From Wikipedia, the free encyclopedia
The Social Network adalah sebuah filem drama sejarah 2010 arahan David Fincher. Filem ini mengisahkan pencetusan dan pembentukan idea Facebook, sebuah laman perkhidmatan rangkaian sosial didasarkan buku The Accidental Billionaires dikaryakan Ben Mezrich tahun 2009. Filem ini diedarkan se-Amerika Syarikat oleh Columbia Pictures pada 1 Oktober bulan sama.
The Social Network | |
---|---|
Fail:Social network film poster.jpg | |
Pengarah | David Fincher |
Lakon layar | Aaron Sorkin |
Berdasarkan | The Accidental Billionaires oleh Ben Mezrich |
Dihasilkan oleh | Scott Rudin Dana Brunetti Michael De Luca Ceán Chaffin Kevin Spacey |
Dibintangi | Jesse Eisenberg Andrew Garfield Justin Timberlake Armie Hammer Max Minghella Brenda Song Rashida Jones Rooney Mara |
Sinematografi | Jeff Cronenweth |
Disunting oleh | Kirk Baxter Angus Wall |
Muzik oleh | Trent Reznor Atticus Ross |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Columbia Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 121 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $40 juta[2] |
Pecah panggung | $96,962,694 (dalam negara) $127,957,621 (luar negara) $224,920,315 (jumlah)[2] |
Filem dicalonkan sebanyak lapan kali dalam acara Anugerah Akademi ke-83 di mana ia memenangi kategori Lakon Layar Adaptasi, Suntingan Filem dan Skor Muzik Asal Terbaik. Ia turut memenangi kategori-kategori Filem Terbaik – Drama, Lakon Layar, Skor Muzik dan Pengarah Filem Terbaik dalam acara Anugerah Golden Globe ke-68.
Filem ini mendapat penerimaan positif secara keseluruhannya dari para kritikus. Rotten Tomatoes menghimpunkan 298 ulasan diberikan kepada filem ini dengan rating sebanyak 96% atau rata-rata 9/10,[7] Metacritic pula meraih skor 95 daripada 100 berdasarkan 42 ulasan kritik lalu memutuskan "pengakuan universal".[8] CinemaScore menggredkan filem ini "B+" berdasarkan pandangan awam penonton film yang menggred antara skala A+ hingga F.[9]
Filem ini meraih $96,962,694 di Amerika Utara dan $127,957,621 di negara lain. Total pendapatan yang dihasilkan oleh film ini mencapai $224,920,315, melebihi anggaran produksi filem $40 juta.[10] Ia meraih $22,445.653, menempati kedudukan teratas di box office pada hujjung minggu pertama.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.