From Wikipedia, the free encyclopedia
Titanium dioksida atau titanium(IV) dioksida serta titania merupakan sebuah sebatian kimia oksida titanium semula jadi dengan formula kimia TiO2. Titanium dioksida biasanya digunakan sebagai pigmen dengan nama titanium white ("putih titanium"). Selain itu, sebatian ini digunakan dalam cat, pelindung cahaya matahari dan pewarna makanan dengan kod nombor E E171.
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
Titanium dioksida Titanium(IV) oksida | |
Nama lain
Titania | |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol |
|
ChEBI | |
ChEMBL | |
ChemSpider | |
ECHA InfoCard | 100.033.327 |
Nombor E | E171 (pewarna) |
KEGG | |
PubChem CID |
|
Nombor RTECS |
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA) |
|
| |
| |
Sifat | |
TiO2 | |
Jisim molar | 79.866 g/mol |
Rupa bentuk | Pepejal putih |
Bau | Tidak berbau |
Ketumpatan |
|
Takat lebur | 1,843 °C (3,349 °F; 2,116 K) |
Takat didih | 2,972 °C (5,382 °F; 3,245 K) |
Tidak dapat larut | |
Luang jalur | 3.05 eV (rutil)[1] |
+5.9·10−6 cm3/mol | |
Indeks biasan (nD) |
|
Termokimia | |
Entropi molar piawai S |
50 J·mol−1·K−1[2] |
Entalpi pembentukan piawai (ΔfH⦵298) |
−945 kJ·mol−1[2] |
Bahaya | |
MSDS | ICSC 0338 |
Pengelasan EU | {{{value}}} |
NFPA 704 (berlian api) | |
Takat kilat | Tidak mudah terbakar |
NIOSH (Had pendedahan kesihatan AS): | |
PEL (Dibenarkan) |
TWA 15 mg/m3[3] |
REL (Disyorkan) |
Ca[3] |
IDLH (Bahaya serta-merta) |
Ca [5000 mg/m3][3] |
Sebatian berkaitan | |
Kation lain |
Zirkonium dioksida Hafnium dioksida |
Oksida titanium lain berkaitan |
Titanium(II) oksida Titanium(III) oksida Titanium(III,IV) oksida |
Sebatian berkaitan |
Asid titanik |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Secara umumnya, titanium dioksida boleh dijumpai dalam bentuk mineral rutil, anatase dan brukit. Penghasilan titanium dioksida global melebihi 9 juta tan pada 2014.[4][5] Kawasan-kawasan pengguna titanium dioksida utama termasuk Eropah (1.72 juta tan), China (1.42 juta tan) dan Amerika Utara (0.89 juta tan).[6]
Di makmal, titanium dioksida boleh dihasilkan melalui hidrolisis sebatian-sebatian titanium(IV) seperti titanil sulfat, TiO(SO4) dan titanium tetraklorida, TiCl4 seperti di bawah:
Titanium dioksida tulen boleh diperoleh sekiranya TiCl4 yang tulen digunakan dalam hidrolisis.[7]
Dalam industri pula, titanium dioksida biasanya diperoleh daripada ilmenit dan rutil. Bagi ilmenit, proses sulfat atau proses klorida digunakan untuk mengekstrak sebatian daripada mineral manakala pemerolehan daripada rutil lebih lazim menggunakan proses klorida. Kedua-dua proses membawa kepada hablur TiO2 dalam bentuk rutil, tetapi bentuk anatase boleh diperoleh melalui sedikit penyesuaian terhadap proses sulfat. Proses sulfat dilaksanakan sebagai proses kelompok manakala proses klorida ialah proses selanjar.[8]
Titanium dioksida paling lazim digunakan dalam cat dan varnis serta bahan-bahan kertas dan plastik, dengan jumlah penggunaan mencapai kira-kira 80%. Kegunaan-kegunaan lain termasuk kegunaan kosmetik dan makanan, serta perkara-perkara industri seperti penghasilan titanium tulen, mangkin, dan seramik.
Sebatian ini biasanya digunakan sebagai pigmen bagi warna putih disebabkan oleh kecerahan dan indeks biasan sebatian yang tinggi. Kira-kira 4.6 juta tan TiO2 pigmen digunakan setiap tahun di seluruh dunia dengan ramalan peningkatan penggunaan saban tahun tatkala permintaan terhadap TiO2 kian meningkat.[9]
Titanium dioksida menunjukkan tindak-tindak balas yang ganas dengan kehadiran logam lebur elektropositif.[10] Habuk-habuk sebatian ini dikelaskan sebagai karsinogen (penyebab kanser) yang mungkin terhadap badan manusia.[11] Perancis pada Mac 2019 mengeluarkan perintah untuk mengharamkan sebatian ini digunakan dalam bahan-bahan makanan serta sebarang bahan ditelan mulai 2020 disebabkan oleh kebimbangan ini.[12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.