From Wikipedia, the free encyclopedia
Taylor & Francis Group merupakan syarikat antatarabangsa yang berasal dari United Kingdom yang menerbitkan buku dan jurnal akademik. Ia adalah sebahagian daripada Informa plc, syarikat penerbit dan persidangan yang berpangkalan di United Kingdom.[6]
Syarikat induk | Informa |
---|---|
Status | Aktif |
Diasaskan pada | 1852 |
Pengasas | Richard Taylor & William Francis |
Negara asal | United Kingdom |
Lokasi ibu pejabat | Milton Park, Abingdon-on-Thames, Oxfordshire United Kingdom |
Pengedaran | Seluruh dunia |
Orang utama | Roger Horton (CEO);[1][2] Ian Bannerman (MD, Journals);[2] Jeremy North (MD, Books);[2] Christoph Chesher (Group Sales Director).[2] |
Jenis penerbitan | Buku & jurnal ulasan sejawat |
Topik bukan fiksyen | Kemanusiaan, Sains sosial, Sains tingkahlaku, Pendidikan, Undang-undang, Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik |
Fiction genres | Bukan fiksi. Akademik & ilmiah |
Imprin | Routledge (Kemanusiaan, Sains sosial, Sains tingkahlaku, Pendidikan & Undang-undang); Taylor & Francis, CRC Press & Garland Science ( Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) |
Hasil | £490.4M in 2016[3] £447.4M in 2015[4] |
Bilangan pekerja | 1,800[5] |
Laman web rasmi | www |
Syarikat ini ditubuhkan pada 1852 apabila William Francis menyertai Richard Taylor dalam perniagaan penerbitan Taylor. Taylor telah menubuhkan syarikatnya pada 1798. Subjek-subjeknya meliputi pertanian, kimia, pendidikan, kejuruteraan, geografi, undang-undang, matematik, perubatan, dan sosial sains.[7]
Dari 1917 sehingga 1930, anak Francis, Richard Taunton Francis (1883–1930) merupakan rakan tunggal dalam firma itu.[8]
Pada 1965 Taylor & Francis melancarkan Wykeham Publications dan memulakan penerbitan buku. Pada 1988, mereka mendapatkan Hemisphere Publishing dan menamakan semula syarikat tersebut kepada Taylor & Francis Group. Pada tahun 1990 Taylor & Francis keluar dari perniagaan percetakan dan menumpukan perhatian kepada penerbitan. Pada tahun 1998 Taylor & Francis Group memasuki Bursa Saham London dan dalam masa yang sama mereka membeli Routledge, syarikat pesaing mereka dengan nilai £90 million.[9] Pengambilalihan daripada penerbit lain kekal bahagian yang penting dalam strategi perniagaan kumpulan.[9] Taylor & Francis telah bergabung dengan Informa pada 2004 untuk membina syarikat baharu yang dikenali sebagai T&F Informa, kini dikenali semula sebagai Informa.[9] Berikutan penggabungan tersebut, T&F menutup pejabat Routledge di New Fetter Lane, London dan berpindah ke ibu pejabat terkini di Milton Park, Oxfordshire.[10] Taylor & Francis Group kini merupakan ialah cabang penerbitan akademik Informa dan menyumbang 36.4% daripada hasil Informa dan 45.0% daripada keuntungan pada 2016.[3]
Taylor & Francis menerbitkan lebih daripada 2,500 jurnal, dan kira-kira 6,500 buku baharu setiap tahun, new books each year, dengan lebih 130,000 judul yang tersedia dalam bentuk bercetak dan digital.[3] Mereka menggunakan pencetakan Routledge untuk penerbitan dalam bidang kemanusiaan, sains sosial, sains tingkahlaku, undang-undang dan pendidikan. Manakala Taylor & Francis, CRC Press dan Garland Science menerbitkan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.[3][11]
Syarikat ini mempunyai kira-kira 1,800 kakitangan[5] di kira-kira 18 buah cawangan di seluruh dunia. Beribu pejabat di Milton Park, Abingdon, United Kingdom, dan mempunyai cawangan di Stockholm, Leiden, New York, Boca Raton, Philadelphia, Kentucky, Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Beijing, Shanghai, Taipei, Melbourne, Sydney, Cape Town, Tokyo danNew Delhi.[5][12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.