Zainalabidin
Penyanyi lelaki Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Zainal Abidin Mohamed[1] atau lebih dikenali dengan Zainalabidin atau Zainal Headwind (lahir 4 November 1959) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai vokalis kumpulan Headwind sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo pada tahun 1989 menerusi album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album di bawah label Roslan Aziz Productions (RAP) pada 1991.[2][3]
Zainalabidin | |
---|---|
Kelahiran | Zainal Abidin bin Mohamed (1959-11-04) 4 November 1959 (umur 64) |
Nama lain | Zainal Headwind |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penggubah lagu |
Tahun aktif | 1977–kini |
Pasangan | Natasya Gabriel Abdullah (k. 1987; c. 2000) Angelina Asmawi (k. 2003) |
Anak-anak | 2 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, muzik dunia, fusion, Afro-Asia |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Polygram Records (semasa bersama Headwind) Roslan Aziz Productions Warner Music Malaysia AfroZapin Network |
Pengkarya berkait | Headwind, SM Salim, Sheila Majid, Roslan Aziz, Amir Yussof, Afdlin Shauki, Azman Warren |
Laman sesawang | www |
Sepanjang kerjaya muzik beliau, Zainal terkenal dengan lagu-lagu yang bergenre muzik dunia dan kerohanian yang banyak berkisarkan tentang kasih sayang, kemanusiaan dan alam sekitar melalui liriknya dan berjaya mencuri perhatian para pendengar dan diterima oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.[4]
Bersama Headwind, beliau telah menghasilkan sebanyak 8 album dari tahun 1983 hingga tahun 1989. Dalam kerjaya solonya, Zainal telah melahirkan 4 album solo yang paling diiktiraf dan berjaya merevolusikan perubahan besar kepada industri muzik Malaysia.[5]
Penerimaan kepada muziknya menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Pada tahun 1992, bersama teman-teman seperjuangan Datuk Sheila Majid, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Azman Warren dan Amir Yussof telah berjaya menggegarkan Malaysia dengan penganjuran konsert paling berjaya dan terbesar sehingga kini iaitu Konsert Ikhlas di bawah pimpinan Roslan Aziz, diikuti dengan siri konsert jelajah ke Jepun pada tahun 1993 dan 1995, di mana ia telah berjaya mengangkat Zainal Abidin sebagai penghibur konsert terbaik di Malaysia.[6]