Terier Staffordshire Amerika,[lower-alpha 1] juga dikenali sebagai amstaff, ialah satu baka anjing berbulu pendek dan bersaiz sederhana Amerika Syarikat[2][3][4][5] yang diiktiraf oleh American Kennel Club, tetapi tidak oleh United Kennel Club, yang sebaliknya mengizinkan agar terier Staffordshire Amerika didaftarkan di bawah baka pitbulterier Amerika.[6]
Fakta Segera Nama ringkas, Negara asal ...
Terier Staffordshire AmerikaTerier Staffordshire Amerika dalam pertunjukan anjing |
Nama ringkas | |
---|
Negara asal | Amerika Syarikat |
---|
|
Berat |
kira-kira 50–80 lb (23–36 kg) |
---|
Tinggi |
16.9–18.8 in (43–48 cm)[1] |
---|
Bulu |
licin |
---|
Warna |
hitam, perang kekuning-kuningan, merah, putih, biru, padu, sebahagian atau bertompok, brindle (putih menyeluruh, putih 80%+, hitam dan sawo matang, dan warna hati tidak digalakkan). Mesti mempunyai hidung hitam dan bukan merah. Perhatikan bahawa tiada "amstaff hidung biru" atau amstaff berwarna merle |
---|
|
|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tutup
Ketinggian terier Staffordshire Amerika ialah 18–19 inci (46–48 cm) dan beratnya ialah 40–70 paun (18–32 kg).[2] American Kennel Club (AKC) memerihalkan baka ini sebagai anjing "yakin, pintar, dan bersifat baik". Terier Staffordshire Amerika tidak patut dikelirukan dengan pitbulterier Amerika. Walaupun pitbulterier Amerika mempunyai keleluhuran serupa, kedua-duanya merupakan baka berasingan. Ia juga tidak patut dikelirukan dengan "staffy" bulterier Staffordshire dari United Kingdom.[2]