From Wikipedia, the free encyclopedia
Walter-Otto Weiß, juga di eja Weiss (5 September 1890 – 21 Disember 1967), adalah seorang jeneral Jerman semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1945 beliau menjadi Panglima Kumpulan Tentera Darat Utara di Barisan Timur. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross berserta Daun Oak.
Walter Weiss | |
---|---|
Kelahiran | 5 September 1890 |
Meninggal dunia | 21 Disember 1967 77) | (umur
Kesetiaan | Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Pangkat | Generaloberst |
Arahan | Divisyen Ke-26 Infantri Tentera Darat Ke-2 Kumpulan Tentera Darat Utara |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross with Oak Leaves |
Weiss telah dilahirkan di Tilsit, Prusia Timur[1] dan menyertai Tentera Darat pada 19 Mac 1908. Pada permulaan Perang Dunia 2, semasa kempen Poland, beliau diberi memerintah Kor I, menyandang jawatan ketua staf am pada 1 September. Pada 15 Disember 1940 beliau mengambil alih pemerintahan Divisyen Ringan Ke-97, dan pada 15 Januari 1941 memerintah Divisyen Ke-26 Infantri. Divisyen ini adalah subordinat kepada Kumpulan Tentera Darat Tengah dan terlibat dalam Operasi Barbarossa. Weiss mengambil alih pemerintahan Kor XXVII pada 1 Julai 1942. Weiss memimpin Tentera Darat Ke-2 di Barisan Timur dari 3 Februari 1943 ke atas. Beliau menerima pemerintahan Kumpulan Tentera Darat Utara pada 12 Mac 1945, bersamanya beliau menyerahkalah kepada tentera Amerika.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.