Vanessa atalanta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laksamana Merah (Vanessa atalanta) merupakan sejenis kupu-kupu berwarna-warni yang ditemui di kawasan iklim sederhana di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Laksamana Merah mempunyai panjang kepak 45–50 mm (1.8–2.0 in).[2] Spesies ini menetap di kawasan yang panas sahaja, tetapi berpindah-randah ke arah utara pada musim bunga, dan adakalanya juga pada musim luruh.
Laksamana Merah | |
---|---|
dorsal view | |
ventral view | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Vanessa |
Spesies: | V. atalanta |
Nama binomial | |
Vanessa atalanta (Linnaeus, 1758) | |
Subspecies | |
| |
Sinonim | |
|
Kupu-kupu yang besar ini dikenali dengan corak kepaknya yang berwarna perang tua, merah dan hitam, dilengkapi jalur-jalur jingga yang merentasi kepak depan serta hujung luaran kepak belakang; tompok putih pada kepak depan dorsal dekat margin depan; palang kemerahan pada permukaan dorsal keempat-empat kepak. Beluncasnya makan netel, sementara yang dewasa menghirup bunga-bunga seperti Buddleia dan buah-buahan yang terlebih masak.
Di Eropah utara, ia merupakan antara kupu-kupu terakhir yang kelihatan sebelum tibanya musim sejuk, selalunya menghirup bunga ivy pada hari cerah. Laksamana Merah juga diketahui boleh berhibernasi. Kupu-kupu ini juga berterbangan pada hari-hari musim sejuk yang cerah, terutamanya di Eropah Selatan.
Di Amerika Utara, kupu-kupu ini biasanya membiak dua kali dari Mac hingga Oktober. Kupu-kupu ini berpindah dari selatan menduduki seluruh Amerika Utara menjelang bermulanya musim bunga, dan menghabiskan musim sejuk di selatan Texas.