From Wikipedia, the free encyclopedia
Abjad Tibet adalah sebuah abugida yang digunakan untuk menulis bahasa-bahasa di Tibet seperti bahasa Tibet, Jongkha, bahasa Sikkim, Ladakh, dan kadang-kala bahasa Baltistani. Nama huruf untuk pencetakan abjad ini ialah skrip uchen sementara huruf tulisan tangan yang digunakan untuk tulisan setiap hari dinamakan skrip umê.
Tibetan | |
---|---|
Jenis tulisan | |
Tempoh masa | c. 650–present |
Arah tulisan | Left-to-right |
Bahasa-bahasa | Tibet, Dzongkha, Ladakh, Sikkim, Balti, Tamang, Sherpa, Yolmo, Tshangla |
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | |
Sistem tulisan turunan | Limbu, Lepcha, 'Phags-pa |
Sistem tulisan kerabat | Assam, Benggali |
ISO 15924 | |
ISO 15924 | Tibt (), Templat:ISO 15924 name |
Unikod | |
Alias Unikod | Tibetan |
Julat Unikod | U+0F00–U+0FFF |
Abjad ini berkait rapat dengan identiti warga etnik Tibet yang berleluasa di wilayah Tibet, Bhutan, India, Nepal. Abjad Tibet adalah berasal dari asal-usul Indik dan nenek moyang kepada abjad Limbu, abjad Lepcha, dan skrip 'Phags-pa yang digunakan oleh berbilang bahasa.
Penciptaan abjad Tibet adalah oleh Thonmi Sambhota pada pertengahan abad ke-7. Tradisi berpendapat bahawa Thonmi Sambhota, seorang menteri Songtsen Gampo (569-649), telah dihantar ke India untuk mempelajari seni penulisan, dan setelah beliau pulang, beliau memperkenalkan 'abjad'. Bentuk huruf beliau berdasarkan kepada abjad Indik pada masa itu.[3]
Tiga sistem ejaan baku telah diciptakan. Yang terutama, sebuah sistem ejaan rasmi yang bertujuan untuk memudahkan terjemahan kitab-kitab Buddha, muncul pada awal abad ke-9. Sistem ejaan baku kini tidak berubah sejak itu, sedangkan sebutan dalam bahasa ini telah berubah oleh, contohnya, kehilangan gugus konsonan yang kompleks. Akibatnya, dalam semua dialek Tibet moden, terutamanya dalam Tibet Baku di Lhasa, terdapat perbezaan yang besar antara ejaan semasa (yang masih berupakan Tibet yang dituturkan abad ke-9) dan sebutan semasa. Pencapahan ini adalah asas hujah yang menyokong pembaharuan ejaan, untuk menulis Tibet seperti yang disebutkan, sebagai contoh, menulis Kagyu sebagai Kagyu dan bukan Bka'-rgyud (བཀའ་བརྒྱུད།). Namun sebutan bahasa Balti, Ladakhi dan Burig sebaliknya pula lebih serupa dengan ejaan kuno.
Dalam skrip Tibet, suku kata ditulis dari kiri ke kanan. Suku kata dipisahkan oleh tsek; kerana banyak perkataan Tibet adalah ekasukuan, tanda ini sering berfungsi sebagai jarak. Jarak tidak digunakan untuk membahagikan kata-kata.
Abjad Tibet mempunyai tiga puluh huruf asas, kadang-kala dikenali sebagai "radikal" ataupun akar, untuk huruf konsonan. Seperti dalam skrip Indik lain, setiap huruf konsonan mengandaikan vokal yang wujud; dalam skrip Tibet ialah ཨ /a/. Huruf ཨ /a/ juga merupakan asas bagi tanda huruf vokal bergantung.
Walaupun beberapa dialek Tibet mempunyai nada, bahasa ini tidak mempunyai nada pada masa penciptaannya, dan tidak ada simbol yang khas untuk nada. Walau bagaimanapun, oleh kerana nada diperkembangkan dari ciri-ciri pembahagian, mereka biasanya boleh diteka dengan betul oleh ejaan perkataan-perkataan Tibet kuno.
Tanpa hembus nada tinggi |
Hembus nada tengah |
Dilafazkan nada rendah |
Sengau nada rendah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Huruf | IPA | Huruf | IPA | Huruf | IPA | Huruf | IPA | |
Garau | ཀ | /ka/ | ཁ | /kʰa/ | ག | /ga/ | ང | /ŋa/ |
Palatal | ཅ | /tʃa/ | ཆ | /tʃʰa/ | ཇ | /dʒa/ | ཉ | /ɲa/ |
Gigi | ཏ | /ta/ | ཐ | /tʰa/ | ད | /da/ | ན | /na/ |
Bibir | པ | /pa/ | ཕ | /pʰa/ | བ | /ba/ | མ | /ma/ |
Gigi | ཙ | /tsa/ | ཚ | /tsʰa/ | ཛ | /dza/ | ཝ | /wa/ |
rendah | ཞ | /ʒa/ | ཟ | /za/ | འ | /'a/ | ཡ | /ja/ |
tengah | ར | /ra/ | ལ | /la/ | ཤ | /ʃa/ | ས | /sa/ |
tinggi | ཧ | /ha/ | ཨ | /a/ |
Aspek unik dalam aksara Tibet ialah konsonan-konsonan boleh ditulis sama seperti radikal, atau dapat ditulis dalam bentuk lain, seperti subskrip dan superskrip yang membentuk gugus konsonan.
Untuk memahami bagaimana ini berfungsi, seseorang boleh melihat radikal ཀ /ka/ dan lihat apa yang berlaku apabila ia menjadi ཀྲ /kra/ atau རྐ /rka/. Dalam kedua-dua kes, simbol untuk ཀ /ka/ digunakan, tetapi apabila ར /ra/ berada di tengah-tengah konsonan dan vokal, ia ditambah sebagai subskrip. Sebaliknya, apabila ར /ra/ datang sebelum konsonan dan vokal, ia ditambah sebagai superskrip. ར /ra/ sebenarnya berubah bentuk apabila ia melebihi kebanyakan konsonan lain; menjadi རྐ rka. Walau bagaimanapun, gugusan རྙ /rnya/ diberikan pengecualian dalam ini. Begitu juga, konsonan ཝ /wa/, ར /ra/, dan ཡ /ja/ ubah bentuk apabila mereka berada di bawah konsonan lain; maka ཀྭ /kwa/; ཀྲ /kra/; ཀྱ /kja/.
Selain ditulis sebagai subskrip dan superskrip, sesetengah konsonan juga boleh diletakkan di dalam posisi pra-skrip, pasca-skrip, atau post-postcript. Misalnya, konsonan ག /kʰa/, ད /tʰa/, བ /pʰa/, མ /ma/ dan འ /a/ boleh digunakan dalam kedudukan pra-skrip di sebelah kiri radikal lain, manakala posisi selepas radikal (kedudukan pasca-skrip), boleh dipegang oleh sepuluh konsonan ག /kʰa/, ན /na/, བ /pʰa/, ད /tʰa/, མ /ma/, འ /a/, ར /ra/, ང /ŋa/, ས /sa/, dan ལ /la/. Posisi ketiga, kedudukan pasca-pasca-skrip ialah khas untuk konsonan ད /tʰa/ dan ས /sa/.
Posisi superskrip di atas radikal ialah khas untuk konsonan ར /ra/, ལ /la/, dan ས /sa/.
Kedudukan subskrip di bawah radikal adalah untuk konsonan ཡ /ja/, ར /ra/, ལ /la/, dan ཝ /wa/.
Vokal yang digunakan dalam abjad Tibet ialah ཨ /a/, ཨི /i/, ཨུ /u/, ཨེ /e/, dan ཨོ /o/. Walaupun vokal /a/ telah disertakan dalam setiap konsonan atau radikal, vokal-vokal lain ditunjukkan dengan tanda baca; maka ཀ /ka/, ཀི /ki/, ཀུ /ku/, ཀེ /ke/, ཀོ /ko/. Vokal ཨི /i/, ཨེ /e/, dan ཨོ /o/ diletakkan di atas konsonan sebagai tanda diakritik, manakala vokal ཨུ /u/ diletakkan di bawah konsonan. Tibet Lama mengandungi bentuk tanda berbalik untuk /i/, gigu 'verso', yang tidak pasti maknanya. Tidak ada perbezaan antara vokal panjang dan pendek dalam bahasa Tibet bertulis, kecuali dalam kata-kata pinjaman, terutamanya yang diterjemahkan dari bahasa Sanskrit.
Angka Tibet | ༠ | ༡ | ༢ | ༣ | ༤ | ༥ | ༦ | ༧ | ༨ | ༩ |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Angka Arab | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
Angka Tibet | ༪ | ༫ | ༬ | ༭ | ༮ | ༯ | ༰ | ༱ | ༲ | ༳ |
Angka Arab | 0.5 | 1.5 | 2.5 | 3.5 | 4.5 | 5.5 | 6.5 | 7.5 | 8.5 | 9.5 |
Simbol/ Grafem |
Nama | Fungsi |
---|---|---|
༄ | ཡིག་མགོ་ yig mgo |
tanda permulaan teks |
༈ | སྦྲུལ་ཤད་ sbrul shad |
memisahkan bahagian-bahagian, bersamaan dengan topik dan sub-topik |
༉ | བསྐུར་ཡིག་མགོ་ bskur yig mgo |
penghitung senarai (Dzongkha) |
་ | ཙེག་ tsek |
pembatas morfem |
། | ཚིག་གྲུབ་ tshig-grub |
noktah (menandakan hujung bahagian teks) |
༎ | དོན་ཚན་ don-tshan |
noktah (menandakan penghujung teks) |
༴ | བསྡུས་རྟགས་ bsdus rtags |
gandaan |
༺ | གུག་རྟགས་གཡོན་ gug rtags g.yon |
kurungan kiri |
༻ | གུག་རྟགས་གཡས་ gug rtags g.yas |
kurungan kanan |
༼ | ཨང་ཁང་གཡོན་ ang khang g.yon |
kurungan kiri, digunakan untuk mengurung di atas |
༽ | ཨང་ཁང་གཡས་ ang khang g.yas |
kurungan kanan, digunakan untuk mengurung di atas |
Abjad Tibet, apabila digunakan untuk menulis bahasa lain seperti Balti dan Sanskrit, sering mempunyai grafem tambahan dan/atau diubah suai yang diambil dari abjad Tibet asas untuk mewakili bunyi yang berbeza.
Perumian dan transliterasi skrip Tibet adalah perwakilan aksara Tibet dalam skrip Latin. Terdapat pelbagai cara Perumian dan sistem transliterasi yang dibuat pada tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi gagal mewakili bunyi fonetik sebenar.[4] Walaupun sistem transliterasi Wylie digunakan secara meluas untuk merumikan Tibet Baku, yang lain termasuklah sistem Perpustakaan Kongres dan transliterasi berasaskan IPA (Jacques 2012).
Di bawah adalah jadual dengan abjad Tibet dan sistem perumian dan sistem transliterasi yang berlainan bagi setiap abjad, sistem yang disenaraikan di bawah adalah: transliterasi Wylie (W), Tibet pinyin (TP), Dzongkha phonetic (DP), Perumian ALA-LC (A)[5] dan Transkripsi Fonetik Ringkas THL (THL).
Huruf | W | TP | DP | A | THL | Huruf | W | TP | DP | A | THL | Huruf | W | TP | DP | A | THL | Alphabet | W | TP | DP | A | THL |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
ཀ | ka | g | ka | ka | ka | ཁ | kha | k | kha | kha | kha | ག | ga | k | kha | ga | ga | ང | nga | ng | nga | nga | nga |
ཅ | ca | j | ca | ca | cha | ཆ | cha | q | cha | cha | cha | ཇ | ja | q | cha | ja | ja | ཉ | nya | ny | nya | nya | nya |
ཏ | ta | d | ta | ta | ta | ཐ | tha | t | tha | tha | ta | ད | da | t | tha | da | da | ན | na | n | na | na | na |
པ | pa | b | pa | pa | pa | ཕ | pha | p | pha | pha | pa | བ | ba | p | pha | ba | ba | མ | ma | m | ma | ma | ma |
ཙ | tsa | z | tsa | tsa | tsa | ཚ | tsha | c | tsha | tsha | tsa | ཛ | dza | c | tsha | dza | dza | ཝ | wa | w | wa | wa | wa |
ཞ | zha | x | sha | zha | zha | ཟ | za | s | sa | za | za | འ | 'a | - | a | 'a | a | ཡ | ya | y | ya | ya | ya |
ར | ra | r | ra | ra | ra | ལ | la | l | la | la | la | ཤ | sha | x | sha | sha | sha | ས | sa | s | sa | sa | sa |
ཧ | ha | h | ha | ha | ha | ཨ | a | a | a | a | a |
Versi pertama Microsoft Windows yang menyokong susunan papan kekunci Tibet ialah MS Windows Vista. Susun atur ini telah tersedia untuk Linux sejak September 2007. Di Ubuntu 12.04, individu boleh memuat turun sokongan bahasa Tibet melalui Dash / Language Support / Install / Remove Languages, kaedah input boleh dihidupkan dari Dash / Layout Keyboard, menambah susun atur papan kekunci Tibet. Susun atur ini memakai susun atur yang serupa seperti di Microsoft Windows.
Mac OS-X memperkenalkan sokongan Unicode Tibet dengan OS-X versi 10.5 dan yang lebih baru, kini dengan tiga susunan atur papan kekunci yang berbeza: Tibetan-Wylie, Tibetan QWERTY dan Tibetan-Otani.
Skema susun atur Jongkha direka sebagai cara mudah untuk memasukkan teks Jongkha pada komputer. Tata atur papan kekunci ini dipiawaikan oleh Suruhanjaya Pembangunan Jongkha (DDC) dan Jabatan Teknologi Maklumat (DIT) Kerajaan Diraja Bhutan pada tahun 2000.
Ia telah dikemas kini pada tahun 2009 untuk menampung aksara tambahan yang ditambahkan pada piawaian Unicode & ISO 10646 sejak versi awal. Oleh kerana susunan kunci berdasarkan susunan biasa abjad Jongkha dan Tibet, tata atur ini dapat dipelajari dengan cepat oleh siapa pun yang telah biasa dengan abjad ini. Konsonan bercantum (penggabungan) dimasukkan menggunakan kekunci Shift.
Susunan atur papan kekunci Jongkha (dz) dimasukkan ke dalam pengedaran XFree86.
Tibet pada asalnya merupakan salah satu skrip dalam versi pertama Piawai Unicode pada 1991, di blok Unicode U+1000-U+104F. Walau bagaimanapun, pada tahun 1993, dalam versi 1.1, ia telah dikeluarkan (kod titik yang digunakan kemudian akan digunakan untuk skrip Burma dalam versi 3.0). Skrip Tibet telah ditambah semula pada bulan Julai, 1996 dengan pelancaran versi 2.0.
Blok Unicode untuk Tibet adalah U+0F00-U+0FFF. Ia mengandungi huruf, angka dan pelbagai tanda baca dan simbol khas yang digunakan dalam teks agama:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.