Liga Europa UEFA
Pertandingan tahunan persatuan bola sepak di Eropah / From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Europa UEFA (Bahasa Inggeris:UEFA Europa League) atau sebelum ini dikenali sebagai Piala UEFA (Bahasa Inggeris:UEFA Cup) merupakan sebuah kejohanan kelab bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah untuk kelab bola sepak Eropah yang layak.Ia merupakan kejohanan peringkat kedua dalam hierarki pertandingan kelab bola sepak benua Eropah,dibawah Liga Juara-Juara UEFA dan diatas Liga Konfederasi Eropah UEFA selepas menjadi kejohanan peringkat ketiga dari 1971 hingga 1999 sebelum Piala Juara Piala UEFA dihentikan.[1][2] Kelayakan ke kejohanan ini dilakukan berdasarkan prestasi kelab dalam liga domestik dan piala nasional kelab masing-masing.
Ditubuhkan | 1971; 53 tahun yang lalu (1971) (dijenamakan semula pada 2009) |
---|---|
Kawasan | Eropah |
Jumlah pasukan | 32 (peringkat kumpulan)[lower-alpha 1] 58 (jumlah) |
Layak ke | Piala Super UEFA Liga Juara-Juara Eropah |
Perlawanan berkaitan | Liga Juara-Juara UEFA (peringkat pertama) Liga Persidangan Europa UEFA (peringkat ketiga) Piala Ekspo Antara Bandar (didahului oleh) |
Juara semasa | Atalanta (Gelaran pertama) |
Kelab paling berjaya | Sevilla FC (7 Gelaran) |
Laman sesawang | Official website |
Liga Europa UEFA 2023–24 |
Diperkenalkan pada tahun 1971 sebagai Piala UEFA,ia menggantikan Piala Ekspo Antara Bandar(Bahasa Inggeris:Inter-Cities Fairs Cup).Pada 1999,Piala Juara Piala UEFA dihentikan dan disatukan dengan Piala UEFA.[3] Mulai musim 2004-05,format peringkat kumpulan telah ditambah sebelum pusingan kalah mati.Kejohanan ini telah dikenali sebagai Liga Europa sejak musim 2009-10,[4][5] mengikuti perubahan format pertandingan.[6] Penjenamaan semula pada tahun 2009 ini termasuklah penggabungan dengan Piala Intertoto UEFA,yang menghasilkan format pertandingan yang diperbesarkan, dengan peringkat kumpulan yang diperluas dan perubahan dalam kriteria kelayakan.Pemenang Liga Europa UEFA layak ke Piala Super UEFA dan sejak musim 2014–15, musim berikutnya Liga Juara-Juara UEFA, memasuki peringkat kumpulan.
Kelab dari Sepanyol mempunyai jumlah gelaran juara terbanyak (tiga belas gelaran), diikuti oleh England dan Itali (sembilan gelaran masing-masing). Gelaran juara telah dimenangi oleh 29 kelab, tiga belas daripadanya telah memenanginya lebih daripada sekali. Kelab paling berjaya dalam pertandingan ini ialah Sevilla FC, dengan tujuh gelaran. Sevilla FC adalah juara semasa, setelah menewaskan A.S. Roma 4-1 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir 2022.