Valve Corporation
From Wikipedia, the free encyclopedia
Valve Corporation (dahulunya sebagai Valve Software, biasanya dirujuk sebagai Valve dan kadang-kadang digayakan sebagai VALVᴇ) ialah sebuah syarikat pembangunan permainan video dan pengedaran digital yang terletak di Bellevue, Washington, Amerika Syarikat. Pejabat yang berpangkalan di Eropah pula dibuka pada tahun 2012 di Luxembourg. Ia ditubuhkan pada tahun 1996 oleh bekas pekerja Microsoft Gabe Newell dan Mike Harrington, Valve membangunkan siri permainan video Half-Life, Counter-Strike, Portal, Day of Defeat, Team Fortress, Left 4 Dead dan Dota yang telah mendapat pujian yang tinggi dan sangat terkenal. Mereka juga membangunkan dan mengekalkan enjin Source yang mana kebanyakan permainan yang mereka bina dijalan, Source Film Maker atau dikenali sebagai SFM yang merupakan sebuah aplikasi pembuatan animasi dan Steam sebuah tapak pengedaran perisian. Ia juga telah membawa kepada pembuatan Steam Machine, yang merupakan sebuah komputer permainan pra-bina yang menggunakan sistem pengendalian SteamOS.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Dinamakan sempena | valve |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Persendirian |
Industri | Permainan video Pengedaran digital |
Ditubuhkan | 24 Ogos 1996 Kirkland, Washington, A.S. |
Pengasas | Gabe Newell Mike Harrington |
Ibu pejabat | Bellevue, Washington, U.S. |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Gabe Newell (Pengarah urusan) |
Keluaran | Permainan video: Siri Counter-Strike Dota 2 Siri Day of Defeat Siri Half-Life Siri Left 4 Dead Siri Portal Siri Team Fortress Other: Permainan enjin Source Platform pengedaran Steam Valve Anti-Cheat VOGL Source Film Maker |
Jumlah ekuiti | US$2.5 billion (2012, anggaran)[1] |
Bilangan kakitangan | ~330 (2013)[2] |
Anak syarikat | Valve S.a.r.l., Luxembourg |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |