universiti penyelidikan awam di Skudai, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Universiti Teknologi Malaysia (singkatan: UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.
Moto | "Kerana Tuhan Untuk Manusia" |
---|---|
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 14 Mac 1972 |
Canselor | KDYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Raja Permaisuri Agong |
Naib Canselor | Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail |
Pelajar | 21,749 |
Siswazah | 17,946 |
Ijazah/Sarjana | 3,803 |
Lokasi | , |
Kampus | Kampus utama di Skudai Kampus kedua di Kuala Lumpur |
Penggabungan | ASAIHL |
Laman sesawang | Universiti_Teknologi Malaysia |
Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.
UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM; USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.[1]
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memulakan sejarahnya sebagai sebuah Sekolah Teknik[2] yang ditubuhkan pada tahun 1904 di Jalan Brickfields, Kuala Lumpur. Sekolah ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan teknikal dan perdagangan kepada rakyat tempatan. Pada tahun 1941, sekolah ini dinaik taraf menjadi sebuah kolej yang dikenali sebagai Technical College, dan menawarkan pelbagai kursus diploma dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, dan elektrik, serta bidang juruukur dan seni bina.
Seiring dengan perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia, pada tahun 1972, institusi ini dinaik taraf lagi menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK). Pada 1 April 1975, ITK dianugerahkan status universiti penuh, lantas menjadi Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sejak saat itu, UTM memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan tinggi dalam bidang sains, teknologi, dan kejuruteraan, menjadi salah satu institusi pengajian tinggi terkemuka di negara ini.
Pada tahun 1985, kampus utamanya dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Skudai, Johor, menjadikannya universiti pertama di Malaysia yang beroperasi di atas kawasan kampus seluas lebih daripada 2,400 hektar. Kampus UTM di Skudai kini menjadi pusat utama untuk kajian dan pengajaran dalam pelbagai bidang teknikal dan inovasi. Selain itu, UTM mengekalkan kampusnya di Kuala Lumpur untuk program siswazah dan kursus profesional.
Naib Canselor merupakan Ketua Pegawai Eksekutif universiti[3] dan bertanggungjawab kepada majlis universiti. Profesor Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail adalah Naib Canselor UTM yang ke-7[4][5], dan beliau memimpin universiti dengan memacu visi serta misi untuk pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia.
No. | Vice Chancellor | Term
In office |
---|---|---|
1. | Ainuddin Wahid | 1975 – 1989 |
2. | Muhammad Ridzuan Salleh | 1990 – 1994 |
3. | Ahmad Zaharudin Idrus | 1994 – 2001 |
4. | Mohd. Zulkifli Mohd Ghazali | 2001 – 2008 |
5. | Zaini Ujang | 2008 – 2013 |
6. | Wahid Omar | 2013 – 2020 |
7. | Ahmad Fauzi Ismail | 2020 – present |
Fakulti dan Sekolah yang terdapat di UTM:
Kemudahan:
Sejak 2005, UTM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.