From Wikipedia, the free encyclopedia
Wanna One (Hangul: 워너원 ) adalah kumpulan lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh CJ E&M melalui rancangan realiti pada tahun 2017. Produce 101 Season 2 yang disiarkan menerusi saluran televisyen Mnet.[1] Kumpulan ini terdiri daripada sebelas orang ahli: Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-Hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon. Kumpulan ini memulakan debut pada 7 Ogos 2017 di bawah Swing Entertainment dan CJ E&M. Kontrak mereka berakhir pada 31 Disember 2018, tetapi aktiviti akhir mereka sebagai satu kumpulan telah diadakan pada konsert terakhir mereka iaitu Wanna One Therefore Concert pada 24-27 Januari 2019
Wanna One | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif |
|
Syarikat rakaman | |
Laman sesawang | wannaonego |
Bekas ahli |
|
Wanna One dibentuk menerusi pertandingan Produce 101 Season 2 yang disiarkan di Mnet dari 7 April hingga 16 Jun 2017. Dari 101 peserta pelatih yang mewakili pelbagai agensi, 11 orang dipilih oleh penonton melalui undian dan diumumkan menerusi secara langsung di televisyen.[2]
Sebelum muncul di program ini, beberapa ahli telah aktif dalam industri hiburan. Park Ji-hoon adalah seorang pelakon kanak-kanak dan telah muncul dalam Drama Korea seperti Kimchi Cheese Smile dan The King and I .[3] Dia juga pernah muncul dalam beberapa acara realiti bersama Big Bang dan SS501.[4] Pada tahun 2012, Hwang Min-hyun memulakan debut sebagai ahli kumpulan NU'EST. Kim Jae-hwan mula muncul di Korea Got Talent Season 2 tetapi telah tersingkir semasa separuh akhir. Pada tahun 2014, Ha Sung-woon memulakan debut dalam kumpulan Hotshot.
Wanna One menandatangani kontrak dengan YMC Entertainment (yang sebelum ini berjaya dimenangi oleh kumpulan musim pertama, I.O.I).[5] Tidak seperti I.O.I, ahli Wanna One tidak dibenarkan menyertai aktiviti lain dengan agensi asal mereka.[6]
Wanna One mengambil bahagian dalam konsert akhir pada 1 dan 2 Julai 2017 di Olympic Hall, Seoul untuk menandakan berakhirnya Produce 101 Season 2 .[7][6] Wanna One secara rasminya debut dalam acara bertajuk Wanna One Premier Show-Con di Gocheok Sky Dome pada 7 Ogos 2017.[5][8] Mereka mengeluarkan album mini pertam mereka 1×1=1 (To Be One) pada 8 Ogos 2017, dengan single "Energetic" yang dihasilkan oleh Hui dari Pentagon dan FlowBlow , dan lirik ditulis oleh Hui dan Wooseok dari Pentagon.[9][10][11] Dua video muzik dikeluarkan untuk debut mereka, untuk "Energetic" dan "Burn It Up".[12]
Pada 13 November, Wanna One mengeluarkan versi semula album mini pertama mereka, 1-1=0 (Nothing Without You, dengan single utama "Beautiful".[13] Dengan gabungan penjualan album pertama dan edisi versi semula, Wanna One menjadi kumpulan Kpop ketiga yang dapat menjual satu juta salinan dari album debut mereka. dan yang pertama sejak Seo Taiji and Boys melakukannya dengan debut mereka eponymous debut pada tahun 1992.[14][15][16]
Pada bulan Februari, Wanna One memuat naik satu siri gambar teaser bertajuk 2018 Golden Age Begins.[17] Pada 5 Mac, Wanna One mengeluarkan lagu istimewa, "I Promise You (I.P.U.)" bersama-sama dengan video muzik lagu tersebut.[18] Telah diumumkan bahawa pra-tempah untuk album mini kedua mereka, 0+1=1 (I Promise You) telah melebihi 700,000 salinan, memecahkan rekod sebelumnya.[19] Album tersebut dikeluarkan pada 19 Mac, bersama dengan single utama "Boomerang".[20]
Pada bulan April, Wanna One mengumumkan bahawa ahli akan dibahagikan kepada beberapa unit dan bekerjasama dengan artis lain seperti Dynamic Duo, Zico, Nell dan Heize untuk album istimewa mereka yang akan datang.[21] Album itu kemudiannya didedahkan dan diberi nama 1÷x=1 (Undivided), yang dikeluarkan pada 4 Jun bersama dengan single utama "Light".[22][23]
Kumpulan ini juga mengumumkan jelajah dunia pertama mereka, bertajuk "One: The World", yang bermula pada 1 Jun dan akan mengunjungi 13 bandar-bandar yang berbeza di seluruh dunia.[24][25]
Kontrak Wanna One dengan YMC Entertainment berakhir pada 31 Mei. Bermula dari 1 Jun, Wanna One akan diuruskan oleh Swing Entertainment, sebuah agensi baru yang ditubuhkan khusus untuk mereka. Susunan baru ini akan terus mengekalkan perkongsian dengan YMC.[26][27][28]
Pada 30 Oktober 2018, Wanna One telah mengeluarkan teaser video dan juga mendedahkan tajuk album studio pertama mereka 1¹¹=1 (Power of Destiny)'. Album ini dikeluarkan pada 19 November, bersama dengan single utama "Spring Breeze".[29]
Pada 18 Disember 2018, Swing Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kontrak kumpulan ini akan berakhir pada tarikh asalnya yang dirancang pada 31 Disember 2018.[30] Swing juga menyatakan bahawa semua agensi telah mencapai persetujuan yang akan membolehkan ahli-ahli untuk menghadiri pertunjukan dan majlis penyampaian akhir sepanjang bulan Januari 2019.[30] Kumpulan ini akan mengadakan aktiviti dengan konsert akhir (bertajuk Therefore 2019).[30] Konsert ini diadakan di Gocheok Sky Dome di Seoul, di mana tempat Kumpulan ini mengadakan showcase debut mereka.
Pada 15 November 2021, telah disahkan bahawa kumpulan itu (kecuali Lai Kuan-lin) akan membuat persembahan di pentas perjumpaan semula di Mnet Asian Music Awards 2021 pada 11 Disember 2021.[31] Dilaporkan juga bahawa CJ E&M, bersama dengan agensi semasa ahli, sedang berbincang untuk kumpulan ini mengadakan konsert dan album pada masa hadapan.[32] Walau bagaimanapun, Pledis Entertainment mengumumkan bahawa Min-hyun hanya membuat persembahan bersama kumpulan ini pada pentas perjumpaan Mnet Asian Music Awards 2021 dan akan kembali ke NU'EST dan projek solonya selepas itu.[33] Ong Seong-wu juga hanya dijadualkan untuk membuat persembahan di pentas perjumpaan semula dan tidak akan menyertai aktiviti berikutnya, memetik penggambaran berturut-turut bagi drama bersirinya yang sedang berjalan dan dua buah filem yang dia disahkan akan membintanginya.[33] Kumpulan ini mempersembahkan "Energetic", "Burn It Up" dan lagu baharu "Beautiful (Part 3) telah dikeluarkan pada 27 Januari 2022, sebagai tajuk album B-Side.[34] Swing Entertainment turut melancarkan saluran YouTube kumpulan untuk tujuan arkib.
Beberapa ahli Wanna One meneruskan aktiviti untuk agensi masing-masing:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.