From Wikipedia, the free encyclopedia
Teluk Aden (Jawi: تلوق عدن; Arab: خليج عدن, rumi: Khalīj `Adn , Somali: Gacanka Cadmeed 𐒌𐒖𐒋𐒖𐒒𐒏𐒖 𐒋𐒖𐒆𐒑𐒜𐒆 atau Khaliig Caden 𐒅𐒖𐒐𐒕𐒌 𐒋𐒖𐒆𐒗𐒒) terletak di Lautan Hindi antara Yaman di Semenanjung Arab bahagian selatan dan Somalia di kawasan Tanduk benua Afrika.[1] Di barat laut dia berhubungan dengan Laut Merah melalui Selat Bab-el-Mandeb.
Teluk Aden تلوق عدن | |
---|---|
Fail:Gulf of Aden map.png, Gulf of Aden map-ar.png | |
Lokasi | Laut Arab |
Jenis | Teluk |
Suhu maksimum | 28°C |
Suhu minimum | 15°C |
Teluk Aden merupakan lalu lintas air yang penting bagi penggerudian minyak Teluk Parsi serta sebahagian daripada laluan menuju Terusan Suez - sebanyak 21,000 buah kapal dagang melaluinya setahun[2] - membuatnya sangat penting bagi ekonomi dunia.[3][4] Teluk ini juga mempunyai banyak variasi ikan, batu karang dan haiwan lain kerana sedikit pencemaran. Pelabuhan utama di sekitar sini adalah kota Aden di Yaman (yang memberi nama kepada teluk ini) dan Berbera di Somalia.
Keselamatan di sini sangat berbahaya kerana Yaman dan Somalia keduanya sangat tidak stabil. Teluk Aden merupakan tempat utama kegiatan pelanunan, membuatnya sangat berbahaya untuk pelayaran di sini. Selain itu, Teluk Aden juga terdedah kepada pengganas kerana pengeboman USS Cole dan tangki minyak Perancis juga terdedah kepada serangan oleh pengganas di sini.
Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa mentakrifkan batasan teluk ini seperti berikut:[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.