Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis From Wikipedia, the free encyclopedia
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Jawi: توانكو سيد سراج الدين ابن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 17 April 2000 hingga sekarang. Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah.
Tuanku Syed Sirajuddin توانكو سيد سراج الدين إبن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis | |||||||||
Raja Perlis VII | |||||||||
Pemerintahan | 17 April 2000 – kini | ||||||||
Pertabalan | 7 Mei 2001 | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
Pewaris takhta | Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail | ||||||||
Yang di-Pertuan Agong XII | |||||||||
Pemerintahan | 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 | ||||||||
Kemahkotaan | 25 April 2002 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||||||
Keputeraan | tahun, 4 bulan dan 14 hari) Arau, Perlis, Tanah Melayu | 17 Mei 1943 (umur 81||||||||
Pasangan | Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (k. 1967) | ||||||||
Anakanda | |||||||||
| |||||||||
Kerabat | Jamalullail | ||||||||
Ayahanda | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
Bonda | Tengku Budriah | ||||||||
Agama | Islam Sunni |
Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda dimasyhurkan Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.
Tuanku Syed Sirajuddin merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Almarhumah Tengku Budriah Tengku Ismail.
Baginda mempunyai salasilah keluarga yang berhubung dengan Nabi Muhammad SAW dari sebelah ayahanda baginda serta mempunyai darah keturunan Sultan Pattani dari sebelah bonda baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau (sehingga darjah dua) sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Wellesley Pulau Pinang kemudian ke Sekolah Rendah Westland Pulau Pinang dan Penang Free School sebelum melanjutkan pelajaran ke WellingboroughPublic School, England sehingga 1963.
Baginda telah menuntut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England mulai Januari 1964 sehingga tahun 1965 dan merupakan peminat kelab bolasepak Inggeris, Tottenham Hotspur.
Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.
Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda pernah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang ketenteraan, antaranya Leftenan Muda Rejimen Kedua Pasukan Peninjau , Kapten Kehormat Rejimen Askar Wataniah, Kolonel Kehormat Rejimen 504 Pasukan Simpanan dan Kolonel kehormat Rejimen Renjer Malaysia.
Gelaran hormat bagi Tuanku Syed Sirajuddin | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
Gelaran penuh baginda ialah: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri.Sembilan), D.K (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L`Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L`Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra(Arab Saudi) , Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan), Tuanku Raja Perlis.
Tuanku Syed Sirajuddin telah dikurniakan:[1]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.