Mike Harrington
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mike Harrington ialah seorang pengaturcara dan usahawan komputer Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pengasas pemaju permainan video dan syarikat pengedaran digital Valve.[1] Beliau sebelum ini ialah seorang pengaturcara permainan di Dynamix dan seorang pereka sistem operasi Windows NT di Microsoft,[2] Harrington mengasaskan Valve pada tahun 1996 bersama Gabe Newell, bekas kakitangan Microsoft.
Mike Harrington | |
---|---|
Majikan | Dynamix (1985–1987) Microsoft (1987–1996) Valve (1996–2000) Picnik (2005–2010) Google (2010–2011) Catnip Labs (2012–2015) Committee for Children (2016-2018) Amplion (2018-kini) |
Terkenal kerana | Pengasas bersama Valve |
Harrington dan Newell secara peribadi membiayai pembangunan produk sulung Valve, Half-Life (1998), yang beliau juga bantu programnya.[1][3] Beliau berkata: "Di Microsoft anda serinh tertanya-tanya, 'Adakah saya berjaya atau Microsoft?' Tetapi dengan Half-Life saya tahu Gabe dan saya telah membangun produk dan syariiat itu dari awal."[1] Pada 15 Januari 2000, Harrington memutuskan kerjasamanya dengan Newell dan meninggalkan Valve untuk menghabiskan waktu bersama isterinya. Menurut Newell, Harrington tidak ingin mengambil risiko projek lain susulan kejayaan Half-Life.[1]
Pada tahun 2006, Harrington mengasaskam Picnik bersama rakannya Darrin Massena, yang kemudian dibeli oleh Google pada Mac 2010. Harrington meninggalkan Google pada Mac 2011, dan menubuhkan syarikat lain bersama Massena, bernama Catnip Labs, pada Januari 2012. Harrington ialah CTO di Committee for Children dari 2016-2018 dan kini memegang jawatan CTO di Amplion.[4][5]