![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/ff/NSK_Trade_City_Arena_Bintang%252C_Subang_Impian_%2528221002%2529_7.jpg/640px-NSK_Trade_City_Arena_Bintang%252C_Subang_Impian_%2528221002%2529_7.jpg&w=640&q=50)
Terung
From Wikipedia, the free encyclopedia
Terung (Jawi: تروڠcode: ms is deprecated ) ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum melongena.
Terung | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | S. melongena |
Nama binomial | |
Solanum melongena | |
Sinonim | |
Solanum ovigerum Dunal |
Pokok terung ialah pokok saka yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. Ia bertumbuh sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.
Dari segi botani, terung yang dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji yang kecil dan lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina. Ini tidaklah hairan kerana terung ialah saudara rapat tembakau.