![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cb/Xenon_tetrafluoride.png/640px-Xenon_tetrafluoride.png&w=640&q=50)
Xenon tetrafluorida
From Wikipedia, the free encyclopedia
Xenon tetrafluorida ialah satu sebatian kimia dengan formula kimia XeF4. Ia merupakan sebatian dedua gas adi pertama yang ditemui.[3] Ia dihasilkan melalui tindak balas kimia gas xenon dengan fluorin, F2, seperti berikut:[4][5]
- Xe + 2 F2 → XeF4
![]() | |||
| |||
Nama | |||
---|---|---|---|
Nama IUPAC
Xenon tetrafluoride | |||
Pengecam | |||
Imej model 3D Jmol |
|||
ChemSpider |
| ||
ECHA InfoCard | 100.033.858 | ||
PubChem CID |
|||
CompTox Dashboard (EPA) |
|||
| |||
| |||
Sifat | |||
XeF4 | |||
Jisim molar | 207.2836 g mol−1 | ||
Rupa bentuk | Pepejal putih | ||
Ketumpatan | 4.040 g cm−3, pepejal | ||
Takat lebur | 117 °C memejalwap (390 K)[1] | ||
Bertindak balas | |||
Struktur | |||
Geometri koordinasi |
D4h | ||
Bentuk molekul | segi empat sama satah | ||
Momen dwikutub | 0 D | ||
Termokimia | |||
Entropi molar piawai S |
146 J·mol−1·K−1[2] | ||
Entalpi pembentukan piawai (ΔfH⦵298) |
−251 kJ·mol−1[2] | ||
Bahaya | |||
Takat kilat | ? °C | ||
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |||
![]() ![]() ![]() | |||
Rujukan kotak info | |||
Tindak balas ini bersifat eksoterma, melepaskan tenaga 251 kJ bagi setiap mol xenon.[3]
Xenon tetrafluorida ialah bahan kristal tidak berwarna dalam keadaan biasa. Struktur kristalnya ditentukan oleh spektroskopi NMR dan kristalografi sinar-x pada 1963.[6][7] Strukturnya adalah segi empat sama satah, seperti yang telah dibuktikan oleh kajian pembelauan neutron[8] dan diwajarkan oleh teori VSEPR kerana xenon mempunyai dua pasangan elektron tunggal di atas dan di bawah satah molekul itu.
Xenon tetrafluorida memejalwap pada suhu 115.7 °C (240.26 °F).
Seperti fluorida xenon yang lain, penghasilan xenon tetrafluorida adalah eksergonik. Ia stabil pada suhu dan tekanan normal. Kesemuanya boleh terus bertindak balas dengan air, melepaskan gas xenon asli, hidrogen fluorida dan oksigen molekul. Tindak balas ini berlaku dalam udara yang sedikit lembap; oleh itu, semua xenon fluorida perlu disimpan dalam atmosfera kontang.