From Wikipedia, the free encyclopedia
The Jerusalem Post (Melayu: Akhbar Baitulmaqdis ) ialah surat khabar helaian lebar yang diasaskan pada tahun 1932 di Palestin Bermandat oleh Gershon Agron, dimana ketika itu akhbar tersebut dikenali sebagai The Palestine Post. Pada tahun 1950, surat khabar itu menukar namanya kepada yang sekarang. Akhbar ini kemudiannya dibeli oleh Mirkaei Tikshoret, sebuah firma pelbagai media yang dikawal oleh pelabur Eli Azur pada tahun 2004. The Jerusalem Post diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan sebelum ini turut dicetak dalam edisi bahasa Perancis.
Jenis | Surat khabar |
---|---|
Format | Helaian lebar |
Diasaskan | 1 Disember 1932 (sebagai The Palestine Post) |
Pemihakan politik | Tengah ke konservatif[1][2] |
Bahasa | Inggeris |
Ibu pejabat | Baitulmaqdis |
Akhbar saudara | Jerusalem Post Lite |
Pemilik | The Jerusalem Post Group |
Pengarang | Yaakov Katz |
ISSN | 0021-597X |
Laman sesawang | jpost |
Dahulunya dianggap sebagai penyokong sayap kiri, The Jerusalem Post mengalamai perubahan kepada sayap kanan pada lewat 1980-an.[3] Sejak 2004, penyunting David Horovitz mengalihkannya ke haluan tengah dan seterusnya pada 2011, Steve Linde berikrar untuk menyediakan liputan yang seimbang dengan pandangan daripada pelbagai spektrum siasah.[4][5] Pada April 2016, Linde meletak jawatan sebagai ketua penyunting akhbar dan digantikan oleh Yaakov Katz,[6] bekas wartawan tentera untuk akhbar yang sebelumnya berkhidmat sebagai penasihat kepada Perdana Menteri, Naftali Bennett.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.