From Wikipedia, the free encyclopedia
Mark Elliot Zuckerberg (lahir 14 Mei 1984) merupakan usahawan teknologi dan dermawan Amerika Syarikat.[2][3] Beliau terkenal sebagai pengasas Facebook, sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya.
Mark Zuckerberg | |
---|---|
Kelahiran | Mark Elliot Zuckerberg 14 Mei 1984 |
Pekerjaan | Usahawan teknologi, dermawan, hartawan media |
Tahun aktif | 2004–kini |
Terkenal kerana | Pengasas bersama Facebook |
Kampung asal | Dobbs Ferry, New York, A.S. |
Nilai bersih | ▲AS $111.4 bilion[1] (April 2021) |
Ketinggian | 171 cm (5 ka 7 in) |
Pasangan | Priscilla Chan (k. 2012) |
Anak-anak | 2 |
Saudara | Randi Zuckerberg (kakak) Donna Zuckerberg (adik) |
Laman web rasmi | facebook |
Tandatangan | |
Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di White Plains, New York[4] kepada pasangan Karen, seorang ahli psikiatri, dan Edward Zuckerberg, seorang doktor gigi. Beliau bersama tiga adik-beradik perempuannya, Randi, Donna, dan Arielle,[5] dibesarkan di Dobbs Ferry, New York.[5] Zuckerberg dibesarkan sebagai seorang Yahudi dan mengikuti bar mitzvah ketika menginjak usia 13 tahun,[6][7] meskipun mengaku dirinya sebagai seorang ateis.[7][8]
Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California ditubuhkan pada 2004. Facebook mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.
Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.
Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.