Android (sistem pengendalian)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Android adalah sistem pengendalian ataupun sistem operasi yang menjalankan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan komputer riba. Ia dibangunkan berdasarkan sistem-sistem perisian Linux dan GNU oleh Android Inc., perkembangan sistem ini dilanjutkan firma Google yang membeli syarikat ini. Google turut membentuk suatu konsortium Open Handset Alliance daripada 34 syarikat telekomunikasi termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.[perlu rujukan]
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Tangkaplayar | |
Pembangun | Pelbagai (kebanyakan Google dan Open Handset Alliance) |
---|---|
Ditulis dalam | Java (UI), C (isi), C++ dan sebagainya[1] |
Keluarga OS | Ala UNIX (Inti Linux yang diubahsuai) |
Keadaan | Semasa |
Model sumber | Sumber terbuka (kebanyakan peranti termasuk komponen hak milik, seperti Google Play) |
Keluaran asal | 23 September 2008; 15 tahun yang lalu (2008-09-23)[2] |
Keluaran terbaru | Android 11 8 September 2020; 7 bulan lalu Android 10 / 3 September 2019; 4 tahun yang lalu (2019-09-03)[3] |
Pralihat terkini | Android 10 |
Repositori | |
Sasaran pemasaran | Telefon pintar, Komputer tablet, TV pintar (Android TV), Android Auto dan jam pintar(Wear OS) |
Tersedia dalam | 100+ bahasa[4] |
Kaedah kemaskini | Over-the-air |
Pengurus bungkusan | berasaskan APK |
Pelantar | 32-bit dan 64-bit ARM, x86 dan x86-64 |
Jenis Inti | Inti Linux |
Ranah pengguna | Bionic libc,[5] mksh shell,[6] Toybox sebagai utiliti teras (bermula dari Android 6.0)[7] [8] |
Antaramuka pengguna terasal | Grafik (multi-sentuh) |
Lesen |
|
Laman rasmi | www |
Rencana dalam siri | |
Android version history |
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Ia mempunyai 2 bilion pengguna aktif secara bulanan Setakat Mei 2017[kemas kini]. Pembekal tunggalnya, Google Play menawarkan lebih 3 juta aplikasi mudah alih setakat Ogos 2020[kemas kini].[10]
Versi stabil terkini sistem ini,ialah Android 11, yang dilancarkan pada 8 September 2020.