From Wikipedia, the free encyclopedia
Carl Linnaeus (dilatinkan sebagai Carolus Linnaeus, gelaran kebangsawanan Carl von Linné (bantuan·maklumat), 23 Mei [G.L.: 12 Mei] 1707 – 10 Januari 1778) ialah seorang ahli botani, fizik dan zoologi berbangsa Sweden yang mendirikan asas kepada skim tatanama binomial moden. Beliau dikenali sebagai bapa kepada taksonomi moden, serta juga dianggap sebagai seorang perintis ilmu ekologi moden.
Carl Linnaeus (Carl von Linné) | |
---|---|
Kelahiran | [1]) | 13 Mei 1707 (lihat catatan rencana:
Meninggal dunia | Januari 10, 1778 70) | (umur
Warganegara | Sweden |
Pusat pendidikan | Universiti Lund Universiti Uppsala Universiti Harderwijk |
Terkenal kerana | Taksonomi Ekologi Botani |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Zoologi, Perubatan, Botani |
Author abbrev. (botany) | L. |
Tandatangan | |
Catatan kaki / rujukan | |
Linnaeus menggunakan nama Carl von Linné setelah dikurniakan gelaran von dari kebangsawanan pada tahun 1761. Beliau merupakan bapa kepada Carolus Linnaeus yang Muda. |
Linnaeus lahir di perkampungan Småland, di kawasan selatan Sweden. Bapanya merupakan orang pertama sepanjang salasilah keluarganya yang menggunakan nama keluarga yang tetap; sebelum itu, nenek moyangnya menggunakan sistem penamaan patronimik bangsa-bangsa Skandinavia (serupa dengan nama Melayu). Bapanya menggunakan nama kelatinan Linnaeus bersempena pokok linden di halaman rumah keluarganya. Linnaeus menerima kebanyakan pendidikan tingginya di Universiti Uppsala dan mula mensyarah ilmu botani di situ pada tahun 1730. Beliau berdiam di luar negeri dari tahun 1735–1738, di mana beliau mengkaji dan juga menerbitkan edisi pertama Systema Naturae di Belanda. Sekembalinya di Sweden, beliau menjadi profesor botani di Uppsala. Pada 1740-an, beliau mengembara ke merata Sweden untuk mencari dan menggolongkan jenis tumbuhan dan haiwan. Pada 1750-an dan 60-an, beliau terus mengumpul dan menggolongkan haiwan, tumbuhan dan bahan galian, lalu menerbitkan beberapa jilid penyelidikan lagi. Ketika saat ajalnya, beliau dikenali di seluruh Eropah sebagai salah seorang ahli saintis yang tersohor ketika itu.
Ahli falsafah Switzerland Jean-Jacques Rousseau mengutuskan serangkap surat kepada Linnaeus: "Beritahunya saya tidak mengenali sesiapa yang lebih hebat di bumi."[2] Penulis Jerman Johann Wolfgang von Goethe menulis: "Kecuali Shakespeare dan Spinoza, saya tidak mengenali sesiapa yang sudah meninggal yang begitu besar pengaruhnya kepada saya."[2] Penulis Sweden August Strindberg menulis: "Hakikatnya, Linnaeus ialah seorang pemuisi yang kebetulan pula menjadi ilmuwan alam".[3]
Dalam bidang botani, singkatan penulis yang digunakan untuk menandakan Linnaeus sebagai penentu nama spesies adalah sekadar L.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.