Dyana Sofya Mohd Daud
Ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dyana Sofya binti Mohd Daud (Jawi: ديان سوفيا محمد داود; lahir 29 Disember 1987) merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen dan bekas pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Dyana juga merupakan seorang kolumnis untuk The Malay Mail Online.[3] Beliau juga pernah menulis buku bertajuk Di Sini Bermula yang mengandungi kompilasi artikelnya yang ditulis untuk The Malay Mail Online.[4]
Fakta Segera Butiran peribadi, Lahir ...
Dyana Sofya Mohd Daud | |
---|---|
ديان سوفيا محمد داود | |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1987-12-29) 29 Disember 1987 (umur 36) Ipoh, Perak, Malaysia[1] |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP)[2] |
Pasangan | Zairil Khir Johari (k. 2018) |
Alma mater | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Setiausaha Politik Lim Kit Siang |
Profesion | Peguam |
Tutup
Selepas pulang dari United Kingdom pada 2016, Dyana menjadi rakan kongsi di Ayub & Co, firma guaman yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Beliau berkahwin dengan ahli politik dan Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari.[5]