Vincent Kompany
Pemain bola sepak Belgium / From Wikipedia, the free encyclopedia
Vincent Jean Mpoy Kompany (Sebutan bahasa Perancis: [vɛ̃sɑ̃ kɔ̃pani]; lahir 10 April 1986) merupakan seorang pemain bola sepak Belgium yang bermain sebagai kapten di kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi bek tengah malah boleh bermain di posisi pemain tengah. Dalam musim 2011-12, Kompany dianugerahkan menjadi kapten pasukan tersebut dan pada ketika itu juga, Manchester City menjadi juara liga.[3]
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Vincent Jean Mpoy Kompany[1] | ||
Tarikh lahir | (1986-04-10) 10 April 1986 (umur 38) | ||
Tempat lahir | Brussels, Belgium | ||
Ketinggian | 6 ft 4 in (1.93 m)[2] | ||
Posisi permainan | Bek tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Manchester City | ||
Nombor | 4 | ||
Kerjaya remaja | |||
2000–2003 | Anderlecht | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2006 | Anderlecht | 73 | (6) |
2006–2008 | Hamburger SV | 29 | (1) |
2008– | Manchester City | 250 | (17) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2002 | Belgium B16 | 3 | (0) |
2002 | Belgium B17 | 2 | (0) |
2004– | Belgium | 84 | (4) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2018 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 September 2018 (UTC) |
Kompany memulakan kerjaya profesionalnya ketika bersama Anderlecht. Beliau bermain di Anderlecht sehingga 2006, beliau berpindah ke kelab Jerman Hamburg. Pada musim panas 2008, ketika baru berusia 22 tahun, beliau berpindah ke kelab Liga Perdana, Manchester City.[4][5] Kompany telah dianugerahkan sebagai "PFA Team of the Year" sebanyak dua kali pada tahun 2011 dan 2012. Beliau juga memenangi Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012. Beliau telah disenaraikan sebagai 100 pemain terbaik di dunia oleh The Guardian.[6][7] Kompany antara salah satu pemain pertahanan terbaik di dunia bola sepak.[8] Beliau juga boleh mematahkan serangan lawan dengan mengasak atau menyelit pihak lawan.[9]