![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/67/Mathieu_Joseph_Bonaventure_Orfila.jpg/640px-Mathieu_Joseph_Bonaventure_Orfila.jpg&w=640&q=50)
Toksikologi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Toksikologi (dari Yunani τοξικός - toxicos, "beracun" dan logos) merupakan cabang biologi, kimia dan perubatan yang mengkaji kesan sampingan kimia terhadap organisma.[1] Toksikologi merupakan kajian simptom, mekanisma, rawatan dan pengesanan keracunan terutamanya terhadap manusia.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/67/Mathieu_Joseph_Bonaventure_Orfila.jpg/640px-Mathieu_Joseph_Bonaventure_Orfila.jpg)
Dioscorides, yang merupakan seorang pengamal perubatan Yunani pada zaman empayar Rom Nero, telah melakukan percubaan pertama dalam mengklasifikasikan tumbuhan berdasarkan kesan toksik dan terapeutik.[2] Ibn Wahshiya telah menulis buku bertajuk Buku tentang Racun pada abad ke-9 atau 10.[3]
Mathieu Orfila diiktiraf sebagai bapa pemodenan toksikologi, setelah memberi rawatan formal pertama kepada pesakitnya pada 1831 dalam Traité des poisons, atau juga dikenali sebagai Toxicologie générale.[4]
Pada 1850, Jean Stas memberi keterangan bahawa Count Belgium Hippolyte Visart de Bocarmé telah membunuh saudaranya dengan meracuninya dengan nikotin[5]