![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/a/af/Usop_Sontorian.jpg&w=640&q=50)
Usop Sontorian
From Wikipedia, the free encyclopedia
Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang disiarkan di RTM dari 1996 hingga 1997.[1] Ia direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures.[2]
Usop Sontorian | |
---|---|
![]() Logo Usop Sontorian yang disiarkan dalam musim ketiga pada 1998 | |
Genre | Animasi Komedi Drama |
Pencipta | Ujang |
Dibangunkan oleh | Kamn Ismail Ujang |
Ditulis oleh | Ujang Hood Yusof Azhar Ahmad Lutfi Ismail Zahuri Haron Azizi Hj. Adnan |
Pengarah | Kamn Ismail |
Pelakon suara |
|
Penggubah lagu tema | Produksi Rakam Zalikamari |
Lagu pembukaan | Usop Sontorian |
Lagu penutup | Usop Sontorian |
Penggubah | Zalikamari |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 50 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Michael Lum |
Penerbit | Othman Yusof (Musim 1-2) Michael Lum (Musim 3) |
Penyunting | Amisyahril Edwan Amran Azlina Din Khairudin Shabudin |
Lokasi | Kuala Lumpur Lembah Klang |
Tempoh siaran | 30 minit 20 minit (tanpa iklan) |
Syarikat penerbitan | Kharisma Pictures |
Syarikat pengedaran | Eurofine Arief International, Inc. |
Penyiaran | |
Saluran asal | RTM |
Format gambar | 4:3 (576i) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 4 Mac 1996 – 14 April 1997 |
Siri animasi ini diadaptasi daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang yang dimuatkan dalam majalah Ujang dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Animasi Pertama di Malaysia”. Ia juga telah disiarkan di beberapa negara di seluruh dunia. Pada tahun 2009, siri ini disiarkan semula di TV9.[3]
Pengarah siri animasi ini, Kamn Ismail yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Quest Animation Sdn. Bhd. Pencipta watak-watak Usop Sontorian, Ujang tidak dibenarkan melukis atau mencipta watak kartun yang mempunyai persamaan dengan Usop Sontorian, ekoran isu perebutan hakcipta.