From Wikipedia, the free encyclopedia
The Amazing Race Asia 2 merupakan musim kedua daripada rancangan reality The Amazing Race Asia. Rancangan ini memaparkan sepuluh pasukan yang terdiri daripada 2 orang peserta yang saling berhubungan, dalam perlumbaan keliling dunia untuk memenangi AS$100,000.
The Amazing Race Asia 2 | |
Tayangan | 22 November 2007 – 14 Februari 2008 |
---|---|
Penggambaran | Julai 2007[1] – |
Bilangan episod | 13 |
Pasukan menang | Collin & Adrian |
Benua dilawati | 4 |
Negara dilawati | 10 |
Bandar dilawati | 20 |
Jarak perjalanan | 51,534 kilometer (32,023 batu) |
Bilangan pusingan | 12 |
Kronologi musim | |
Sebelum | The Amazing Race Asia 1 |
Kemudian | The Amazing Race Asia 3 |
Permohonan terakhir diterima pada 13 April 2007 (dua minggu selepas tarikh tutup yang asal). Bagi musim ini, penduduk Jepun turut dibuka peluangnya selepas tidak berpeluang menyertainya dalam Musim 1. Temubual terakhir dijalankan lebih kurang pada April atau Mei 2007. Penggambaran diambil pada Jun atau Julai 2007.[2][3]
Sekali lagi, Allan Wu mengacarakan perlumbaan ini. Dia juga memberi ulasan yang perlumbaan kali ini akan pergi "sangat jauh buat kali ini", dan lebih banyak peluang untuk peserta memandu sendiri. Dia juga mengatakan yang tidak semua peserta akan berada dalam penerbangan yang sama dan juga beberapa peraturan baru dikenakan.[4]
Dari temubual Channel NewsAsia pada 1 Oktober 2007, Allan mengatakan yang pasukan kali mempunyai banyak perbezaan masa daftar masuk ke Perhentian dan juag peserta sangat berdaya saing serta berdedikasi hinggakan sanggup berbuat sesuatu yang drastik untuk mara.
Musim kali ini pertama kali ditayangkan pada 22 November 2007 pukul 9 malam waktu Malaysia.
Pasukan berikut menyertai Perlumbaan kali ini, dengan hubungan antara ahli pasukan ketika penggambaran.[5] Kedudukan mereka disenaraikan seperti berikut:
Pasukan | Hubungan | Kedudukan (melalui pusingan) | Sekatan yang dilakukan | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 53 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | |||
Adrian & Collin | Rakan Gim | 7 | 5 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2+ | 1 | 1 | 2 | 1 | Adrian 6, Collin 6 |
Vanessa & Pamela | Adik Beradik | 1 | 4 | 7 | 6 | 4 | 3 | 5 | 4^ | 3 | 3 | 3 | 2 | Vanessa 6, Pamela 6 |
Rovilson & Marc | Rakan Baik | 2 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1+ | 2 | 2> | 1 | 3 | Rovilson 6, Marc 6 |
Ann & Diane | Ibu Penari | 3 | 3 | 3 | 4 | 6 | 4 | 3 | 3^ | 4 | 4< | 4 | Ann 6, Diane 5 | |
Paula & Natasha | Rakan Lama | 6 | 2 | 4 | 3 | 5 | 5 | 4 | 5~ | 5 | 5 | Paula 5, Natasha 5 | ||
Terri & Henry | Berkahwin 13 Tahun | 9 | 9 | 5 | 7 | 3>4 | 6 | 6 | 6~ | Terri 3, Henry 5 | ||||
Daichi & Sawaka | Adik Beradik | 8 | 8 | 6 | 5 | 7 | Daichi 3, Sawaka 2 | |||||||
Sophie & Aurelia | Bekas Teman Serumah | 5 | 7 | 8 | 82 | Sophie 1, Aurelia 12 | ||||||||
Brett & Kinaryosih | Berpacaran Dua Tahun | 4 | 6 | 91 | Brett 1, Kinaryosih 1 | |||||||||
Edwin & Monica | Berpacaran 10 Tahun | 10 | 10 | Edwin 1, Monica 0 |
Nota 1: Brett dan Kinaryosih tidak mampu menamatkan Lencongan, memandangkan mereka tiba selepas waktu operasi. Semua pasukan lain telah mendaftar masuk, maka mereka diberitahu untuk terus ke Perhentian lalu disingkirkan daripada perlumbaan.
Nota 2: Sophie dan Aurelia tidak dapat melakukan Sekatan dalam Pusingan 5, memandangkan mereka tiba di Okere Falls selepas waktu operasi dan terlalu jauh ketinggalan lalu Allan Wu tiba di lokasi mereka dan mereka disingkirkan sebelum memulakan tugasan tersebut.
Nota 3: Pusingan 5 merupakan pusingan berganda dan ditayangkan dalam dua episod.
Nota 4: Terri & Henry menggunakan Tangguh kepada Rovilson & Marc tetapi mereka telah lama melepasi kawasan itu lalu gagal untuk menerima penangguhan itu.
Berikut merupakan hadiah bagi pasukan yang menduduki tempat pertama dalam pusingan tertentu:
Lencongan buat kali ini ialah "Dare or Stair" (Keberanian atau Tangga). Dalam Keberanian, pasukan perlu mengambil lif ke puncak Menara Suntec 3 setinggi 45 tingkat dan menggunakana sistem tali dan takal, mereka perlu bergerak ke bangunan bersebelahan dalam keadaan tergantung setinggi 181m di atas tanah. Dalam Tangga, pasukan perlu memanjat tangga setinggi 45 tingkat ke puncak Menara 3, turun dan melakukan perkara yang sama di Menara 4 untuk menerima petunjuk yang seterusnya.
Dalam Sekatan pertama bagi perlumbaan kali ini, salah seorang ahli pasukan perlu memilih kerbau dan kemudian mengarahnya sekitar sawah berlumpur membuat angka 8. Laluan mereka ditandakan dan pasukan perlu membawa kerbau pusing dan kembali ke tempat asal dalam arah yang betul untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Pasukan juga perlu diajar arahan kepada kerbau sebelum melakukannya untuk membantu mengawal kerbau itu. Jika pasukan memerlukan bantuan, mereka boleh memintanya tetapi mereka perlu kembali ke tempat asal. Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara "Heel or Wheel" (Tumit atau Roda). Dalam Tumit, pasukan perlu 250 pasang kasut dari sebuah longgokan yang bercampur-aduk. Dalam Roda, pasukan perlu mengumpul dan memasang peralatan basikal daripada peralatan dan yang disediakan.
Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli pasukan perlu melakukan terjunan lelabah setinggi 40 meter dari atas Auckland Harbour Bridge. Dalam Lencongan pula, pasukan perlu memilih antara dua sukan; "Wall or Waka" (Tembok atau Waka). Dalam Tembo, pasukan perlu menuju ke Birkenhead War Memorial Leisure Centre iaitu setiap pasukan perlu memanjat tembok batu untuk mendapatkan bendera satu setiap seorang. Kemudian, salah satu ahli perlu memanjat lagi untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Dalam Waka, pasukan perlu menujuk ke Tasik Pupuke dan menadyung perahu tradisional waka sekitar tasik untuk mengutip tiga bendera dan kembali untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.
Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli mesti memasuki kolam mandian lumpur Hell's Gate yang mengandungi sulfur berbau dan pada suhu 40°C. Apabila di dalam, pasukan perlu mencari batang paip untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya. Dalam Lencongan pula, pasukan perlu memilih "Flax or Sticks" (Flaks atau Kayu). Dalam Flaks, pasukan perlu menganyam cekak tradisional Māori yang dipanggil tipare daripada daun flaks dan meminta pengesahan daripada penunjuk ajar sebelum menerima petunjuk yang seterusnya. Dalam Kayu pula, pasukan perlu memahirkan diri dalam permainan kayu tradisional Māori yang dipanggil titi torea iaitu ahli pasukan perlu menghantar kayu berukir kepada yang lain dalam rentak tertentu. Sekiranya pasukan terjatuhkan batang kayu, mereka perlu melakukan semula.
Tugasan Tambahan;
Dalam Lencongan pertama pusingan ini, pasukan perlu memilih "Catch It or Cart It" (Tangkap atau Bawa). Dalam Tangkap, pasukan perlu menangkap 40 ekor ikan emas dengan menggunakan penangguk yang dibuat dari kertas nasi yang sangat mudah hancur dalam air. Bagi Bawa, pasukan perlu mengesan kedai dobi dan mengambil yukata yang perlu disampaikan kepada alamat tertentu. Halangan yang pertama, salah seorang ahli pasukan perlu menyusuk kotak ais yang mengandungi suku kata. Jawapan yang betul akan memberikan salah satu nama bandar terbesar Jepun. Apabila ahli pasukan itu berjaya mendapatkan jawapannya, dia akan diberikan petunjuk seterusnya.
Dalam Lencongan Kedua, pasukan perlu memilih antara "Slither or Deliver" (Menyelinap atau Menghantar). Dalam Menyelinap, pasukan perlu ke Pasar Ikan Jugalchi dan mereka perlu mencari tangki ikan yang mengandungi sotong kurita. Setiap pasukan perlu mendapatkan syiling Korea yang berusia 100 tahun di dasar tangki itu untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Dalam Menghantar, pasukan perlu menghantar enam hidangan ke tiga alamat yang berbeza dan terdapat alamat bagi lokasi yang mengelirukan. Dalam Halangan kedua, pasukan perlu ke Taman Yongdusan dan mencari seorang penjaga pagar. Pasukan perlu menggunakan anak kunci yang diberi secara rawak dan membuka salah satu mangga yang ada sebelum penjaga itu menyerahkan petunjuk seterusnya. Pasukan perlu meneruskan semula jika mereka mematahkan anak kunci.
Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli pasukan perlu melihat 1,500 penutup tempayan yang mengandungi kacang soya yang diperam untuk mencari petunjuk mereka yang terletak di antara penutup-penutup itu. Salah satu penutup mengandungi petunjuk tambahan dengan bonus AS$ 50 daripada Standard Chartered, yang dimenangi Adrian dan Collin. Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara "Too Ho or Too Heavy" (Terlalu Ho atau Terlalu Berat). Dalam Terlalu Ho, pasukan perlu memainkan permainan tradisiona Korea iaitu mereka perlu membaling tiga batang buluh ke dalam silinder yang terletak sejauh 4.5 m (15 kaki). Dalam Terlalu Berat, pasukan perlu menghantar 30 batang kayu api dengan menggunakan kaedah tradisional kepada seorang wanita yang berada di suatu tempat di dalam perkampungan itu sebelum menerima petunjuk seterusnya.
Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli perlu memakai sut besi penuh satria dan berjalan untuk mencari "gadis yang ditimpa masalah", yang berdiri di berandah menghadap Prince's Hotel. Apabila menemuinya, mereka perlu mengikat kunci kepada seutas tali yang akan ditukarkan dengan petunjuk seterusnya. Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara Bow or Blow (Panah atau Tiup). Dalam Panah, setiap ahli pasukan perlu memanah ke sasaran berwarna merah kuning dengan anak panah tradisional. Dalam Tiup, pasukan perlu ke Rückl Crystal dan menggunakan peralatan untuk membuat rekaan bintang pada dasar sebilangan gelas.
Dalam Lencongan kali ini, pasukan yang bergabung perlu memilih antara Snap or Roll (Bergambar atau Mengguling). Dalam Bergambar, pasukan perlu mengambil gambar tiga monumen bersejarah di Prague dan menghantar gambar tersebut sebagai bukti sebelum menerima petunjuk seterusnya. Dalam Mengguling, pasukan perlu mengenalpasti kedai bir dan mengambil dua buah tong bir berisi 50 liter (13 gelen) dan menggulingkannya ke Admiral Botel. Dalam Sekatan, pasukan perlu memanjat papan anjal setinggi 10 m dan terjun ke dalam kolam renang untuk menerima petunjuk seterusnya.
Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara Pitch or Pull (Campak atau Tarik). Dalam Campak, pasukan perlu memasukkan selonggok jerami ke dalam pedati keldai dan menunggangnya dengan pacuan pedati oleh penduduk tempatan ke ladang berdekatan. Dalam Tarik, pasukan perlu mengambil susu kambing sebanyak 200ml (7 oz). Kemudian, mereka perlu memasukkan kambing ke dalam kandang dan menguncinya sebelum menerima petunjuk seterusnya. Dalam Sekatan pula, salah seorang ahli perlu melakukan beberapa pusingan flying fox sambil menambah nombor yang tercatat di setiap menara yang jumlahnya ialah 1,000. Ahli pasukan yang tidak mendapat jawapan yang betul perlu melakukan semula tugasan dan jika pasukan lain sedang menunggu, ahli tersebut perlu beratur dan menunggu giliran sehingga pasukan tersebut habis melakukannya.
Dalam Mara kali ini, pasukan perlu mengira palang pagar pada Jambatan Erzsébet dan dengan bilangan tersebut, ia digunakan untuk membuka peti keselamatan dengan 4 digit tersebut dan pasukan pertama yang dapat membukanya akan dapat anugerah Mara. Dalam Sekatan kali ini, salah seorang ahli pasukan perlu membawa tanglung dan mencari di dalam terowong gelap yang mengelirukan di istana Buda untuk mencari beberapa buah peti. Walau bagaimanapun, hanya satu sahaja peti yang mengandungi petunjuk seterusnya. Dalam Lencongan kali ini, pasukan perlu memilih antara "Say It or Play It" (Sebut atau Main). Dalam Sebut, pasukan perlu menyebut dengan betul (dalam loghat tempatan) nama-nama 14 pemimpin Hungary, satu cabaran yang membelitkan lidah. Dalam Main, pasukan perlu menyelesaikan Kiub Rubik (salah satu ciptaan Hungary) tetapi telah diberikan pilihan untuk menyelesaikan sisi demi sisi (mendapatkan satu warna yang sama bagi satu sisi) bagi semua keenam-enam sisi, berselang-seli bagi ahli pasukan.
Dalam Sekatan kali ini, salah satu ahli pasukan perlu menghabiskan lapan pusingan sekitar litar lumba Killarney dengan kereta lumba dengan 450 kuasa kuda. Selepas empat pusingan, mereka perlu memasuki kawasan hentian bagi pemeriksaan. Jika pasukan ahli pasukan dapat melakukannya dalam masa tujuh minit, dia boleh keluar dengan segera dan menghabiskan tugasan; jika tidak, denda selama lima minit dikenakan. Dalam Lencongan pula, pasukan perlu memilih "In One End or Out The Other" (Satu Hujung atau Hujung Lagi Satu). Untuk Satu Hujung, pasukan perlu menyediakan 100 kg (220 lbs) makanan dan menyuapkannya kepada gajah. Hanya selepas gajah habis menjamahnya, barulah mereka memperoleh petunjuk seterusnya. Dalam Hujung Lagi Satu, pasukan perlu membersihkan najis gajah ke kawasan bertanda dengan peralatan yang disediakan.
Dalam Lencongan terakhir, peserta perlu memilih antara "Search or Assemble" (Cari atau Gabung). Dalam Cari, pasukan perlu ke Petak Kikis untuk mencari tiga batu yang berwarna kuning dengan titik merah yang berada antara ribuan batu galian. Mereka akan menukarkan tiga batu tersebut dengan petunjuk seterusnya. Bagi Gabung, pasukan perlu memerhatikan satu contoh pemasangan radio. Apabila pasukan berjaya menyiapkannya dengan peralatan yang disediakan, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya. Bagi Sekatan terakhir pula, salah satu ahli pasukan perlu mengambil bendera 10 negara berbeza yang dilawati mereka dalam Perlumbaan kali ini dan menyusunnya dalam susunan yang betul untuk mendapatkan petunjuk yang menyatakan garisan penamat.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.