Yang Amat Mulia Komander Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 25 Disember 1987 di Johor Bahru, Johor) merupakan Tunku Temenggong Johor serta anakanda ketiga dan putera kedua kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Fakta Segera Tempoh, Pelantikan ...
Tunku Idris Iskandar
Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor
Thumb
Tunku Temenggong Johor
Tempoh22 Februari 2010 – kini
Pelantikan22 Februari 2010
Didahului olehTunku Ahmad ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim
Pemangku Sultan Johor
Tempoh29 September 2012 – 19 Oktober 2012
Pelantikan29 September 2012
Didahului olehSultan Ibrahim
KeputeraanTunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Tunku Ibrahim Ismail
(1987-12-25) 25 Disember 1987 (umur 36)
Johor Bahru, Johor
Nama penuh
Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
Nama diraja
Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim
KerabatTemenggong Johor Kesultanan Johor
AyahandaSultan Ibrahim
BondaRaja Zarith Sofiah
AgamaIslam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanBendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Bendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia (TDM)
Tahun perkhidmatan2021–kini (TLDM)
2006–2021 (TDM)
Pangkat Komander (TLDM)
Leftenan Kolonel (TDM)
Tutup

Biografi

Tunku Idris merupakan anakanda ketiga dan putera kedua kepada pasangan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Beliau juga merupakan adinda kepada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Tunku Idris pernah mengikuti kursus penerbangan di Akademi Penerbangan Integrasi (IAC) di Perak dan menjawat jawatan sebagai Juruterbang Tentera Darat di Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, Kem Mahkota, Kluang, Johor.

Tunku Idris menyertai perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui pengambilan Tauliah Jangka Pendek ke-70 pada 16 Februari 2006. Pada 28 Jun 2021, beliau telah menyertai perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menjawat jawatan sebagai Juruterbang Helikopter Skuadron 501 di KD Rajawali, Pangkalan TLDM Lumut.

Peranan

Beliau dikurniakan gelaran Tunku Temenggong Johor pada 22 Februari 2010.[1]

Pada 2 Disember 2022, Tunku Idris telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-22 universiti itu di Dewan Sultan Ibrahim.[2]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Fakta Segera Gaya panggilan, Gaya pertuturan ...
Gelaran hormat bagi
Tunku Idris Iskandar Al-Haj
Thumb
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tunku
Gaya pilihan Tunku Temenggong
Tutup

Terasul dan gelaran

  • 25 Disember 1987 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Tunku Ibrahim Ismail
  • 23 Januari 2010 – 22 Februari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim
  • 22 Februari 2010 – 29 September 2012: Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor
  • 29 September 2012 – 19 Oktober 2012: Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor[3]
  • 19 Oktober 2012 – kini: Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor
  • Jawi: يڠ امت موليا تونکو ادريس اسکندر عبد الرحمن الحج ابن سلطان ابراهيم، تونکو تمڠݢوڠ جوهر

Darjah kebesaran

Kurniaan Johor

 Johor:

Kurniaan Persekutuan Malaysia

 Malaysia:

Keturunan

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.