baka anjing dari England From Wikipedia, the free encyclopedia
Terier rubah licin atau fox terrier licin[lower-alpha 1] ialah satu baka anjing, salah satu daripada banyak baka terier. Ia merupakan baka pertama dalam keluarga terier rubah (fox terrier) yang diberi pengiktirafan rasmi oleh The Kennel Club (sekitar tahun 1875; piawaian baka tahun 1876). Ia sangat terkenal, dan sungguhpun bukan baka sangat popular kini di luar lingkurang perburuan dan pertunjukan, ia sangat ketara kerana bilangan besar terier yang dipercayai diturunkan daripada baka ini.
Nama lain | Fox terrier licin Terier rubah Fox terrier | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Foxie SFT | |||||||
Negara asal | England | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perkembangan terier rubah licin sebagai baka sebahagian besarnya tidak didokumenkan, tetapi anjing ini telah dikenali sebagai baka tersendiri di England sejak sekurang-kurangnya abad ke-18; bukti berdokumen pertama tentang terier rubah licin berasal dari tahun 1790, apabila Kolonel Thornton melukis potret anjing beliau, Pitch.[perlu rujukan]
Terier rubah licin memasuki gelanggang pertunjukan pada pertengahan abad ke-19 yang menjadikannya salah satu peserta terawal dalam acara sedemikian. American Kennel Club mengiktiraf terier rubah pada tahun 1885; seratus tahun kemudian, terier rubah licin diiktiraf sebagai baka tersendiri daripada terier rubah dawai.
Kebijaksanaan konvensional telah lama berpegang bahawa terier rubah licin dan terier rubah dawai merupakan variasi bagi baka sama; dalam beberapa tahun kebelakangan ini, walau bagaimanapun, semakin ramai pakar telah menyatakan pendapat bahawa kedua-dua baka ini tidak berkaitan sama sekali. Sementara terier rubah dawai barang kali diturunkan secara langsung daripada terier kasar hitam dan sawo matang dari Wales, terier rubah licin dianggap mengira terier licin hitam dan sawo matang sebagai leluhur primernya, dengan kesan beagle dan bulterier juga disertakan sekali.
Walau bagaimanapun, kedua-dua baka ini dianggap sebagai keragaman bagi satu baka dan kadang-kadang dibiakbakakan secara menyaling sehingga pertengahan tahun 1980-an apabila AKC mengubah kedua-duanya daripada keragaman kepada baka berasingan. Semua terier rubah licin moden dijejak kembali kepada terier rubah wayar berkali-kali, daripada Eng. Ch Watteau Chorister, melalui Eng. Ch. Lethal Weapon, Eng. Ch. Corrector of Notts dan Eng. Ch. Cromwell Ochre's Legacy kembali kepada Dusky D'Orsay. Bapa kepada Dusky D'Orsay, yang dibiakbakakan oleh En. Francis Redmond, ialah seekor terier rubah dawai, bernama Dusky Collar, dan ibunya ialah seekor terier rubah licin, bernama Eng. Ch. D'Orsay's Donna. Melalui Dusky D'Orsay, semua terier rubah licin dijejak kembali kepada beberapa ekor terier rubah dawai masyhur, termasuk Ch. Cackler Of Notts dan Meersbrook Bristles.
Profesion bersejarah terier rubah licin ialah pengejaran meluru ke arah rubah. Anjing yang meluru ke arah rubah menemani sekawan anjing pemburu rubah dan "meluru" ke arah rubah, untuk menghalau rubah itu keluar dari tempat persembunyian dan ke garis pejera bagi anjing lebih besar dan manusia berkuda. Terier rubah licin dengan lapis bulu putih kurang berkemungkinan untuk disalah anggap sebagai rubah dalam situasi pertempuran jarak dekat, dan oleh itu lebih dihargai.
Terier rubah licin ialah anjing amat bertenaga, dan oleh itu tidak disyorkan untuk pemilik anjing kali pertama. Oleh sebab baka ini pada asalnya dibiakbakakan untuk mengejar haiwan kecil, ia juga mempunyai naluri pemangsa tinggi. Ia merupakan anjing sangat ramah dan tidak peduli tentang orang asing jika diperkenalkan dan didedahkan kepada orang sejak usia muda. Tanpa pendedahan awal sewajarnya, walau bagaimanapun, salakan kuat mungkin menyusul.
Baka ini secara genetik agak sihat. Sesetengah masalah kesihatan yang diketahui merupakan kepekakan, tempurung lutut terkehel, dan beragam-ragam gangguan mata seperti kehelan kanta, distikiasis, dan katarak. Masalah rangka yang dapat berlaku termasuk penyakit Legge-Perthes dan kehelan bahu. Miastenia gravis dan epilepsi idiopati juga pernah dilaporkan, serta goiter.[1]
Ataksia ialah keadaan keturunan pada baka ini. Suatu mutasi pada gen KCNJ10, yang telah dikenal pasti pada terier Jack Russell dan terier Parson Russell sebagai punca bagi sejenis ataksia, juga telah dikenal pasti pada baka ini.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.