Liga Perdana Inggeris
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Perdana yang sering disebut sebagai Liga Perdana Inggeris atau EPL di luar England merupakan peringkat tertinggi dalam hierarki liga bola sepak Inggeris. Ditandingi oleh 20 kelab, liga ini beroperasi menggunakan sistem penaikan dan penyingkiran bersama dengan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL). Musim liga berlangsung dari bulan Ogos hingga Mei dengan setiap pasukan bermain 38 perlawanan (Setiap kelab perlu bermain semua 19 pasukan lain di tempat sendiri dan di tempat tandang). Sebilangan besar perlawanan dilangsungkan pada hari Sabtu dan Ahad.
Negara | England |
---|---|
Konfederasi | UEFA |
Ditubuhkan | 20 Februari 1992; 32 tahun yang lalu (1992-02-20) |
Bilangan pasukan | 20 (sejak 1995–96) |
Disingkirkan ke | Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris |
Aras | Tahap 1 |
Piala domestik | Piala FA Inggeris Piala Perisai Komuniti FA Piala Liga Bola Sepak Inggeris (Kini dikenali Piala Carabao) |
Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara UEFA Liga Europa UEFA Liga Konferensi Europa UEFA |
Juara semasa | Manchester City (8 Gelaran) (2023–24) |
Kejuaraan terbanyak | Manchester United (13 Gelaran) |
Rakan TV | Astro SuperSport Elang Mahkota Teknologi StarHub |
Tapak sesawang | premierleague.com |
Liga Perdana Inggeris 2024–25 |
Pada 20 Februari 1992, pertandingan ini diasaskan sebagai Liga Perdana FA berikutan keputusan kelab-kelab di Divisyen Pertama Liga Bola Sepak untuk berpisah daripada Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris, yang pada asalnya ditubuhkan pada 1888. Keputusan ini juga dapat memanfaatkan perjanjian hak televisyen yang menguntungkan. Perjanjian itu bernilai sekitar £1 bilion setahun dalam negara pada 2013-14, dengan Sky Sports dan BT Group menjamin hak domestik untuk menyiarkan 116 dan 38 permainan masing-masing. Liga ini adalah sebuah syarikat di mana kelab ahli bertindak sebagai pemegang saham, dan menjana sebanyak €2.2 bilion setahun dalam hak televisyen domestik dan antarabangsa. Kelab diagihkan pendapatan pembayaran pusat sebanyak £ 2.4 bilion pada 2016–17, dengan 343 juta pound untuk pembayaran solidariti kepada kelab Liga Bola Sepak Inggeris (EFL)
Liga Perdana Inggeris juga adalah liga sukan yang paling banyak ditonton di dunia, disiarkan di 212 wilayah ke 643 juta rumah, dan penonton TV berpotensi berjumlah 4.7 bilion orang. Semenjak itu, Liga Perdana Inggeris telah menjadi liga sukan paling banyak ditonton di dunia.[1] Untuk musim 2018-19, rata-rata kehadiran perlawanan di Liga Perdana Inggeris sebanyak 38,181, kedua daripada 43,500 di Bundesliga, sementara jumlah agregat di semua perlawanan adalah yang tertinggi dari mana-mana liga berjumlah 14,508,981. Sebilangan besar penghuni stadium hampir dengan kapasiti. Liga Perdana Inggeris menduduki tempat kedua dalam Liga UEFA berdasarkan persembahan dalam pertandingan Eropah sejak lima musim terakhir pada tahun 2019, hanya di belakang La Liga, Sepanyol.
Empat puluh sembilan kelab telah bertanding sejak berdirinya Liga Perdana pada tahun 1992: empat puluh tujuh kelab Inggeris dan dua kelab Wales. Tujuh dari sebuah pasukan telah memenangi gelaran: Manchester United (13), Manchester City (8), Chelsea (5), Arsenal (3), Blackburn Rovers (1), Leicester City (1) dan Liverpool (1). Rekod terbanyak mata dalam musim Liga Perdana Inggeris adalah sebanyak 100 mata yang ditetapkan oleh Manchester City pada musim 2017-18.
Manchester City merupakan juara semasa untuk Liga Perdana Inggeris Musim 2023–24 yang disahkan pada 20 Mei 2024, juga merupakan juara Liga Perdana Inggeris berturut-turut selama 4 tahun.