baka anjing dari Scotland From Wikipedia, the free encyclopedia
Terier sukan Lucas[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis terier. Baka ini dinamai sempena Jocelyn Lucas.
Negara asal | Scotland |
---|---|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Ia merupakan terier pekerja bertungkai pendek yang mesti kecil dan berdada cukup sempit untuk memasuki tanah apabila perlu. Ia kira-kira setinggi 12 inci (30 cm) pada paras kelasa dan kira-kira seberat 15 paun (6.8 kg). Lapis bulu berjumbai kasar berwarna putih dengan tompok-tompok gelap, atau pelbagai kombinasi perang, hitam dan sawo matang, atau grizzle dan sawo matang.
Terier sukan Lucas dikembangkan di Scotland (mula-mula di Mey, Caithness dan kemudian di Abington, South Lanarkshire) daripada terier Lucas, terier Jack Russell, dan pelbagai fell terrier oleh Brian Plummer pada tahun 1990-an, dalam usaha untuk mewujudkan terier pekerja bagus.[perlu rujukan] Pada tahun 1999, Lucas Terrier Club menyahsenaraikan semua anjing milik Brian Plummer kerana mereka "tidak ingin agar suntikan jenis terier lain dimasukkan ke dalam susur galur mereka".[1] Kelab-kelab baka kemudian didirikan untuk anjing Plummer yang kemudian menjadi terier sukan Lucas, walaupun pada hakikatnya hubungan dengan terier Lucas asli adalah kecil.[perlu rujukan]
Terier Lucas diwujudkan oleh Mejar Jocelyn Lucas pada akhir 1940-an dalam usaha untuk membiakbakakan terier Sealyham yang mampu memasuki tanah, daripada terier Sealyham dan terier Norfolk. Dengan lebih daripada 500 individu di United Kingdom, ia terutamanya merupakan anjing peliharaan di negara itu.[2] Walau bagaimanapun, di Amerika Syarikat, terdapat usaha bersepadu untuk mengembalikan terier Lucas kepada anjing kecil, seperti sifat pekerja aslinya, dan ia semakin banyak terdapat dalam ujian sukan.[perlu rujukan]
Satu lagi baka terier yang dikembangkan oleh Brian Plummer ialah terier Plummer.[3] Ia adalah serupa, tetapi bulterier juga digunakan, dan anjing itu memperoleh reputasi kerana sifat suka bergaduh.[perlu rujukan]
Antara kelab kenel utama di dunia berbahasa Inggeris, hanya United Kennel Club (Amerika Syarikat) yang mengiktiraf terier sukan Lucas, dalam Kumpulan Terier.[4] Ia juga mungkin diiktiraf oleh mana-mana kelab anjing khusus, kelab sukan anjing, pejabat pendaftaran kecil, dan perniagaan pendaftaran baka berdasarkan Internet.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.