Vanessa cardui
From Wikipedia, the free encyclopedia
Vanessa cardui, atau Painted Lady atau di Amerika Utara sebagai Cosmopolitan, adalah kupu-kupu yang termasuk dalam kelompok keluarga Nymphalidae dan sub-keluarga Nymphalinae. Ia mempunyai lebar sayap sekitar 50–60 mm.[1]
Vanessa cardui | |
---|---|
Atas, Kerala, India | |
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Vanessa |
Subgenus: | Cynthia |
Spesies: | V. cardui |
Nama binomial | |
Vanessa cardui | |
Sinonim | |
Papilio cardui Linnaeus, 1758 |
V. cardui ialah salah satu spesies kupu-kupu yang paling luas taburannya, terdapat di setiap benua kecuali Antartika dan Amerika Selatan. Di Australia, taburan V. cardui terhad kepada sekitar Bunbury, Fremantle dan Pulau Rottnest. Bagaimanapun, saudaranya yang terdekat iaitu Australian Painted Lady (Vanessa kershawi, adakalanya dianggap sebagai subspesies) meliputi lebih separuh benua Australia. Spesies-spesies lain yang bersaudara rapat dengannya termasuk American Painted Lady (Vanessa virginiensis), dan West Coast Lady (Vanessa annabella).