From Wikipedia, the free encyclopedia
Topi polo air merupakan sebuah penutup kepala yang digunakan dalam polo air dan beberapa sukan air yang lain. Topi ini digunakan bagi mengenalpasti pemain dan pasukan mereka; dan juga digunakan untuk melindungi telinga mereka dari sebarang kecederaan yang mungkin disebabkan bola yang mengenai kepala.
Topi dibezakan menerusi nombor yang tertera pada topi selain warna. Pemain dari pasukan pelawat akan memakai topi berwarna putih, manakala pasukan tuan rumah akan memakai topi berwarna biru. Penjaga golo pula akan memakai topi separa merah dengan tertera nombor "1", manakala penjaga gol gantian pula akan memakai samaada nombor "1-A" untuk perlawanan NCAA atau "13" untuk perlawanan antarabangsa FINA.[1]
Dalam bola sepak air, hoki air dan ragbi air, topi polo air dipakai oleh mereka yang bertanding untuk mengenalpasti pasukan yang mereka wakili dan untuk memberi perlindungan kepada individu dari sebarang kecederaan kepada gegendang telinga.[2][3][4][5] Pasukan yang bertanding dalam hoki air atau ragbi air perlu memilih salah satu warna iaitu samaada putih atau gelap (contoh, biru atau hitam), manakala pengadil pula memakai topi berwarna merah.[6][7] Topi juga digunakan dalam Akuatlon (gusti air) untuk tujuan pengecaman; seorang pesaing memakai samaada merah atau biru, manakala seorang lagi memakai putih atau kuning.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.