Raja Muda Perlis From Wikipedia, the free encyclopedia
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ( Jawi:دولي يڠ ترأمت موليا راج مودا ڤرليس توانكو شيد فائز الدين ڤوترا ابن توانكو شيد سراج الدين جمال اللي (diputerakan pada 30 Disember 1967 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah, Malaysia) merupakan Raja Muda Perlis. Baginda merupakan putera sulung kepada Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail توانكو سيد فائز الدين ڤوترا | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Perlis Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis (Pewaris takhta Pertama kerajaan Perlis) | |||||||||
Raja Muda Perlis | |||||||||
Pemerintahan | 1 Ogos 2000 - kini | ||||||||
Pemasyhuran | 12 Oktober 2000 | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
Pemangku Raja Perlis | |||||||||
Pemerintahan | 17 Mei 2024 - 28 Mei 2024 | ||||||||
Pemasyhuran | 17 Mei 2024 [1] | ||||||||
Didahului oleh | Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
Keputeraan | Hospital Besar Alor Setar, Kedah, Malaysia | 30 Disember 1967 (Umur 56)||||||||
Pasangan | Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (9-5-1994) | ||||||||
Anakanda | Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail Sharifah Farah Adriana Jamalullail Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Jamalullail Perlis | ||||||||
Ayahanda | Tuanku Syed Sirajuddin ibni Syed Putra Jamalulail | ||||||||
Bonda | Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid | ||||||||
Agama | Islam |
Baginda menuntut di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar, Perlis dari 1974-1979 dan peringkat menengah pada tahun 1980-1982 di Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis. Baginda selepas itu menyambung pengajian di Sekolah Menengah Penang Free, Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudian menuntut di Carey Grammar School, Kew, Melbourne, Australia pada tahun 1984-1985. Tuanku Syed Faizuddin Putra kemudian melanjutkan pengajian dari 1986-1989 di La Trobe University, Bundoora, Melbourne, Australia dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B.Ec.).
Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perlis pada 12 Disember 2001 selama lima tahun apabila paduka ayahanda baginda DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia ke-12. Tuanku Syed Faizuddin Putra telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Canselor Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kemudian dijenamakan semula sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang pertama pada 1 September 2003 sehingga ke hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin Putra telah mendirikan rumahtangga dengan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada 9 Mei 1994. Kini suri baginda menjadi Raja Puan Muda Perlis. Baginda dikurniakan dua orang puteri dan seorang putera, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah, Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana dan Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Binti Khalil | 28 Mac 1970 | Hospital Besar Kuala Lumpur, Malaysia | 54 tahun, 6 bulan dan 26 hari |
Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah | 10 Februari 1995 | Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia | 29 tahun, 8 bulan dan 14 hari |
Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana | 4 Mac 2001 | Zollikerberg Hospital, Zurich, Switzerland | 23 tahun, 7 bulan dan 20 hari |
Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra | 12 April 2009 | Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis, Malaysia | 15 tahun, 6 bulan dan 12 hari |
Baginda juga bergiat aktif dalam pelbagai bidang, Tuanku Syed Faizuddin Putra merupakan peneraju Rejimen 504 Askar Wataniah (Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia) sebagai Komander berpangkat Brigedier Jeneral. Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. Selain itu, Baginda juga adalah Presiden DiRaja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis, Penaung bagi Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM), Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Perlis, Presiden Kelab Golf Putra Perlis, Penaung DiRaja Pertubuhan Jemaah Dato'-Dato' Perlis, Penasihat DiRaja Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Penaung DiRaja Persekutuan Besbol Malaysia, dan Penaung Persatuan Woodball Negeri Perlis.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merintis cara yang unik dalam menyampaikan agihan sumbangan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui konsep kayuhan berbasikal menjejaki dan menyantuni asnaf-asnaf di segenap pelusuk negeri Perlis. Program kayuhan DiRaja ini mempunyai pelbagai fokus yang berbeza saban tahun antaranya melibatkan isu penyalahgunaan najis dadah (2018), keciciran pelajar sekolah (2019), kesihatan (2020) selain turut mempromosikan usahawan asnaf MAIPs di bawah seliaan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM). Walaupun negara masih dilanda Covid ketika ini, pada tahun 2021 ini sahaja baginda telah melaksanakan program berkenaan sebanyak 38 kali sehingga 6 September 2021.
Bil | Tahun | Bilangan Kayuhan | Asnaf Disantuni | Jumlah Sumbangan (RM) |
---|---|---|---|---|
1 | 2013 | 56 | 168 | 67,200 |
2 | 2014 | 88 | 264 | 105,600 |
3 | 2015 | 106 | 264 | 159,000 |
4 | 2016 | 72 | 318 | 1,425,600 |
5 | 2017 | 71 | 2,376 | 2,077,800 |
6 | 2018 | 95 | 11,400 | 6,840,000 |
7 | 2019 | 76 | 13,440 | 8,064,000 |
8 | 2020 | 80 | 4,438 | 3,087,000 |
Jumlah | 644 | 34,780 | 21,826,200 |
BIL | TAHUN | SEKOLAH RENDAH | SEKOLAH MENENGAH | JUMLAH |
1 | 2018
(OGOS – DIS) |
8 | 64 | 72 |
2 | 2019
(JAN – DIS) |
7 | 141 | 148 |
3 | 2020
(JAN – MAC) |
4 | 104 | 108 |
Jumlah | 19 | 309 | 328 |
Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat prihatin dengan pelbagai isu kemanusiaan di peringkat global. Baginda sentiasa mengangkat perhatian dunia untuk turut bersimpati dan bertindak demi membantu mereka yang memerlukan perhatian. Misi ini diketuai oleh Baginda sendiri bersama-sama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Difahamkan Baginda merupakan Kerabat Diraja yang pertama di dunia berangkat ke Cox’s Bazar, Bangladesh bagi menyantuni para pelarian Rohingya pada bulan Oktober 2017.
BIL | TAHUN | LOKASI | SUMBANGAN |
1 | 2016 | Sempadan Jordan dan Syria | - Bantuan makanan
- Program sekolah di lapangan - Menaja sukarelawan anak Perlis ke Kem Pelarian |
2 | 2017 | Cox’s Bazar, Bangladesh | - Membina 6 buah masjid
- Menyediakan puluhan Pam Air - Bantuan makanan |
3 | 2018 | Baitulmaqdis, Palestin | - Menaja 30 buah kerusi roda kepada Masjidil Aqsa
- Sumbangan wang ringgit |
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) berjiwa besar terhadap pasukan keselamatan di Malaysia dengan mengetuai beberapa siri lawatan keperbatasan sempadan perairan laut antarabangsa di Sabah (Op Pasir). Tanpa mengira penat lelah di bulan Ramadan, Baginda berangkat ke pulau-pulau mengurniakan sumbangan kepada anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas pada saban tahun. Baginda turut berangkat ke hospital, masjid dan kampung-kampung di pedalaman untuk beramah mesra dengan rakyat dan dalam masa yang sama turut mengurniakan sumbangan.
BIL | TAHUN/ SEKTOR | KAWASAN LAWATAN OP - PASIR |
1 | 2004
Utara Sabah |
Kem Dogoton, Pulau Banggi, Pulau Jambongan, Pulau Tegaipi, Pulau Bakongan Kecil, Pulau Langkayan. |
2 | 2006
Selatan Sabah |
Pulau Menampilik, Pulau Mabul, Pulau Siamil, Pulau Bohayen, Pulau Mantabuan. |
3 | 2007
Sarawak |
Pos Jpg Lubuk Antu, Kem Sri Aman, Pos Jpg Serikin, Pos Jpg Biawak. |
4 | 2008
Utara Sabah |
Pulau Berhala, Pulau Bakungan Kecil, Pulau Jambongan, Kem Sri Kudat, Tg Simpang Mengayau |
5 | 2009
Selatan Sabah |
Kem Azumi, Pulau Tabawan, Pulau Sibuan, Pulau Omadal, Kilang Majulah Koko Tawau Sdn. Bhd. |
6 | 2010
Utara Sabah |
Pulau Berhala, Pulau Langkayan, Pulau Berlian, Pulau Tigabu, Kem Kerakit (Pulau Banggi), Tg Simpang Mengayan. |
7 | 2011
Selatan Sabah &Terumbu Layang-Layang |
Pulau Menampilik, Pulau Mabul, Pulau Danawan, Pulau Padanan, Pulau Mataking, Pulau Layang Layang, Pulau Sipadan. |
8 | 2012
Utara Sabah |
Pulau Kaniogan, Pulau Libaran, Pulau Selingan, Pulau Berhala. |
9 | 2013
Selatan Sabah |
Pulau Tabawan, Pulau Mabul, Pejabat Esscom Lahad Datu, Kg Tanduo. |
10 | 2014
Utara Sabah |
Kem Sri Kudat, Kem Kerakit (Pulau Banggi), Pulau Manawali, Pulau Limau-Limau, Pulau Mandi Darah. |
11 | 2015
Selatan Sabah |
Pulau Gaya, Pulau Bohey Dulang, Pulau Matabuan, Pulau Mataking, Pulau Bum Bum, Kem Sri Wangsa. |
12 | 2016
Utara Sabah |
Pulau Pamaguan, Pulau Libaran, Pulau Selingan, Pulau Bakungan Kecil, FOB Tun Azizan. |
13 | 2017
Selatan Sabah |
Pos Singamata Resort, Pulau Sibuan, Pulau Timbun Mata, Pulau Adal, FOB PL Tun Sharifah Rodziah. |
14 | 2018
Utara Sabah |
Pulau Mandi Darah, Pulau Tigabu, Pulau Malawali, Pulau Balambangan, Kapal Bunga Mas 5. |
15 | 2019
Selatan Sabah |
Pulau Manang Pilik, Pulau Siamil, Pulau Omadai, Pulau Bum Bum, Pulau Sebatik. |
16 | 2020
Utara Sabah |
Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19 |
17 | 2021
Selatan Sabah |
Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19 |
BIL | TAHUN | SEKOLAH YANG DILAWATI | KAWASAN |
1 | 2016 | Kolej Vokasional Sandakan
SMK Eloputra SMK Merpati |
Sandakan |
2 | 2017 | Kolej Tingkatan 6
SMK Tawau MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens |
Tawau |
3 | 2018 | SMK Abdul Rahim
SMK Abdul Rahim II |
Kudat |
4 | 2019 | SMK Jalan Apas
SMK Titingan |
Tawau |
BIL | TAHUN | HOSPITAL YANG DIKUNJUNGI | JENIS SUMBANGAN |
1 | 2017 | Hospital Tawau | Incubator, Electronic Balances Operation, Otoacoustic Emission, AABR. |
2 | 2018 | Hospital Kudat | Mobile Donor B.E., Vital Sign Monitor, Multi Parameter Patient Monitor, Syringe Pump, Digital Baby Scale with Height Rod, Multi Parameter Patient Monitor & Inch, Jewett Braces & Lumber Braces. |
3 | 2019 | Hospital Semporna | LED Phototherapy, Baby Scale, Digital Baby Scale, Digital Column Scale with BMI Function, Pico Smokerlyzer, Multi Parameter Patient Monitor, Suction Unit. |
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang sentiasa berfikiran ke hadapan telah menjalinkan kerjasama strategik antara MAIPs dan Majlis Agama Islam di 6 Wilayah Andaman, Thailand. Jalinan ini melibatkan kerjasama dalam beberapa kepentingan bersama seperti Pengajaran Bahasa Melayu, Pengukuhan Tulisan Jawi, Pengurusan Zakat, Isu-isu Nikah Cerai dan Pembangunan Sosio Ekonomi Ummah.
BIL | TAHUN | LOKASI PROGRAM |
1 | 2015 | Krabi |
2 | 2016 | Phuket |
3 | 2017 | Phang Nga Dan Nakhorn Sitammarat |
4 | 2018 | Trang |
5 | 2019 | Ranong |
6 | 2020 | Krabi |
7 | 2021 | Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19 |
8 | 2022 | Phuket |
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis mempamerkan kasih sayang Baginda dengan rakyatnya dengan mengilhamkan Program Titian Kasih. Program ini berkonsepkan sesi penyampaian ceramah kepada semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 di seluruh Negeri Perlis. Slogan utama program ini ialah 'Perlis Hebat Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan'. Antara objektif utama program Titian Kasih ini ialah:
a. Mewujudkan hubungan mesra antara Raja dan Rakyat
b. Menanam sikap setia rakyat kepada Raja.
c. Memupuk semangat cinta terhadap negara dalam kalangan pelajar.
d. Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap isu-isu semasa.
BIL | TAHUN | KAWASAN | BILANGAN PELAJAR |
1 | 2015 | Arau | 3570 |
2 | 2016 | Padang Besar | 3280 |
3 | 2017 | Kangar | 5245 |
4 | 2018 | Arau | 4512 |
5 | 2019 | Padang Besar | 3221 |
6 | 2020 | Kangar | 4779 |
Jumlah | 24607 |
Fokus Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di dalam mentransformasikan 'Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan' telah mengilhamkan bengkel pembinaan jati diri untuk semua pelajar terbaik dan pengawas terpilih seluruh negeri Perlis setiap tahun. Pelbagai aktiviti telah dirangka antaranya ialah Sesi Motivasi Pembelajaran, Program CSR di Rumah-rumah Kebajikan dan juga Sesi Riadah.
BIL | TAHUN | LAWATAN AKADEMIK |
1 | 2010 | Pesta Konvokesyen USM |
2 | 2011 | Rumah Orang Tua Uzur Green Lane, Pulau Pinang |
3 | 2012 | Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang |
4 | 2013 | Rumah Orang Tua Uzur Green Lane, Pulau Pinang |
5 | 2014 | Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang |
6 | 2015 | St. Nicholas Home, Pulau Pinang |
7 | 2016 | Pusat Kanak-Kanak Terencat Akal, Seberang Prai Utara |
8 | 2017 | Rumah Orang Tua Uzur, Green Lane, Pulau Pinang |
9 | 2018 | Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang |
10 | 2019 | Rumah Orang Tua Jubli Perak |
Pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan ditempatkan di Rejimen 504 AW, Kem Bukit Keteri, Perlis dalam meningkatkan jati diri pelajar selama tiga hari dua malam. Ilham yang dicetuskan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ini baru sahaja bermula pada tahun 2019 dan akan menjadi program tahunan.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyahut aspirasi universiti dalam memperkenalkan (MPP) UniMAP di persada antarabangsa sebagai sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia sejajar dengan strategi ‘Keterlihatan Antarabangsa Yang Menyerlah’. Sehubungan dengan itu Baginda mengetuai sendiri delegasi diiringi Naib Canselor dan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP mendedahkan barisan kepimpinan pelajar tentang kepelbagaian budaya masyarakat-masyarakat dunia.
Lawatan Akademi Dan Strategik Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Malaysia
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Komander Rejimen 504 AW juga Penaung DiRaja PALAPES mengetuai delegasi lawatan di dalam meneroka bidang pengurusan, latihan dan modul pentadbiran untuk pasukan simpanan serta sukarela. Lawatan ini turut juga disertai oleh IPTA-IPTA seluruh Malaysia.
P.A.T. daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin - 2010
D.K. daripada Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulliail - 2001
S.P.M.P daripada Raja Perlis, DYMM Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail - 1998
Anugerah Bintang Gagah Berani (B.G.P.) Pertahanan Awam - 2020
Anugerah Tokoh DiRaja Inspirasi Autisme (Bank Rakyat) - 2018
Doktor Kehormat Sains Pengurusan (Universiti Yala Rajabath), Thailand - 2016
Doktor Honoris Causa Pendidikan, La Trobe. University, Bundoora, Melbourne, Australia - 2010
Sayap Kehormat Polis DiRaja Thailand -2015
Insignia Kehormat Polis Diraja Malaysia untuk Skuad Khas Senjata dan Bahan Letupan - 2012
Sayap Polis DiRaja Malaysia - 2010
Special Warfare Command Wing Angkatan Tentera DiRaja Thailand - 2010
Anugerah DiRaja Pengakap Malaysia - 2009
Sayap Penerjunan dan Beret Kehormat (10 Briged Para) Tentera Darat Malaysia - 2004
Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
Komander, Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW), Tentera Darat Malaysia
Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis
Presiden Kelab Golf Putra (KGP) Perlis
Penasihat DiRaja Yayasan Tuanku Fauziah (YTF)
Penaung Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM)
Penaung Persekutuan Besbol Malaysia (MBF)
Penaung Manchester United Supporters Club – (Malaysia Chapter)
Penaung Pertubuhan Jemaah Dato’-Dato’ Perlis
Penaung Pertubuhan Ba’alawi Malaysia
Penaung Persatuan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia
Penaung Persatuan Woodball Perlis (PWPs)
Penaung Smart Reader Kids Islamic (Smart Tadris)
NEGARA YANG DILAWATI | ||
ASEAN | Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei D.S., Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Laos | |
TIMUR / ASIA TENGAH | China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Korea Selatan, Jepun, India, Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Bangladesh, Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan | |
TIMUR TENGAH | Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Jordan, Bahrain, Kuwait, Oman, Palestin | |
OCEANIA | Australia, New Zealand | |
AFRIKA | Afrika Selatan, Mesir, Mauritius, Maghribi, Tunisia, Ethiopia, Namibia, Nigeria | |
AS/AMERIKA TENGAH | Amerika Syarikat, Mexico, Cuba, Republik Dominica | |
AMERIKA SELATAN | Argentina, Brazil, Chile | |
EROPAH | England, Scotland, Ireland, Sweden, Denmark, Norway, Finland, Belanda, Jerman, Belgium, Luxembourg, Leichstentein, Switzerland, Perancis, Monaco, Sepanyol, Portugal, Austria, Republik Czech, Romania, Slovakia, Croatia, Itali, Greece, Russia, Turki, Ukraine, Poland, Cyprus, Bosnia Herzegovina, Georgia, Hungary, Hollysee, Latvia, Estonia, Lithuania |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.