TikTok
aplikasi video / From Wikipedia, the free encyclopedia
TikTok ialah perkhidmatan rangkaian media sosial milik ByteDance mengkhusus kepada perkongsian video pendek mencakupi tarian, nyanyian segerak bibir, komedi, dan bakat[4] dalam durasi sesingkat 3 saat sehingga ke 10 minit.[5] Aplikasi ini mempunyai versi khusus yang digunakan di Republik Rakyat China bernama Douyin[6] (Cina ringkas: 抖音code: zh is deprecated ; pinyin: Dǒuyīn) dengan pelayan berasingan di negara tersebut untuk mematuhi sekatan penapisan China.[7] Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China.
TikTok | |
---|---|
![]() | |
Pembangun | ByteDance |
Pelancaran pertama | September 2016; 7 tahun yang lalu (2016-09) |
Versi terkini/stabil | 15.0.4 (1 Mac 2020) |
Sistem pengendalian | iOS, Android |
Saiz | 308.3 MB (iOS)[1]
55.21 MB (Android)[2] |
Tersedia dalam | bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dilayan berasingan[lower-alpha 1][3] |
Senarai bahasa bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dilayan berasingan | |
Jenis | Perkhidmatan rangkaian sosial, Platform video dalam talian, komuniti dalam talian, very large online platform, perniagaan |
Genre | Perkongsian video |
Lesen | Perisian hak milik with Syarat Penggunaan |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | tiktok.com |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Aplikasi ini popular di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia.[8] TikTok ialah aplikasi yang paling dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, aplikasi China pertama untuk mencapai matlamat ini.[9][10] Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75 bahasa. Pada Februari 2019, TikTok dan Douyin bersama meraih satu bilion muat turun secara global tidak termasuk pemasangan Android di China.[11] Pada tahun 2019, TikTok diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh yang paling dimuat turun pada dekad 2010-an, iaitu dari tahun 2010 hingga 2019.[12]