – Disember 2016 | |
Didahului oleh | Dato' Dr Woo Wing Thye |
Digantikan oleh | Dato' Dr Ooi Kee Beng |
Butiran peribadi | |
Lahir | Zairil bin Mohamed Khir (1982-10-17) 17 Oktober 1982 (umur 41) |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (Pakatan Harapan) |
Pasangan | Ulfah Zainal Abidin (k. 2005; c. 2008) Noor Dahlia Hamzah (k. 2011; c. 2017) Dyana Sofya Mohd Daud (k. 2018) |
Ibu | Puan Sri Cristine Lim Abdullah |
Bapa | Mohamed Khir Johari |
Alma mater | School of Oriental and African Studies, University of London Multimedia University |
Portfolio | Infrastruktur dan Pengangkutan |
Laman web rasmi | zairil.com |
Zairil merupakan Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Pulau Pinang dan menyandang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab atas portfolio infrastruktur dan pengangkutan.
Zairil juga seorang yang gemar menulis dan merupakan penulis ruangan bagi The Malaysian Insider. Beliau juga mempunyai blog sendiri[4], di samping bergiat dalam laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.